JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, May 31, 2015

Mohd Amar belawok sokmo...


KOTA BHARU - Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menegaskan masih terlalu awal untuk menilai keikhlasan dan kesediaan Umno dan kerajaan Pusat dalam isu pelaksanaan hudud di negeri ini.

 Menurutnya, persoalan ikhlas atau tidak itu terlalu subjektif dan tidak siapa yang mengetahui adakah Umno bersedia dan ikhlas dalam melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II itu ataupun sebaliknya. 
>
 “Sebab itulah Pas mengambil langkah memilih yang zahir sahaja. Contohnya, kita dijemput masuk ke rumah jiran, kita masuklah. Sama ada dia ikhlas atau tidak untuk mengajak kita ke rumahnya, itu terpulanglah. Asalkan kita masuk.


 “Dalam isu ini saya melihat skopnya begitu, terlalu awal untuk kita mengatakan Umno ini tidak ikhlas dalam melaksanakan hudud. Sebab masa ada lagi, jadi kita tengok dulu setakat mana, selagi ada ruang itu kita kena tunggu lah dulu,” katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.>

 Beliau hadir merasmikan Kutipan Derma Pembinaan Fasa II Masjid Mukim Panji, yang turut dihadiri Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Hussin.

 Beliau diminta mengulas kenyataan calon Presiden Pas, Ahmad Awang yang mempertikaikan keikhlasan Umno dalam melaksanakan hudud di Kelantan.


 Mohd Amar berkata, pelaksanaan hukum tersebut bersifat teknikal, maka kesediaan daripada pihak kerajaan merupakan skop yang amat penting.

 Jika pihaknya tidak bersedia lagi, kemungkinan juga pembentangan di parlimen akan turut terkesan. 
Komen al-Husseyn : 

Dom gege gapo gak? Jebok mulut-mulut guana ni? Demo dah kantoi …Bakpo gak mu suko kecek belawak? Demo dah kena belawok dek Umno, ngaku selalulah, janghae dok gelewak depe gol jah.........


Pada mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 yang berakhir padaA pril, alasan yang diberikan ialah banyak rang undang-undang perlu diutamakan dan dikatakan akan dibincang dalam sidang kali ini. Tetapi sehingga sekarang, ia tidak ada pun. 

Alasan kali ini pula ialah : Pastikan Hudud ikut perlembagaan? 

Tapi bukankah sebelum ini kerajaan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat telah membentuk jawatankuasa teknikal untuk merumus dan merangka cadangan pindaan KJS(II) 1993 Kelantan. 

Sejak Jun 2014 ia ditangguhkan ....dan kini Jun 2015....masih dengan alasan 'Hudud tak ikut perlembagaan'.

Apa Jawatankuasa Teknikal yang pengerusinya Mohd Amar buat selama bertahun-tahun ini? Ada yang mendakwa, "Mohd Amar semenjak dilantik menjadi Pengerusi Jkuasa Teknikal Hudud thn 2011 tak pernah panggil mesyuarat sekali habuk pun, sahabat ambo Dato Che Mohd Rahim Jusoh, Pengarah JHEIK sbg S/U Jkuasa berkenaan boleh mengesahkannya."

Hanya pada 2014 apabila isu hudud mula panas semula, baru la nak panggil mesyuarat...Mesyuarat pertama diadakan pada 17 Julai 2014. Pada sekitar Disember 2014, Jawatankuasa ini memasuki fasa terakhir telah merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan (2015).

Mohd Amar berkata, mesyuarat kali ketiga itu juga turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian dibawa ke parlimen.

“Jika ia melibatkan Akta 355, kerajaan pusat yang akan melaksanakannya, saya dimaklumkan draf sudah sedia dan sedang mencari masa yang sesuai (untuk dibentangkan)."

Dah jelas kena mohong dengan Umno :

1) Kata Kerajaan Pusat yang akan melaksanakannya, tapi kenapa Hj Hadi pula yang perlu membentangnya?

2) Sedang cari masa yang sesuai? Kah! Kah! Kah! Apasal cakap 'Pastikan hudud ikut perlembagaan? Maknanya kena buat kajian lagi dan lagi...Kah! Kah! Kah!9Demo dah kantoi...Hj Hadi dah kena main. Hanya yang tahap tolol sahaja sanggup kena main dengan yang bangang!



Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyifatkan ahli Pas tiada hak untuk menghalang beliau daripada terus mengkritik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar mempersoalkan adakah pihak DAP juga bersedia jika Pas membuat serangan balas di atas apa sahaja serangan yang dilemparkan pada parti itu sedangkan ia hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja.“Kalau macam itu, kita pun boleh mengkritik dia (DAP) jugalah, adakah dia (Lim Guan Eng) nak kita kritik dia balik, sepatutnya kena ada hormat. ~ sinarharian
Jangan nak mohonglah Mohd Amar....Apakah selama ini puak kamu tak serang DAP ker? Serang pun tidak ada fakta melainkan fitnah. Yang tuduh Lim Kit Siang hina hudud sewaktu dia berceramah di Kelantan yang baru lalu tu apa dia? Transkrip ucapannya boleh klik di sini.

Lim Kit Siang menuntut pihak yang menuduhnya menghina Islam dalam sebuah majlis anjuran PAS di Kota Bharu pada 10 Mei lalu supaya mengemukakan bukti. Baca di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...