KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Monday, May 18, 2015

Ini semua pertanda ketidak mampuan Nakhoda mengemudi bahtera.

Anggota PAS diingatkan supaya menerima hakikat bahawa mereka sedang berdepan masalah dalaman yang berpotensi memecahbelahkan parti.

 Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu akan berlaku jika ia tidak ditangani dengan baik.

 “Hentikan tindakan label-melabel, dan membeza-bezakan antara ahli PAS. Jangan ambil maklumat tepi jalan dan mudah percaya pada hantu-hantu di laman sosial yang tidak dikenali.

 “Tindakan ini telah membuka pintu kepada musuh memporak-perandakan PAS. Ruang ini perlu ditutup rapat,” katanya yang juga calon timbalan presiden PAS bagi mencabar penyandang Mohamad Sabu.

 Dalam kenyataannya hari ini ketika mengumumkan kesediaannya bertanding, Tuan Ibrahim menggesa anggota PAS bersatu padu dengan kesatuan fikiran dan tindakan.

 “Selain itu, semua ahli di semua peringkat wajib memikul amanah dalam menjaga rahsia jemaah.

 “Ingatlah bahawa Allah melihat setiap perbuatan kita, termasuklah maklumat yang kita sebarkan,” katanya lagi.~ sumber

Komen al-Husseyn:

Hanya baru kini Mamat ini menyedari berlakunya perpecahan dalam PAS? 

 Hanya setelah kawasan-kawasan semua habis buat mesyuarat dan berjaya menyingkirkan mereka yang cendrung mempertahankan Pakatan Rakyat.

Setelah DS Nizar dan Dr Khairudin Datuk Malik (hanya sebagai contoh) tersingkir di kawasan masing-masing lantaran surat layang yang memfitnah kononnya mereka menolak hukum hudud. Dan surat dan sampul yang diedarkan itu terdapat bukti bahawa peralatan dari Pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak sendiri telah digunakan.?

2. Siapa yang patut menangani perkara masalah dalaman parti kalau bukan presiden sendiri? Apa tindakan presiden terhadap perkara-perkara berikut:

a) Demo pemuda depan pejabat Agung yang menuntut Dr Hatta dan beberapa yang lain supaya meletak jawatan?

b) Tindakan keluar beramai-ramai memboikot Timbalan Presiden PAS sewaktu beliau berucap merasmikan Muktamar Pemuda yang lepas.

c) Pemboikotan Yusni Mat Piah dan Dewan Pemuda Pulau Pinang  dalam PRK Permatang Pauh yang baru lalu?

Ada banyak lagi kalau nak di senaraikan.Itu pun belum masuk lagi salah laku presiden sendiri dalam isu perlantikan MB Selangor yang lalu.

Presiden perlu dipertanggungjawabkan.Kekalutan semua ini membuktikan ketidak mampuan Nakhoda melayarkan batera dengan lancar.

Siapa yang gemar sangat label melabel nih? Siapa yang kena label sebagai Jebon, Munafiq Haraki, Setan, Islam Liberal, Menolak Hudud, Anti Ulama....bagai lagi...

Disebaliknya, siapa yang menggelar diri mereka sendiri sebagai ulama', sebagai penyokong ulama. Ngaku sebagai penyokong hudud.Ngaku yang baik-baik belaka. 

Hok yang molek dapat kedemer. Yang hodoh-hodoh bagi ke orang lain! Takkanlah Mamat ni tak sedar lagi? 

Mamat ni sendiri pendiriannya pun pelik. Orang nak bertanding kerusi presiden dia marah! Dia sendiri cabar Mat Sabu boleh pula? Apakah sebab Mat Sabu bukan seorang ulama? Tidak rasional langsung !

Memanglah Allah Maha Melihat - Innallaha sami'un basyir - Sesungguhnya Allaha Maha mendengar dan Maha melihat. Tapi takkanlah Mamat dan Nakhoda kita ni perkara yang saya sebutkan diatas tu pun tak nampak?
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Senyum.....

Anonymous said...

Ini bermakna TITM tidak kompeten untuk menjadi pemimpin yang menguasai maklumat masalah dalaman parti. Dengan kata lain dia lambat untuk memahami masalah yang berlaku, sedangkan blog2 yang dia kata maklumat di tepi jalan lebih dahulu dapat mengesan pemasalahan dalaman PAS yang berlaku.... so blogger lebih kompeten lebih layak untuk menjawat jawatan kepimpinan PAS seandainya dia adalah ahli PAS.

Anonymous said...

Pada pandangan saya, nakhoda yang sedia ada ni patut dihumban ke dalam longkang. Sekian terima kasih.



Yang Benar,
Din Itik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...