GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 07, 2015

Kalau ini semua bukan kerja-kerja 'Barua Umno', kamu nak katakan apa wahai KPN Khalid?

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang didakwa menggelarnya dengan nama kurang elok baru-baru ini, sebagai melampau.

"Cuma kenapa dia (Mohamed Azmin) tak tanya saya sendiri mengenai sama ada saya 'barua Umno' atau tidak? Kenapa tanya orang Permatang Pauh?" katanya di sini

Apalah Khalid ni relaxlah....muhasabahlah diri. Kalau terhadap orang Pakatan Rakyat, bukan main cepat-cepat diambil tindakan. Tapi kalau puak Umno yang buat, macam-macam alasan kamu.

Rakyat perhatikan itu semua, tapi tidak ramai yang seberani Azmin untuk mengecam dan memanggil kamu sebagai 'Barua Umno'

Umpamanya dalam kes demo di depan sebuah gereja di Taman Medan, mendesak pastor di situ menurunkan lambang salib gereja kerana kononnya menggugat iman penduduk penganut Islam di Taman tersebut yang melihatnya!

Tetapi kamu anggap itu tiada unsur hasutan  mentang-mentanglah abang kamu sendiri yang mengepalainya. Malahan, kamu cuba nak ‘membersihkan’ kelaku jahat abang kamu itu dengan kenyataan bahawa abang kamu hanya bertindak sebagai pendamai, kononya meleraikan keadaan ketika itu. Malah kamu tanpa malu, cuba nak angkat dan jadikan abang kamu, Abdullah Abu Bakar , Ketua cawangan Umno Taman Lindungan Jaya itu sebagai hero rakyat. Apa kehalnya dia menyibuk di Taman Medan pula?
 
 Tindakan kamu itu ternyata tidak professional hinggakan ditegur secara terbuka oleh boss lama kamu, Tan Sri Musa Hassan di sini

Apakah kamu tidak berasa diberi malu dengan teguran terbuka itu? Tapi tidak pula kamu berani suruh beliau berjumpa sendiri dan bertanya "Kenapa kamu tak siasat dulu sebelum buat kenyataan?"

Dan apabila kamu lakukan siasatan, ternyata layanan istimewa terhadap abang kamu itu dengan hanya beberapa waktu di ibu pejabat polis Petaling Jaya menjawab soalan-soalan mengenai peranan beliau sewaktu bantahan tersebut berlaku.


Tidak sebagaimana lazimnya layanan keras polis terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi manusia yang rempuh dan dikidnap, digari, untuk disoal siasat selama berjam-jam, disimpan semalaman di lokap polis, diheret ke Mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan dalam beberapa kes reman selama beberapa hari.

Kalau ini semua bukan kerja-kerja 'Barua Umno', kamu nak katakan apa wahai Khalid?
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dilabelkan sebagai barua umno boleh dikatakan kurang sopan. Label yg lebih sopan dan tepat adalah anjing umno, itu shj.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...