GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, May 21, 2015

Majlis Syura Ulama buat lawak ke apa nih?

Kalian boleh klik ~ HARAKAHDAILY 21/5/2015
Satelah sekian lama menyepi, Majlis Syura Ulamak (MSU) kini menafikan bahawa tidak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan Umno.
Tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan Umno," tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
"Semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," ujarnya lagi.
Betullah, sememangnya ulama tidak pandai menipu. Kalau menipu juga akan ternampak penipuannya.Ulama' umpama sehelai kain yang putih bersih....jika terlekat sedikit kotoran pun akan mudah kelihatan. Begitulah apa yang berlaku kepada MSU sekarang ini.

Buat penafian, walhal Hj Hadi Hadi sendiri turut mengakui adanya gagasan UG bersama Umno/BN. Cumanya, Hj Hadi cuba melibatkan PKR, DAP malah almarhum TGNA sama. PKR dan DAP telah menafikan fitnah tersebut. Mujurlah almarhum sudah tiada. Kalau almarhum masih hidup, mungkin akan diludahi muka Hj Hadi nih!

Jika MSU menganggap adanya usaha penggabungan PAS dan Umno itu fitnah, maka orang yang melakukan fitnah tersebut adalah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Nasharuddin Mat Isa, telah mendedahkan penglibatan MSU dalam projek UG bersama Umno dalam satu majlis pada 12 Mei 2013

Betapa setelah sekian lamanya  rakaman tersebut beredar di media laman sosial, MSU masih tidak menyedari adanya? Berikut versi pendek menyatakan penglibatan MSU:


Terbaru ialah ketika pihak Astro Awani menemubual Nasha mengenai Hala tuju Pakatan Rakyat - yang diterbitkan pada: Februari 13, 2015. Rakaman penuh di sini . Berikut merupakan yg saya pendekan untuk rujukan mudah :




Nasharuddin telah berkata : Isu bekerjasama dengan Umno ni sebenarnya, pada tahun 2008 dahulu adalah sesuatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden.Ini diputuskan oleh Majlis Syura.

Ok...Apa kata MSU dengan pendedahan Nasharaddin itu? Kenapa MSU sebelum ini tidak pernah menafikannya? Kenapa MSU tidak mengambil tindakan keatas Nasharudin Mat Isa sekiranya apa yang beliau dedahkan itu adalah fitnah.Ini mesti kerana penglibatan MSU sendiri menyebabkan serba salah nak bertindak kan? Kan?
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Orang alim yang bergelar ulama dalam PAS mana boleh bohong dan tabur fitnah yang buat fitnah hanya orang bawahan PAS saja itulah sebabnya MSU tak tahu yang berjumpa secara sulit bukannya pemimpin tapi orang bawahan yang bodoh saja itulah sebabnya juga MSU tiadak kesampaian maklumat,bodoh punya pemimpin yang mengaku ulama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...