GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, May 25, 2015

MSU ambil keputusan PAS keluar Pakatan ?

MOHON PENCERAHAN TENTANG KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA (MSU) BERKENAAN KEDUDUKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT SPT YG DIDAKWA SEORANG AHLI MSU DALAM SATU FORUM PADA 24 MEI LALU

Saya rasa terpanggil untuk memohon penjelasan jujur MSU berkaitan kekeliruan yang timbul berkaitan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ini adalah kerana dalam satu forum yang diadakan pada 24 Mei 2015, seorang ahli MSU telah menyatakan bahawa MSU telah membuat keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dan akan menyerahkan keputusan tersebut kepada Jawatankuasa PAS Pusat. 

Kebimbangan berkenaan perkara ini diperkuatkan dengan qarinah (circumstantial evidence) oleh kenyataan Tok Guru Presiden PAS yang dikasihi bahawa PAS bersedia memutuskan hubungan dengan DAP serta kenyataan Timbalan Mursyidul Am bahawa Presiden PAS telah fikir panjang berkenaan hubungan PAS dan DAP.

 Saya dengan rendah diri memohon penjelasan persoalan berikut:

1) Apakah benar MSU telah membuat satu mesyuarat membincangkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat?

2) Jika soalan 1 positif, apakah keputusan yang dikatakan telah dibuat MSU; samaada MSU mahu kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula atau PAS mengambil ketetapan untuk keluar daripada Pakatan Rakyat?

3) Jika betul memang wujud keputusan berkenaan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, bilakah keputusan tersebut akan diserahkan kepada Jawatankuasa PAS Pusat supaya satu ketetapan boleh dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat?

 Saya amat yakin bahawa berdasarkan Perlembagaan PAS, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat hanya boleh diputuskan dalam Muktamar PAS Pusat kerana ia badan tertinggi yang telah memutuskan penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.

 Saya juga yakin bahawa majority ahli dan penyokong PAS serta rakyat masih berharap PAS terus berada dalam Pakatan Rakyat untuk bersama-sama menentang kezaliman dan penyelewengan UMNO Barisan Nasional dan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan bersih di Persekutuan.

 Maka, amat penting untuk kekeliruan yang timbul ini dijelaskan agar ahli dapat terus bekerja menentang UMNO Barisan Nasional tanpa pemikiran positif kami tidak terganggu. Satu jaminan yang konkrit amat diperlukan dalam suasana nyawa UMNO Barisan Nasional sudah berada di hujung tanduk.

 Sekian, terima kasih.
 Muhammad Faiz Fadzil 
 25 Mei 2015
Comments
4 Comments

4 comments :

bat8 said...

Itu keputusan MSU. Keputusan ini perlu disahkan didalam muktamar kerana tahaluf siyasi sekarang diputuskan oleh muktamar.

Keputusan MSU tidak boleh membatalkan keputusan Muktamar. Keputusan muktamar adalah keputusan tertinggi.

Kita tengok bagaimana tindakan ulamak2 UG menjelang muktamar ini. Kalau dok naik angin menyerang DAP....MAKNANYA DEPA BERSEDIA UNTUK MEMBENTANGKAN USUL ITU.

Sebelum dibawa muktamar keputusan membawa usul itu mesti mendapat kelulusan JKPP dulu. JKPP yang mempunyai kuasa untuk membawa usul ini ke muktamar kerana kuasa eksekutif mengenai dasar parti terletak ditangan JKPP.

Tu pasai la puak UG nak kontrol jawatan Timbalan, naib dan AJKKP. JKKP adalah halangan besar bagi mereka untuk ubah dasar PAS agar sesuai dgn agenda UG mereka.

bat8 said...

Tuan Haji

Puak UG control MSU. Tak memeranjatkan jika mereka sudah buat keputusan untuk bawa PAS keluar dari PR. Bagi saya puak UG boleh menggunakan MSU untuk justify agenda mereka yang sah berlawanan dengan keputusan MSU terdahulu dalam isu ini.

Akhirnya kita kena tengok apa alasan-alasan yang membuat mereka mengambil keputusan untuk membawa PAS keluar dari PR. Bahagian nak cari hujah AlQuraan dan Hadis tu xsusah kerana mereka pakar tetapi mencari alasan2 itu yang tidak mudah.

Kemudian alasan2 keputusan ini perlu dibaca dengan alasan2 MSU terdahulu yang meluluskan tahaluf siyasi dulu. Not tat simple tuan haji nak kelentong ataih darat.

Saya pasti kaedah membandingkan kedua2 alasan MSU, yang sekarang dan terdahulu akan digunapakai oleh sesetengah ahli JKKP bila mesyuarat bincang keputusan ini.

Kita puj berminat nak tahu in detail apa alasan2 itu....DAP tentang hudud? PKR tolak hudud?....bole jalan ke alasan ni?....hehehe...10 batu pun dah boleh bau agenda UG!

c said...

klu muktamar buat keputusan kekal dlm pakatan,mcm mana pulak tindak tanduk musibat musibat yg masih ada dlm pas tu nanti,klu si ADI tu kalah nanti....agaknya dia akan terus kekal dlm pas atau dia akan tinggalkan pas dan pi laut jadi nelayang tangkap ikang

Manshor Yahya said...

Pisahkan MSU daripada AJK pusat dengan memisahkan ahli majlis bagi kedua-dua badan melainkan Presiden dan Setiausaha. Dengan itu masing2 boleh memainkan peranan secara lebih profesional. MSU badan tertinggi mesti ada R & D. Ia hendaklah berkecuali dan membuat arahan atau nasihat secara konprehensif. Hanya keluarkan keputusan tentang perkara pokok dan struktur utama buksn jadi tukang campur tangan perkara remeh. Tegur semua termasuk ulema..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...