GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, May 10, 2015

Jual beli tanah macam jual beli botol kicap di belakang rumah ...senanglah itu!

Mula dulu, Mamak Azeez ni cuba menafikan adanya transaksi hartanah Tabung Haji (TH) dengan syarikat dibebani hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tiba-tiba sahaja, kini dia kata hartanah tersebut akan dijual  pada harga RM188.5 juta!

Kononnya atas nasihat PM Najib! Phuit! Kah! Kah! Kah! Mamak nih sempat lagi nak bagi kredit pada Najib!

  "TH akan dapat untung RM5 juta dengan hanya pegang hak milik itu untuk sebulan kerana dah ada 3 pembeli berpotensi! " Kelakarlah Mamak nih! 

Entah bila Najib nasihatkan suruh jual, dan entah bila Mamak ni bermesyuarat untuk pertimbangkan nasihat Najib itu. Dan entah bila pula tawaran dikeluarkan/iklankan....tup-tup sudah ada 3 potential buyer! Ajaib sungguh! Kah! Kah! Kah!

"Kami masih ada RM5.6 bilion untuk digunakan bagi membeli hartanah. Kami tak guna wang penyimpan .... Kami akan cari tanah lain untuk dilabur. Ini membuktikan tanah ini bukan susah untuk dijual....." Mamak tu buat kelakar lagi! Dia kata mudah jual beli tanah. Dia ingat semudah jual beli botol ke apa?

Elok sangatlah tu, mintalah PM Najib jual Putrajaya secara murah kepada 1MBD, supaya kemudiannya 1MBD boleh jual mahal kepada TH, dan TH boleh mendapat untung atas angin lagi bila dijual semula!! Kah! Kah! Kah!



 Mukhriz Mahathir bertanya secara sinis mengenai transaksi tersebut dengan menulis di tweet : "Kalau TH sanggup bayar harga begitu tinggi utk tanah kepunyaan 1MDB, apa alasan Kem Kewangan jualnya pd harga begitu murah kpd 1MBD dulu?

 Memang sejak dari dulu lagi, orang Melayu ni kaya raya sebab suka jual tanah pusaka nenek moyang sendiri, jual negeri pun sanggup.Berbeza dengan bangsa lain, depa beli tanah untuk kaya! 

Rakyat di kampung-kampung jual sawah bendang...penguasa negeri atau raja-raja Melayu jual kampung, jual negeri!Orang Melayu marah bila tengok bangsa lain punyai banyak tanah dan luas. 

Lihat bagaimana yang terjadi di Kelantan.Ada penduduk yang hilang rumah tidak dapat bantuan kerana rumah mereka dibina atas tanah kerajaan atau menumpang / menyewa tanah orang lain...Orang Melayu merempat di bumi sendiri tanah air sendiri...

Penguasa negeri atau pemerintah menzalimi rakyat sudah lama tercatat dalam sejarah.Daerah Besut umpamanya asalnya adalah sebahagian daerah  Kelantan tapi menjadi milik Terengganu kerana kalah menyabung ayam....Memang standad ayam orang kita sejak dulu lagi.

Kita lihat bagaimana Singapura boleh tergadai kepada Inggeris hanya dengan pampasan pencen .... Korang gi surf maklumat di sini.

Elok juga tonton sat  babak dari filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang, Raja Melayu lawan berteka-teki 3 soalan pun  sanggup mempertaruhkan negara masing-masing sebagai pertaruhan! Sanggup mengkhianati rakyat dan negara sendiri!




 Korang ingat adakah orang Melayu yang mampu nak beli tanah keluasan 0.63 hektar pada harga RM188.5 juta tu? Siapalah agaknya mamat tuh? Sultan Berunei atau Sultan Johor? Kah!Kah! Kah! Tentu bukan Melayu yang akan dapat tanah tuh!
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Filem Nujum Pak Belalang yang bertaruh negeri.

Musang Berjanggut ialah bila mana Rajanya jadi KUDA (Boleh Diperkuda), Menterinya ada perangai macam PATUNG (ada mata pandang, ada telinga dengar ada mulut diam), KATAK (Fakta melompat-lompat/tidak tetap macam Ahmad Maslan, Hassan Malik dan terbaru Azeez), TIKUS (yang dok pelingkup negeri... tikus perbaiki labu... macam NAJIB), MUSANG (Nampak macam baik tapi tahu-tahulah perangai musang).

Anonymous said...

Sedutan filem itu bukan dari filem Musang Berjanggut, tetapi Nujum Pak Belalang dan ada 4 soalan semuanya tidak termasuk 1 soalan tambahan.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ya, betul, Nujum Pak Belalang - kecuaian saya. Terima kasih kerana prihatin dan teguran. Saya dah perbetulkan

abuamir said...

Sebab itulah banyak tanah kerajaan dijual kpd org bukan melayu sebab banyak komisen bukan rasuah kata najib tetapi komisen. Jika rakyat bawahan ambik lebih wang- rasuah tetapi pemimpin kira komisen bukan rasuah.

Kalau inilah sikap pemimpin kita memang habislah tanah & harta negara kena jual kpd org asing. Tenguklah apa jadi dgn kes FGV berniaga tak untung jual anak syarikat utk tampung kerugian lepas ni habislah dijual tanah sawit pulak.Hancus negara selagi umno berkuasa.

Penyamun diberikan kuasa memerintah negara inilah jadinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...