GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 14, 2015

Bukan mengajar tetapi berkongsi apa yg dia perolehi tentang Hudud - Diyana

 Diyana pernah diakui sebagai calon terbaik.Razman 
Zakaria turut mengakuinya.( sebelum bergelar ulama')
Dayana Sofeah - Kebetulan baru2 ni Dyana balik Kota Bharu. Sempat ikuti program ceramah di Padang Kota Perdana. MashaAllah, ramai sungguh orang malam tu. Yang berceramah adalah Rafizi, Mat Sabu, Kit Siang dan Ketua Muslimat, Kak Lah pun ada.

 Dyana dengar program tu sampai habis. Ucapan Kit Siang yg skr ini jadi kontroversi itu pun Dyana dengar habis. Tiada satu pun yg Dyana dengar Kit Siang hina hukum Islam khususnya Hudud.

 Kit Siang cuma cerita bagaimana dia mahu tahu beberapa pendapat ulamak dan sarjana2 Islam di luar negara tentang Hudud. Beliau pun pergi ke beberapa negara Arab di samping berkongsi pandangan dengan ramai pelajar Islam di sana.

 Kit Siang sebut, dia telah membaca banyak buku2 tentang Hudud termasuk buku karangan Ulamak Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi. Maka Kit Siang pun sampaikan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana.

 Kit Siang sebut, dalam Islam rupanya banyak pendekatan dan pandangan tentang syarat dan perlaksanaan hukum Hudud. Maka, beliau bersetuju dengan pandangan bahawa banyak perkara lain yg lebih patut diutamakan sebelum memikirkan tentang Hudud. Pandangan ini selari dengan Dr Maza dan juga pernah dipegang oleh Hj Hadi sendiri.

 Maka, Dyana pelik mengapa Kit Siang dijadikan sasaran fitnah kononnya menghina hukum Islam semata2 tidak sama pendekatan dengan kita? Benar, Kit Siang Non Muslim dia tak berhak mengajar kita tentang Hudud. Tapi, mlm itu dia bukan mengajar tetapi berkongsi apa yg dia perolehi tentang Hudud. 

Kita boleh saja menolak pandangan beliau tetapi kita tidak boleh kata dia menghina Islam.

 Ribuan orang yg hadir malam itu sedikit pun tidak menunjukkan keresahan bila Kit Siang memperkatakan tentang Hudud kerana mereka faham Kit Siang tidak menghina hukum Allah itu. Peliknya, kita yang tidak hadir malam itu mengelupur dan sanggup reka cipta fitnah itu kenapa? Mana akhlak kita sebagai pendokong perjuangan Islam yg penuh dengan hikmah dan bijaksana?


 Apakah Islam itu terpencil sehingga ajarannya tidak boleh diperbahaskan? Dyana pastinya akan marah jika benar Kit Siang menghina hukum Allah. Lagi pelik, Najib yg terang2 menolak Hudud, boleh pula kita kata "kita mesti bersangka baik" dengan pemimpin ini?

 Jangan lah hipokrit wahai teman2 seperjuangan... 
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Benar sekali LKS tidak menghina hudud dlm ucapannya tetapi puak-puak sarban ketat itulah yg rasa terhina disebabkan LKS mampu menghuraikan pembacaannya sebagai non muslim berbanding puak-puak sarban ketat itu. Itu sahaja!

pok amid littor said...

Puok serban ketat yg fitnahkn LKS itu lah sebenarnya berfikir macam nnatang mikir!!!

Anonymous said...

Pelaq sungguh nik amar dan gang serban ni. Pengkhianat agama Allah tidak bg contoh yg baik kpd bukan islam. Ingat Allah akan menguji puak puak serban lebih hebat.

Ritchie Blackmore said...

Mungkinkah ada tandok didalam serban..???

Malim Kundang said...

Hei haji hadi demi duit dan pangkat kau sanggup pelekehkan agama ........puak2 yg menyokong kau pun sama jahil.....mana nak taruh muka LKS pula yg kena hujah pada org islam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...