JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, May 16, 2015

Kenapa Hj Hadi pertahankan PM Najib tapi tidak Azeez Rahim?


 Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari mempersoalkan siapa membuat keputusan untuk kerajaan, memandangkan sesuatu yang serius seperti pembelian tanah berharga jutaan ringgit melibatkan sebuah syarikat milik negara yang bermasalah, tidak melalui perbincangan Kabinet.

 Katanya, tidak ada konsultasi dengan Kabinet walaupun wang pembayar cukai digunakan. Arahan mungkin datang daripada perdana menteri.

 “Ini yang menjadi masalah," kata Aziz mengulas pembelian tanah oleh dana bakal haji itu daripada 1MDB yang sarat berhutang.  Baca lagi di sini

 Jamil Khir sendiri menyatakan rasa terkejut bila diberitahu mengenai transaksi tanah antara Tabung Haji  (TH) dan 1MBD.

Macam mana dia boleh terkejut waima dari apa yang diberitahu oleh Husam di sini , segala kelulusan terletak dalam tangan beliau?? 

 Saya percaya Jamil Khir memang terkejut beruk betul! Bukan dibuat-buat. Walaupun pada dasarnya dia berkuasa tapi Najiblah hantunya! Azeez Rahim, pengerusi TH dalam satu kenyataan telah menyatakan, TH jual semula tanah tersebut atas nasihat PM Najib! Kenapa Najib??

Najib serta Tengku Adnan  adalah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB. 

 Yang meluluskannya adalah menteri. Tapi Jamil Khir sendiri kata tidak tahu... Apakah Najib telah melangkaui segala prosedur yang ada?

Ini jelas memperlihatkan kepada kita, PM Najiblah hantu sebenar dalam kontraversi semua ini. Saya bersetuju dengan pandangan Aziz Bari bahawa arahan mungkin datang daripada perdana menteri.

Kesalahan diletakan keatas pundak Azeez Rahim dan beliau di tuntut supaya meletakan jawatannya sebagai Pengerusi TH.

Yang ironisnya Hj Hadi pertahankan hantu yang sebenarnya! Hj Hadi kata, Najib tidak perlu mengundur diri sebagai PM sebaliknya meneruskan perkhidmatannya selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan di nagara ini. 

"Jika seseorang memiliki kelemahan, ia perlu dinyatakan dalam bentuk nasihat dan menyelesaikan masalah," katanya lagi

"Biar rakyat menghukum parti, bukannya menghukum orang (individu), memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi," katanya.  di sini

 
Tindakan begini adalah memalukan - Hj Hadi
Bukankah Hj Hadi kata perlu dinyatakan dalam bentuk nasihat? Kenapa kira-kira 200 orang PAS berhimpun lepas solat Jumaat lalu mendesak Azeez letak jawatan dan mengancam akan buat demo besar-besaran jika Azeez enggan ?

Bukankah Haji Hadi kata biar rakyat menghukum parti usah menghukum orang dengan memberi tekanan supaya berundur? Kenapa PAS berdemo desak Azeez berundur?

Bukankah Hj Hadi berkata Najib patut diberi peluang kedua untuk menghabiskan tugasnya sebagai pemimpin nombor satu negara sehingga cukup penggal perkhidmatan Tetapi kenapa tidak kepada Azeez ??

Bukankah Hj Hadi berkata , memberi tekanan supaya Najib berundur tindakan memalukan. Apakah mendesak Azeez letak jawatan itu tidak memalukan?? 

Hj Hadi memang tidak tahu malu! nak berUG sangat sampai sanggup menyatakan sokongannya kepada Najib. Azeez bukan ada pot pun untuk berUG itu pasalnya dijadikan kambing hitam. Kesian Azeez...dahlah dia tak berapa cerah, gelaplah masa hadapannya....
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Hari2 cari jln demi nk memalukan ulamak...berbahagialah hati anda.

Wan Rosli said...

Sape2 dok luar pas mmg x paham tujuan TGHH.. alhamdulillah.. teruskn tuan guruku.. kalau najib jatuh awal bila plk umno nak jatuhnya.. terbaek TGHH..

Wan Rosli said...

Kalau level pengerusi tabung haji biarlah peringkat bawahan tangani.. biarlah TGHH tangani najib.. jgn risau bab tu.. kamu x kan paham selagi kamu berpresidenkan seorg wanita..

Malim Kundang said...

Sebab masyuk.....Pil kuda dah tak laku......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...