GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 13, 2015

Masalah sebenarnya bukanlah Hudud – Lim Kit Siang


Sama ada Pakatan Rakyat boleh kekal atau tak boleh kekal, lagi satu bulan akan menentukan masa depan sama ada rakyat Malaysia boleh tukar tumbang Umno dan BN dalam PRU yang akan datang.


Baru-baru ini saya dengan 4 ahli parlimen DAP YB dari Kluang, Chin Tong, YB dari Bukit Bendera, Zairil Khir Johari, YB dari Seputeh, Teresa , YB Bukit Mertajam, Steven Sim. Kita ada pergi Jordan dan Mesir. Untuk jumpa bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar kita di Jordan.

 Ada lebih kurang 2 ribu orang, ada pelajar-pelajar kita di Jordan, dan di Mesir. Saya dengar mungkin lebih kurang 10 ribu pelajar2 di Mesir, dan kita ada bertukar fikiran, dan belajar mengenai perkembangan politik di Timur Tengah.

 Dan kita ada sangat frank, tukar pandangan dan ada soalan2 kita kemukakan dan mereka ada tanya mengenai masalah politik di Negara kita, samada Pakatan Rakyat boleh kekal. Masalah-masalah yang sekarang yang Pakatan Rakyat sedang hadapi ; kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh bersatu terus bersatu padu…

 Masalah sebenarnya bukanlah Hudud. Masalah ialah samada parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh jujur dan ikhlas, untuk mengotakan apa yang kita sudah janji.

 Apabila kita tubuh Pakatan Rakyat (pada) 2008, bahawa kita bersetuju mengenai dasar bersama. Dasar bersama mengenai masa depan menyelamatkan Malaysia. Supaya kita mengembalikan demokrasi, kebebasan, keadilan dan supaya negara boleh menjadi negara yang adil dan makmur untuk semua rakyat. Itulah masalah…

 Oleh kerana kalau tiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, kita tidak boleh pegang pada apa yang kita sudah janji. Bagaimana kita boleh dapat sokongan dan harapan serta keyakinan orang ramai. Dan dalam perbualan kami samada di Jordan atau di Kaherah, masalah-masalah yang timbul ialah mengenai Hudud.

 Saya bukan orang Islam, tetapi dalam Jordan dalam Mesir .. Jordan, 92% penduduk orang Islam. Di Mesir 95% penduduk adalah orang Islam. Itupun di Jordan atau di Mesir tidak ada Hudud. Dan ada pandangan, ada pertikaian , ada debate samada patutkah untuk utamakan Hudud atau tidak. Dan saya bacalah dalam…apabila saya melawat pergi Jordan melawat selain daripada Amman, pergi Mafraq pergi Karak, Irbid dan baca adalah bahawa sarjana-sarjana dan ustaz-ustaz, ulama’-ulama’ Islam, ada berpendapat bahawa, Hudud sebahagian kecil daripada undang-undang syariah dan adalah syarat-syarat sebelum ia dilaksanakan.

 Sheikh al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia , pun ada berpendapat, bahawa kalau semua undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan, masa tak sampai untuk melaksanakan Hudud. Pun ada priority , keutamaan . Saya ada baca bahawa , kalau mahu melaksanakan hudud perlulah ada syarat-syarat dimana basic needs, keperluan pokok (asas) , semacam pekerjaan, semacam perumahan, semacam kesihatan , transport dan lain-lain… semua dibekalkan. Keselamatan semua diberikan sebelum kewajipan hak-hak diberikan, sebelum kebajikan ditentukan. Itu bukan saya kata; (itu adalah) apa yang saya baca di Mesir dan Jordan.

 Dan ada pandangan semasa bertukar fikiran dengan pelajar-pelajar, saya ada berkata bahawa kita ada tujuan mengenai perkara ini. Bukan oleh kerana kita anti Islam. Adakah masalah di Jordan, di Mesir , masalah anti Islam? Bukan! Tetapi mengenai samada sesuai atau tak sesuai. Khas didalam Malaysia , satu masyarakat majmuk.

