GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 13, 2015

Hukum hudud bukan sesuatu keutamaan - Hj Hadi

Pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, Presiden Pas, Hj Hadi Awang berkata, hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Ulangan :hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan!

Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.

Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.

Hj Hadi : Apa dia? 

Wartawan : Hukum Hudud telah diluluskan semasa pemerintahan PAS.. 

Hj Hadi : Kita dahulukan yg mana dahulu. Dahulukan masalah, atasi kemiskinan. Hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau gaji minima tak dilaksanakan. 

Wartawan : Disini dia bukan priority , dia bukan keutamaan? 

Hj Hadi : Syarat dia mesti! Nak jatuh hukum mencuri sebagai contohnya, mesti gaji minima kena ada. Kalau dia mencuri kerana gaji tak cukup, tak boleh laksanakan; tak cukup syarat laksanakan hukum ini. Hak tu kena faham!

Wartawan : Jadi maksud dengan permasalahan tu.. 

Hj Hadi : Masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia!

Komen al-Husseyn :

Tolong tanyakan kepada Hj Hadi tiga  soalan berikut:

a) Sudahkah masalah kemiskinan dapat diatasi khususnya mangsa-mangsa banjir di Kelantan, yang masih tidak punya kediaman? Yang baru nak memulakan kehidupan baru setelah rumah dan segala harta benda habis musnah. Cucuk tanaman dan ternakan punah ranah...

b) Apakah gaji minima di negara ini sudah dilaksanakan?
Untuk makluman Hj Hadi, yang begitu sayang dan kasihkan mantan MB Selangor, Khalib Ibrahim, dia  telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun 2012 dulu melalui semua anak syarikat negeri. 

Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi  di sini

c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13? 

Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawapnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawap untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan... 

Apa saja yang Hj Hadi cakap, semuanya adalah betul. Tapi kalau korang yang cakap macam tu,  tentu ulama-ulama UG akan tuduh korang tolak Hudud! Itulah yang terjadi kepada Khalid Samad, Dr Zulkefli Ahmad , Husam Musa, Dr Mujahid Rawa.

Itulah juga yang Nik Abduh dan gerombolan UGnya tohmahkan Lim Kit Siang (LKS).  Dia tohmahkan LKS dibawa ke Kelantan untuk menghina hukum Allah. 

Merata-rata tersebar ceret beret dari mulut Nik Abduh, hinggakkan Man anak Pak Ya pun ikut melalut terus gi jilat ceret yang keluar dari mulut Nik Abduh tuh!

Cer bandingkan dengan kenyataan LKS di sini.

Sila dengar rakamannya :

Comments
4 Comments

4 comments :

sizzly7761 said...

Ulamak pun ada.yang lidah bercabang ke bila bercakap?.. memang dah tak relevan dah ni. Kejap hudud ni macam dandan tu kena buat..dulu takpa..banyak keutamaan lain lagi...hampeh!

Anonymous said...

die ni x payah bersuara lagi bagus.. xde maknanya setiap kali kluar statement, umno yang untung..

Wan Rosli said...

Kami golongan MAJORITI dlm pas tidak akan membiarkan TGHH berseorangan.. tohmah lah apa jua pun.. kami akan ajar mereka (pasma) waktu muktamar nanti..

Org2 melayu sebodoh mereka (pkr) mmg x akan paham maksud TGHH.. Bila kata perlu memastikan kesejahteraan rakyat terlebih dahulu bermakna haruslah bertukar kepada kerajaan baru utk melakukannya.. tp oleh kerana rakyat ni lambat paham, dipilihnya BN lg.. sampai bila pun x akan tercapai kesejahteraan rakyat selagi di bwh BN..

Bila kini diwar2kan hudud akan dilaksanakan barulah nmpak bibit pemahaman di kalangan rakyat (kecuali yg masih ingin berpaksikan pkr dan dap yg tolak hudud) utk bersama2 menongkah arus perubahan.. kini saya yakin usaha2 murni utk laksana hudud perlu diteruskan bukannya usaha2 utk tunduk pd dap seperti yg berlaku pd pkr sekarang ini..

Anonymous said...

Betul lah apa TGHH cakap hukum x boleh dilaksana atau dijalankan jika syarat utk jatuh xde..bila org mencuri kerana kemiskinan pencuri tu tak dikenakan hukum potong tangan ...
Kena faham konteks jawapan TGHH ..hukum hudud tdk dilaksanakan bukan bermakna ia tdk menjadi undang2 negeri berkaitan. Cuma bila nak dilaksanakan kena tgk samada syarat cukup ke tak..bukan boleh terus laksanakan mcm undang2 penal code.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...