GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, May 11, 2015

Dr Wan Azizah - Cerminan Perdana Menteri masa depan!


Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akhirnya telah diterima sebulat suara sebagai ketua pembangkang sewaktu mesyuarat AJK PAS pada 9 Mei lalu berdasarkan prinsip  - parti yang mempunyai kerusi majoriti.Tahniah Kak Wan!

Pemilihan tersebut pastinya agak mengecewakan PJ PAS Perak Razman Zakaria yang sebelum ini mencadangkan supaya Presiden PAS, HJ Hadi diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Dilaporkan, cadangan Razman itu  tidak dibincangkan langsung. Huh! Huh!

Dalam blog peribadinya, paktehrazman, beliau menukilkan antaranya :

 “Pada hemat saya, hanya dengan mengangkat Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebagai ketua pembangkang dan cerminan Perdana Menteri masa depan sahaja yang boleh mempercepatkan dan memudahkan proses peralihan kuasa UMNO/BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU14 akan datang.

 “Kalau rakan Pakatan Rakyat mengidam untuk ke Putrajaya, mereka sepatutnya bersetuju terhadap cadangan saya, dan mungkin ia adalah “persetujuan yang mereka tidak bersetuju,” kata Razman. 

Dato' Tarmizi Mohd Jam, bekas wartawan akhbar Harakah  menulis di fesbook sebagai berikut :
AKHIRNYA PAS AKUR JULANG MP PERMATANG PAUH, WAN AZIZAH SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG. CADANGAN RAZMAN ZAKARIA ANGKAT PRESIDEN PAS TAK BERBANGKIT LANGSUNG.
 Pas bersetuju untuk menyerahkan jawatan ketua pembangkang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berdasarkan prinsip parti yang mempunyai kerusi majoriti. Ketua Whip Pas Parlimen, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu dicapai selepas dipersetujui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat, pada Sabtu.
 "Kami sebulat suara... dan cadangan Datuk Seri Hadi untuk menyerahkan (ketua pembangkang) kepada parti yang punyai majoriti.
 "Sudah tentu adalah DAP adalah parti yang mempunyai kerusi majoriti, oleh kerana DAP telah bersetuju serahkan kepada PKR iaitu Wan Azizah, maka kami bersetuju memilihnya untuk jadi ketua pembangkang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.
 Akhir kempen PRK Permatang Pauh sebelum ini, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria mencadangkan agar Presiden Pas yg jg MP Marang, TG Abdul Hadi Awang dilantik Ketua Pembangkang kerana beliau tokoh yg berkaliber dan berpengalaman.
Tolong jika ada sesiapa boleh tanyakan kepada Tuan Hj Razman : Apakah Azizah merupakan cerminan Perdana Menteri masa depan? Hahahaha...Tentu Razman bungkam!
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Jika Ustaz Fadhil Noor masih ada hayatnya hari ini sebagai Presiden PAS, 100% pasti terpilih sebagai ketua pembangkang. Kalau Hadi Awang, sorry!

Ritchie Blackmore said...

Hanya yg layak, bijak dan berkaliber sahaja yg dipilih.Syeikh Hadi tidak cerdik maka parti Pas sendiri pun reject dia.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...