GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 07, 2015

PAS tuntut Abdul Azeez letak jawatan

PAS hari ini menuntut Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan selepas menafikan pembelian tanah milik syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad, walaupun perkara itu disahkan lembaga itu hari ini.

 Azeez dalam Twitter miliknya menafikan perkara tersebut. Bagaimanapun, beliau mendakwa terdapat kesilapan komunikasi, selepas ketua pegawai eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah mengesahkan pembelian tanah itu bernilai RM188.5 juta.

 "Sebagai Pengerusi, beliau mengetahui butiran transaksi ini sepenuhnya kerana sudah tentu ia dibawa ke mesyuarat lembaga di mana beliau mempengerusikannya," kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa merujuk pendedahan beberapa blog mengenai pembelian tanah 1MDB bernilai RM772 juta.

 "Jika beliau sudah mengetahuinya melalui mesyuarat lembaga Tabung Haji kenapa semalam ia menafikannya kecuali beliau mempunyai niat yang tidak baik. Pemimpin seperti ini tidak layak mempengerusikan lembaga sebesar Tabung Haji yang menguruskan dana awam yang besar," katanya.

 Husam turut menyatakan sebab-sebab beliau menggesa perletakan jawatan pengerusi TH itu.

Maklumat selanjutnya Klik di sini

 Antaranya, beliau berkata 1MDB mendapat plot pertama dengan harga RM4 juta daripada kerajaan tetapi kini TH membelinya dengan harga RM188.5 juta.

 "Persoalannya dari penjelasan Datuk Johan itu ialah 'harga pasaran' sebanyak RM188.5 juta adalah berpuluh kali ganda lebih tinggi dari harga asal yang diperoleh 1MDB.

 "Isu 1MDB sendiri yang belum mendapat kelulusan penuh dari pelbagai pihak berkuasa atas lot yang dicadangkan dibeli oleh TH juga gagal dijelaskan," katanya.

 Beliau mempersoalkan 1MDB yang sedang dibebani hutang itu dalam keadaan amat "tersepit" sehingga terpaksa melibatkan institusi kewangan negara untuk menyelamatkannya.

 Terdahulu hari ini, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari dalam kenyataannya berkata sebagai badan amanah menyimpan duit bakal haji, TH tidak sepatutnya terlibat dalam projek berisiko tinggi.

 "Jika dakwaan ini benar, Datuk Azeez dan menteri yang mengendalikan LTH perlu meletakkan jawatan serta-merta," kata Zairil. – 7 Mei, 2015.~ sumber
Comments
7 Comments

7 comments :

Malaysiabaru said...

Minta Tuan Ibrahim Tuang Mang letak jawatan timb presiden PAS kerana gagal di rompin !!!

Jangan bagi alasan tukar script 1mdb dan Tabung Haji...

Pas kalah weiii

Ridd said...

Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

NAK BERLAKON TAK TAHU..... AGAK2 LAH.....JAWATAN PENGERUSI TU. NAMPAK SANGAT ......... PUTAR BELIT KUAT....!

orgkampongok said...

Binawe..dasar lidah bercaba g..nyah kow dari th

anamukmin said...

Dulu bila malaun ini d lantik saya & kluarga dah nak keluarkan duit dari tbung haji kata orang ,harap2 percaya tidak kini kalau nak keluar pun dah kena gst selain cukai pendapatan lebih buruk lagi sekelian makhluk atas muka bumi ini di cukai umno dari nak rugi banyak lebih baik rugi sedikit bahkan tidak halal dunia akhirat mereka ambil hak titik peluh saya dari kechik sampai tua depa samun hak orang. Smoga Allah membinasakan mereka.!!

Anonymous said...

Salah tajuk, sepatutnya Husam yang tuntut Abdul Azeez letak jawatan, sebab PAS tak akan tuntut untuk jaga hati UMNO yang dah berhasrat sokong hudud.

Anonymous said...

Saudara Anamukmin,

Di pagi Jumaat yang mulia ini saya aminkan doa Saudara. Aamiin ya Rabbal A'laminn.

Ritchie Blackmore said...

Janganlah anta memaki hamun para sahabat syeikh al hadi.Anta semua nak masuk neraka ke seperti jaminan syeikh al hadi pernah sabda tidak akan membawa ahli pas masuk neraka jahanam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...