JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, May 29, 2015

Pasca Banjir 2015: Kelantan Tanpa Kerajaan Negeri

Oleh Mohd Fauzi Mohd Azmi.

Itu kesimpulan terbaik yang mampu aku bagi buat masa ni. Rasa kesal berada pada skala 100% dan kekesalan bukan datang dari aku sorang, sebaliknya dikongsi bersama mangsa-mangsa banjir yang pada aku, sampai sekarang lepas lebih dari 5 bulan, masih terabai.

 Masih ramai atau mungkin lebih dari separuh yang kehilangan tempat berteduh sampai sekarang masih menghuni kemah-kemah dicelah runtuhan rumah atau yang agak bernasib baik, mendiami rumah-rumah sementara sumbangan pelbagai pihak. 

Apa sangat kemampuan NGO-NGO dan juga orang perseorangan dalam membantu mangsa-mangsa banjir..? Kalau yang berkemampuan pun, terpaksa bantu dalam keadaan sembunyi-sembunyi.

 Terpaksa bantu dalam kedaaan sembunyi-sembunyi sebab atas kemampuan yang terbatas, hanya segelintir mangsa yang ditakrif "perlu didahulukan" sahaja dibantu seadanya itupun dalam keadaan yang berbelah -bahagi.

Mungkin ramai yang tak faham bila aku sebut terpaksa bantu dalam keadaan "berbelah bahagi" sebab bukan semua pihak terutama Aktivis yang mampu berada di "Ground" sepanjang masa.

Mungkin korang boleh bayangkan macam mana keadaannya membantu 1 keluarga dalam 1 kampung dan dalam masa yang sama, terpaksa "hanya melihat" keluarga lain terus mendiami kemah-kemah celah runtuhan rumah dan juga pondok-pondok atau bangsal-bangsal sementara.

Bukan kita x mahu bantu semua mangsa banjir, tapi atas nama NGO, apalah kemampuan kami..? But at least, we have tried our best dan kami juga mohon jutaan maaf pada ribuan lagi keluarga yang tak dapat kami bantu.

Hampir 6 bulan aku berkampung di Gua Musang, dibawah Projek Impian Kelantan, lebih dari 36 buah Kampung yang terjejas akibat Banjir Mega 2014 berada dalam pengetahuan aku dan boleh dikatakan, 98% daripada mangsa-mangsa banjir masih hidup dalam keadaan serba daif & serba kekurangan.

Selebihnya ada yang bernasib sedikit baik, menumpang dirumah sahabat handai dan ahli Keluarga. Tapi sampai bila mahu terus menumpang..?

Hampir 6 bulan aku berkampung, paling-paling aku kesal ialah sikap Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. Demi Allah sekalipun aku tak pernah jumpa Pimpinan Kerajaan Negeri dari Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, EXCO-EXCO, YB-YB, ADUN-ADUN, Pimpinan PAS Negeri Kelantan datang menjenguk dan merasa sendiri kehidupan mangsa-mangsa Banjir Mega 2014.

Di mata kami para Aktivis dan juga mangsa-mangsa Banjir, Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan dan juga PAS Negeri Kelantan adalah SAMPAH.

Memang seronok membaca kenyataan-kenyataan Politik Pimpinan-Pimpinan berkenaan terutama yang melibatkan Agama Islam. Yes... You are good in talking but practically - Ayat terbaik yang aku mampu bagi pada semua Pimpinan Kerajaan dan Parti ialah - #"KELAPA BULOH".

Kalau kau rasa nak marah atau kecik hati dengan ayat aku dekat atas, aku mintak maaf. Aku tarik balik ayat tadi dan aku gantikan dengan ayat yang lebih manis - #"KELAPA BULOH KAU LAH".

Beb...

Saat kau makan sedap-sedap dekat rumah atau dekat majlis-majlis keramaian, ada kau terfikir macam mana mangsa-mangsa banjir menajmu selera dalam keadaan serba kekurangan..?

Saat kau duduk rehat-rehat dekat ruang tamu rumah kau, bawah air-cond serendah 16' celcius atau sekurang-kurangnya bawah kipas KDK dengan kelajuan nombor 1 ada kau terfikir macam mana keadaan mangsa-mangsa banjir dalam kemah-kemah dan jugak pondok-pondok sementara..?

Kau tau tak mula dari 12hb. Mei, 2015, bumi Gua Musang hampir keseluruhannya setiap petang dan jugak malam, hujan turun selebat-lebatnya. Kau tau tak macam mana keadaannya duduk dalam kemah-kemah dan pondok-pondok dalam hujan lebat waktu petang dan kadang-kadang membawak sampai ke pagi..?

Bersyukurlah beb dengan kehidupan selesa kau hari ni tapi sesekali jugak kau jangan lupa ada lebih dari 1,000 mangsa-mangsa banjir mendoakan kecelakaan kau dikemudian hari.

Zaman Rasulullah dan para Sahabat dulu, bila orang lain dalam kesusahan, Rasululah dan para Sahabat turun sendiri kotorkan tangan, keluarkan peluh sama-sama bantu ringankan kesusahan orang lain tanpa mengira status dan kedudukan... Tak tau pulak aku bila masuk zaman millenium, pakaian Jubah dan Status masing-masing menjarakkan kau dari orang susah.Apa suci sangat tangan kau kalau nak banding dengan tangan Rasulullah dan para Sahabat..?

Kau kena ada rasa malu dekat Pimpinan-Pimpinan Cina DAP yang sepanjang aku berkampung, tak kurang dari 5 orang ADUN dan juga Ahli Parlimen yang turun padang ikut sama berkampung, bukan saja mengotorkan tangan malah mengotorkan jugak pakaian masing-masing bergotong-royong bantu meringankan kesusahan mangsa-mangsa banjir.

Beb...

Kurang 3 minggu lagi masuk bulan Ramadhan. Mangsa-mangsa banjir bakal menunaikan Ibadah Puasa dalam keadaan serba- kekurangan. Anak-anak mangsa-mangsa banjir yang tinggal di perantauan bakal pulang sekali-sekala untuk berpuasa dengan ibu-bapa masing-masing - Dalam Kemah.

Kau rasa gaji yang kau terima tiap-tiap bulan duduk dalam kategori Halal, Makruh atau Haram..?

# perkataan carut!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...