GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, May 28, 2015

BILAKAH CADANGAN MEMINDA AKTA 355, AKTA MAHKAMAH SYARIAH ( BIDANGKUASA JENAYAH ) 1965 AKAN MENJADI KENYATAAN ???

Oleh Che Ibrahim Mohamed 

1. Mohd Amar, TMB Kelantan/Pengerusi Jkuasa Teknikal hudud telah berkali2 semenjak menjadi TMB bulan april 2013 menyebut utk mengemukakan private bill hudud ke parlimen, akhir sekali TGHH, MP Marang/Presiden Pas mengumumkan akan dibentang sblm 9 april 2015, namun tidak sempat dibentang wpun telah dimasukkan sbg agenda ke 24 persidangan Parlimen.

2. Pada peringkat awal semua orang menyangka private bill yg akan dibawa ini ialah satu akta yg berkaitan dgn undang-undang hudud, namun akhirnya baru didedahkan rupa2nya private bill yg sudah lebih setahun dibincangkan hanyalah untuk meminda beberapa patah perkataan dlm Akta mahkamah syariah ( bidangkuasa jenayah ) 1965 dgn menukar perkataan2 " .....hukuman denda rm5000, penjara 3 tahun, sebat 6 kali...." kepada perkataan2 " mengikut hukum syarak "....

3. Anehnya wpun pindaan itu hanya melibatkan beberapa patah perkataan shj, dgn dibantu oleh Jkuasa Teknikal Hudud bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri serta jaminan umno akan memberi sokongan penuh, ditambah lagi Pas cukup menyakini kejujuran dan keihklasan umno utk membantu Pas Kelantan melaksanakan hudud, namun persidangan Parlimen yg sedang berjalan skrg ini belum menampakkan riak2 adanya ruang RUU Persendirian Pas untuk meminda Akta355 menjadi satu agenda persidangan Parlimen. Mungkinkah kita terpaksa menunggu dan menunggu lagi janji UMNO sehingga kita ketepikan rakan dan ahli sendiri, sanggup hilang jawatan dan kalah praya demi mengejar sebutir janji dari UMNO untuk HUDUD.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...