GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, May 11, 2015

Betulkah Muhyiddin dan Khairy kecut ?

Kredit kpd FMT
Bekas Menteri Penerangan, Zainudin Maidin atau Zam, menulis melalui blognya menggesa MUHYIDDIN KHAIRY JANGAN HANYA TEGANG DI LUAR TETAPI KECUT DI DALAM!

Beliau yakin perbincangan pemulihan parti UMNO berlaku dalam MKT petang ini akan membincangkan kelemahan dan kekuatan kepimpinan PM Najib.

"Anggota Majlis Kerja Tertinggi mestilah mempunyai kelakian dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO petang ini untuk memberitahu Datuk Sri Najib secara berdepan-depan bahawa keyakinannya kepada sokongan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan rakyat adalah dari gambaran palsu." katanya.

 Zam turut mendedahkan perpecahan dalam MKT sendiri yang sedang berlaku membutikan keruntuhan di akar umbi MKT.

 "Mereka mesti berani bersuara dihadapan Najib petang ini demi bangsa,agama dan negara.

" Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya hanya berani di luar tetapi kecut didalam. Apa gunanya berjuang kalau sekadarkan untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi . 

Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadar untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau menteri atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia?." Zam dipercayai merujuk kepada berita semalam yang tersiar di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Mamak ni masa dlm kabinet dulu pun bukan berani mana pun. Dia cuma berani kutuk pembangkang aje. Dah kena tendang keluar kabinet baru bising mcm tong kosong. Dah jadi resam amngooook berani tegur bila dah jadi ayam pencen...

pok amid littor said...

Ayam yg dipencenkan!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...