 Apabila kita ada perlembagaan dan ada prinsip-prinsip utama di maktub, itu hal-hal yang lain.Dan saya mustahak, khasnya di Malaysia. Perkara in …dilihat sebagai anti Islam atau bukan anti Islam. Saya, mungkin saya rasa; bahawa mengikut perlembagaan, tak sesuai, ada pelaksanaan Hudud. Itu bukan kerana saya anti Islam. Tetapi kalau kita melihat ini sebagai anti Islam dan pro Islam, saya rasa ini tidak memberi apa-apa kebaikan kepada masyarakat kita. 

Adakah pemimpin-pemimpin Perdana Menteri, 5 Perdana Menteri yang kita ada , Tengku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein Onn, Mahathir 22 tahun dan Tun Abdullah , mereka anti Islam? Adakah Umno anti Islam? Kalau Umno anti Islam oleh kerana bahawa Hudud tidak sesuai untuk masyarakat majmuk dan mengikut perlembagaan Malaysia? 

Apakah apa-apa parti yang bekerjasama dengan Umno pun anti Islam? Tak mungkin.Tak mungkin! Parti Pas pun pernah bekerjasama dengan Umno tahun 73-77. Saya rasa kita perlulah fikir lebih mendalam, dalam perkara ini.

 Apa yang mustahak ialah, bahawa kalau kita mahu memastikan bahawa kita ada kerajaan yang baik, ada good governance, pemerintah yang baik , tak ada skendal 1MBD, tidak ada penyelewengan Lembaga Tabung Haji dan lain-lain. Kita perlulah ada satu kerajaan yang boleh memastikan rakyat boleh menikmati keadilan, kebebasan dan kemajuan. Tak kira apa kaum! Tak kira apa-apa agama. Kita dalam Malaysia, kita perlu akui bahawa inilah satu masyarakat majmuk.

 Dan saya rasa ini mustahak, kali yang pertama dalam 58 tahun, kita ada peluang. Kita melihat ruang boleh tumbang kerajaan Umno/BN.

 Tetapi kalau dalam satu bulan ini, oleh kerana perkembangan-perkembangan politik di tanah air kita, Pakatan Rakyat tidak boleh dikekalkan, kita akan hilang peluang-peluang ini. Peluang yang emas once in a lifetime! Once in a lifetime dan tak mungkin, kemungkinan ini berlaku begitu dalam masa yang singkat.

 Dan saya pun harap. Saya pun lama dalam politik dan tahun depan, 50 tahun saya di dalam politik. Apa saya harap melihat? Saya harap lihat ialah bahawa dalam PRU masa depan, Pakatan Rakyat boleh kekal, Pakatan Rakyat boleh tumbang Umno/BN dan ada satu kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya dan 8 negeri Malaysia! Kalau ini boleh berlaku, ini sejarah!.Bolehkah?

 Itulah penting dan saya rasa inilah mustahak untuk masa depan Malaysia, Barulah kita boleh berjaya. Apabila saya jumpa aktivis-aktivis di Jordan dan di Mesir, saya ada bertanya mereka, dalam dunia Negara-negara Islam, apakah negara mereka ada harapan besar; nama-nama Negara. Mereka ada namakan Tunisia, oleh kerana mereka ada Ghanousi di sana, mereka ada menamakan Turki, mereka ada menamakan Malaysia. Mereka harap Malaysia dapat memberikan satu contoh untuk dunia Islam. Dan saya rasa ini kita boleh buat.

 Oleh kerana dalam Malaysia adalah masyarakat majmuk, bagaimana perlu Islam di Malaysia boleh memberi contoh kepada dunia bahawa boleh adapt dan sesuai dengan masyarakat majmuk untuk dunia supaya bukan sahaja kita belajar daripada Timur Tengah, tetapi Negara-negara Timur Tengah boleh belajar daripada Malaysia. Bolehkah?

