GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, May 25, 2015

Jadikan medan wacana tautan ukhuwwah



Ahli jawatankuasa Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar menyifatkan tindakan calon Nik Abduh Nik Aziz menolak debat atau wacana bersama penyandangnya Suhaizan Kaiat sebagai "satu pendekatan yang kurang bijak" sedangkan penyandangnya Suhaizan Kaiat mennyatakan kesediaannya.

 "Apalah salahnya medan wacana ini dijadikan medan tautan ukhuwwah setelah sebelum ini masing-masing sangat sukar untuk duduk bersama sepentas walaupun pernah bekerjasama semasa Pemuda PAS bawah Yb Ustaz Nasrudin Hassan," katanya lagi.

Acara itu perlu menjadi realiti demi menyata aspirasi mereka khususnya untuk membantu golongan muda selepas muktamar tahunan parti itu Jun ini.

 "Anak muda hari ini mahu melihat idea-idea yang boleh membantu mereka berdepan dengan massa ekonomi serta politik yang caca merba.

 "Pentas muktamar antara pentas terbaik, namun lebih baik jika pentas persaingan jawatan ini diharmonikan dengan wacana aspirasi Anak Muda yang mempertemukan Suhaizan dan Nik Abduh.

 "Saya mengharapkan dalam masa seminggu dua ini hal ini menjadi realiti," katanya Mohd Fakhrulrazi dalam satu kenyataan.

 Nik Abduh dilapor menyambut baik cabaran debat Suhaizan namun mengambil sikap berdiam diri dan mahu penilaian daya kepimpinan itu dibuat berasaskan rekod prestasi dan sumbangan kepada parti.

 Beliau dipetik sebagai berkata ini kerana pertandingan merebut jawatan itu berlangsung semasa sendiri yang dianggapnya tujuan yang sama tetapi berbeza dari sudut cara kepimpinan. ~sumber 

Komen al-Husseyn :

Ya, Nik Abduh perlu mengambil kesempatan melalui wacana tersebut menjelaskan kepada kita semua cara kepimpinannya yang katanya berbeza dari Suhaizan yang dia tohmahkan sebagai lembab.

Kita juga mahu tahu apa bendanya yang Abduh kata Suhaizan tu lembab dan kita mahu melihat melalui wacana tersebut siapa sebenarnya yang lembab dalam mengemukakan hujjah. 

Abduh mesti berani berhadapan dengan Suhaizan. Takkanlah dia kecut berdepan dengan seorang yang dia tuduh lembab ...
Comments
2 Comments

2 comments :

Malaysiabaru said...

Nik abudoh mahu kerajaang perpaduang

Nik abudoh nasihatlan rosmah letak jawatan untuk membolehkan Najib terus perintah negara

Najib perlu Ceraikan Rosmah utk membolehkan masalah prestasi Najib selesai

Ceraikan Rosmah demi perpadian Umno dan kesejateraan Rakyat

Ceraikan Ro$mah !!!

lagu tu laa said...

dia nik abodoh takut telo dia ilang,dalam parlimen pun macam tu gak,tak ada idea dan isu yang bernas dan panas tak macam mp pkr dan dap ada saja isu2 yang panas.harap jadi penonton seperti sorang lagi lebai nasa tontonwi. kalu jadi ketua pemuda jawabnya pi mai,pi mai tang tu gak.bukan apa cikgu nak tambah duit poket.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...