GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 08, 2015

OSA melindungi penjenayah kolar putih?

Polis akan menggunakan Akta Rahsia Rasmi (OSA) berhubung pembocoran dokumen dalam urus niaga pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX). Itulah yang dicanangkan oleh KPN Khalid Abu Bakar.

 Tabung Haji melaporkan kepada polis suruh siasat bagi mengenal pasti orang yang mendedahkan pekong Tabung Haji, berkaitan pembelian aset tersebut dari 1MDB.

 Ramai yang menganggap transaksi tersebut adalah arahan politik untuk menyelamatkan 1MBD yang sedang disiasat sekarang ini.

 Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berpendapat, pihak yang bertanggungjawab terlibat di dalam urusan tersebut perlu disiasat dengan telus dan jika mereka mempunyai integriti, mereka hendaklah meletakkan jawatan jika benar berlakunya transaksi kontroversi dan penuh risiko berkait 1MDB yang sedang disiasat sekarang ini. Untuk melihat barisan Pengurusan Kanan Tabung Haji sila klik di sini

Mohd Hilmi Radzuan Ketua Pemuda PAS Shah Alam melalui status di fesbooknya mendedahkan : Tiga perkara yang patut kita tahu. Conflict of interest..

  Tan Sri Ismee Ismail, 
CEO dan Pengarah Urusan Tabung Haji  
  merupakan ahli Lembaga Pengarah 1 MDB

 Dato' Johan Abdullah, 
Timb CEO dan Timb Pengarah Urusan Tabung Haji 
merupakan Pengerusi anak syarikat 1 MDB  
  iaitu 1MDB Edra Energy Sdn Bhd

      Ahli Panel Pelaburan Tabung Haji 
merupakan Ahli Panel Penasihat 1 MDB

Whistleblower’s Act

Dalam sidang Parlimen 2hb Julai 2008, Nazri Abdul Aziz ketika menjawab soalan daripada ahli Parlimen Gombak, Mohd Azmin Ali mengenai penggubalan akta “Whistleblower’s Act”. Beliau berkata kerajaan sememangnya komited untuk merealisasikan akta tersebut untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat dan juga saksi. 

 Ahli Parlimen Kawasan Gopeng Dr Lee Boon Chye mengalu-alukan penggubalan Whistleblower’s Act dan menggesa dilakukan bersama dengan pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan penggubalan Akta Kebebasan Maklumat (Freedom Of Information Act) untuk membanteras gejala rasuah.

 "Langkah ini adalah untuk menjamin hak rakyat untuk mendapat maklumat dan meningkatkan ketelusan badan kerajaan. Ia juga memberi peluang untuk media dan rakyat dapat memantau kerajaan." terang Dr Lee di sini 

 Nazri pernah memberitahu, draf pertama Rang Undang-undang Perlindungan Saksi telah pun siap.Namun masih terdapat beberapa isu yang harus diselesaikan terlebih dahulu. Sehingga kini tiada berita mengenai perkembangan selanjutnya. Dan OSA masih tetap menjadi pelindung kepada pelaku jenayah kolar puteh untuk berleluasa.

 Pihak berkuasa dilihat lebih berminat untuk menyiasat identiti pemberi maklumat daripada menyiasat mereka yang terlibat dengan skendal yang melibatkan wang pencarum Tabung Haji.

 Apakah menjadi tugas utama PDRM untuk bersubahat dengan penjenayah kolar puteh? Tapi bila ada orang kata korang 'Barua Umno' melenting marah!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...