 Dan rasa ini pun juga harapan saya, dan saya harap masa depan selepas satu bulan, kita ada harapan yang tinggi bahawa kita tidak binasakan harapan-harapan yang kita ada untuk perubahan besar di tanah air kita, Sekian terima kasih. 
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Kenyataan Media:

Pasma dan Jebon Kota Bahru ingin merafakkan perasaan gembira dan terima kasih tidak terkira buat Tuan Guru Lim Kit Siang diatas tazkirah agama Islam yg diberikan baru2 ini. Sesungguhnya tazkirah tersebut meyakinkan lagi kepada kami ketinggian ilmu Islam Tuan Guru Lim Kit Siang. Kami dengar dan kami taat.

Kami serah bulat2, atas tanda kasih sayang kami kepada Tuan Guru Lim Kit Siang, segala urusan agama kami menepati surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali kerana (muslihat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksaNya). Dan hanya kepada Allah kembalimu.”

Maka disini kami menyeru umat2 Islam di Malaysia supaya istiqomah bersama kami membangunkan Islam bersamaTuan Guru Lim Kit Siang. Semoga demokrasi terus menerus lebih aula' dari Islam.

Takbeer…burp…takbeer….burp.

Anonymous said...

'Takebeer...burp...takebeer...burp' dulu cogankata puak UMNO untuk menghina PAS sekarang dh jadi cogankata puak2 pro-ulamak untuk menghina sesama rakan dalam PAS...

Anonymous said...

Anon 8:55:00 a.m.

Apa yang kau tuliskan itu seperti orang dalam kesedihan...benarkah begitu ?

Orang Malaysia ada pilihan untuk berguru dengan siapa saja walaupun dengan Lik Kit Siang yang sokong islam tapi tolak hudud kerana perlembagaan tidak membenarkannya.

Ketika ini orang melayu paling sibuk berguru dengan Najib tentang cara untuk melarikan duit sehingga RM42 billion.

Mungkin selepas khatam kitab kuning dengan mahaguru Najib orang melayu akan berguru pula dengan tuan guru Hadi Awang cara bagaimana nak buat U-TRUN terhadap keputusan mesyuarat. Cara nak menipu rakan Pakatan Rakyat.

Lepas tu orang melayu berguru lagi dengan tuan guru Nik Amar cara mencari keredhaan allah biar kalah asal islam menang dalam setiap pilihanraya kecil atau umum.

Anonymous said...

Orang yang berilmu agamalah akan mudah tergelincir dgn tablis iblis klu hatinya penuh dgn dendam dan sombong

Umarzan Zan said...

Ko dah baca pelembagaan .? dengar cakap kit sial (masa 13 mei -kata butuh melayu, lancau melayu sakai melayu balek hutan malay si) kata perlembagaan tak boleh hudud sebab berlawanan.dalam perlembagaan ada menyebut agama persekutuan adalah islam faham maksudnya.telah disalah tafsir oleh pemimpin melayu (yg kebanyakan lulusan undang comman law) bermaksud islam tu agama rasmi-ikut fardu ain saja sembayang puasa zakat haji saja dan baca doa di upacara resmi kerajaan.ini kebodohan pemimpin melayu dulu dan di teruskan lagi hingga kini.pas cuba mentafsir semula..dan hendak merealisasi
Islam ada agama persekutuan mengikut pandangan islam- salah saorang pengubalnya peguam pakistan beragama islam.tapi di tentang orang islam dalam demi kepentingan diri dan wang.tujuan dap berkawan dengan pas adalah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan melayu.dengan menggunakan pakatan rakyat.orang2 pas di tanam sentimen berkerat rotan berpatah arang dengan orang islam umno.menggunakan anwar yang berdendam menjatuhkan kerajaan melayu.betapa dap menghasut cina2 malaysia jangan berterima kaseh kepada umno yang memberikan kerakyataan.kalau dulu cina2 dan india2 terima perkongsian dengan melayu melalui mca dan mic dan berterima kaseh umno dan bersedia terima melayu jadi tuan negara ini.dap terlalu bernafsu memerentah malaysia saperti lky di singapura.insaf ada yang terjadi melayu singpura dengan janji samarata sama rasa
sabelum berkuasa.apa yang di buat satelah berkuasa....google nak tau lebeh lanjut.jangan mudah terpedaya janji manis dap.saya bukan umno atau pas atau pkr tapi mahu melayu islam berkuasa di malaysia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...