JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, May 16, 2015

Kelebihan Hj Hadi berbanding Ahmad Awang

Selepas mengajar kitab "Label Lil Insani" malam tadi, seorang anak murid tok bertanya, "Masa mengundi nanti, tok nak pilih siapa Presiden? Us Ahmad Awang ke atau Hj Hadi?".

 Tok pun jawab, " Tentulah tok pilih tok guru Marang sebab dia ada banyak kelebihan dari Us Ahmad Awang".

 Anak murid tok tanya, " Apa kelebihan dia tok?".

 "Pertama, dia dulu ada rekod menggerakkan pemuda untuk menyingkirkan Presiden kita Asri Muda". Marakbar Asri begitu popular sehingga kini berjangkit kepada dirinya".

 "Kedua, Dia satu2nya presiden jemaah kita yg berani memperlekehkan presiden sekutu kita Kak Wan, dia kata Kak Wan tak layak jadi MB. Semua tahu Kak Wan tak pernah kalah btanding Praya. Guru kita pernah kalah. Semua tahu, Kak Wan adalah pelajar terbaik sewaktu dia belajar bidang perubatan, guru kita tak pernah dapat gelaran itu sewaktu mengaji. Kak Wan lebih lama dari guru kita jadi Presiden. Kak Wan berani bertanding di luar gelanggangnya di Permatang Pauh dan menang di Kajang. Guru kita mana pernah keluar dari Marang? Itu pun guru kita pernah kalah. Ertinya, dalam keadaan begitu pun guru kita berani lekehkan Kak Wan yg mana sebelum ini tiada presiden kita yg tergamak buat begitu? Sbb tu tok respek dia.

 "Ketiga, Guru kita ada perisik yg boleh menyiasat pengedar pil kuda. Apa pun yg perisik begitu umpama wahyu yg terus diguna pakai oleh guru kita. Ertinya, guru kita amat mempercayai orangnya dan itulah tanda solehnya guru kita".

 "Keempat, guru kita sudah dua kali masuk mahkamah kerana menfitnah. Us Ahmad Awang tidak pernah merasa masuk mahkamah atas sebab fitnah".

 "Ke lima, guru kita amat baik dengan Najib sehinggakan dia marah benar jika sesiapa mahu najib letak jawatan. Dia kata Najib cuma ada kelemahan bukan penyelewengan, zalim atau rasuah jauh sekali menyusahkan rakyat atau terlibat dengan kes jenayah". Mana ada presiden kita sebelum ni yg suka orang zalim lama memerintah kecuali guru kita di Marang?"

 "Ke enam, guru kita pandai buat silap mata. Dia tunjuk Hudud, tapi yg dia bawa ke Parlimen bukan hudud sepenuhnya, cuma enakmen mahkamah syariah bkaitan pemantapan hukuman dlm mhkamah syariah saja. Undang2 jenayah syariah takde pun". Paling tok respek, dia mahu bekerjasama dengan perompak untuk laksanakan hudud. Ada sesiapa pernah terfikir macam tu? Guru tok je.

 Banyak lagi sebenarnya...tapi setakat itu pun tok rasa Us Ahmad Awang tak boleh lawan guru tok di Marang tu. Tok yakin, guru tok mesti menang sbg Presiden nanti kerana sudah ramai belajar dan menadah kitab "Label Lil Insani" yg tok ajar, tentulah mereka cerdik Teediaaa!!! MaasyaaAllah ~ SUMBER WASSAP.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tuan, minta check artikel ni, pelik sangat pendapat puak ni UG demi untuk mengelak pertandingan.

http://www.kedahlanie.info/2015/05/akuilah-semua-ahli-pimpinan-pas.html

Malaysiabaru said...

Nak tambah boleh?

Guru ada menantu satu Malaya

Perak .selangor. Tganung.

Pas akn jadi party keluarga tok guru

Tok guru bakal jadi Mahafiraun ganti Mahathir!

Wan Rosli said...

Diharap ahmad awang menang.. kih kih kih...
sbb kalau kita percaya bulat2 tulisan di atas dia patut menang.. kih kih kih...

Anonymous said...

memang betul seperti yang dikata..

Alhusseyn Alhusseyn said...

Anon 12:18:00
Setelah sekian lama mamat tu baru sedarkah ada perpecahan dlm PAS? Setelah puakpuak UG mengatur langkah sejak 2008 lagi dan yg kini telah berjaya menyingkirkan mereka yg mempertahankan tahaluf siyasi yg diputusan oleh 3 Muktamar yg lalu. Mereka yg pertahankan Tahaluf dituduh pro DAP dan pro PKR dan tidak walaq kpd parti. Walhal mereka patuhi keputusan muktamar yg lalu. Mamat ni hanya berlakon.Perpecahan dan masalah PAS menunjukan ketidak mampuan Presiden menerajui PAS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...