GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 29, 2015

Pembinaan Rumah Mangsa Banjir, Nk Abduh diminta sertakan data lengkap

Betulkah dakwaan Nik Abduh nih? Boleh tak Nik Abduh perincikan data mengenai pembinaan Rumah Mangsa Banjir Kelantan yang terbaru?

Atau Nik Abduh tak tahu apa-apa dan hanya mengutip maklumat dari YB Zailah MP Rantau Panjang?

Kerana mengikut data dari MKN - Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir mengesahkan Kerajaan Negeri baru siap 12 buah rumah, Kerajaan Pusat baru siap 7 buah rumah. Baru 19 buah rumah yang dibuat kerajaan negeri dan kerajaan pusat.Harap Nik Abduh dapat memberikan penjelasan mengenainya.



Dulu MB kata siap 2600 sblm ramadhan.Kalu siap ratus2 tu logik jgk. Ni sama banyak hok kjaan buat ngan NGO. Something wrong somewhere.

Seperkara lagi, betulkah sebagaimana dakwaan berikut bahawa kerajaan negeri mengabaikan Mangsa Banjir Mega di Kelantan.....

Menurut satu laporan, pimpinan kerajaan negeri Kelantan dari Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar, EXCO-EXCO, YB-YB, ADUN-ADUN, Pimpinan PAS Negeri Kelantan sekalipun tak pernah datang menjenguk dan merasa sendiri kehidupan mangsa-mangsa Banjir Mega 2014.Mangsa-mangsa banjir tersebut sampai sekarang lepas lebih dari 5 bulan, masih terabai, seolah-olah Kelantan bukan sebuah negeri, tulisnya di sini

Dalam laporan yang pula, dinyatakan :

Di Bandar Utama Gua Musang sahaja, 59 keluarga masih memenuhi khemah yang diseliakan Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan terpaksa mengharungi cuaca panas tengahari, tanpa kepastian sampai bila keadaan itu akan berterusan.

 Di Dabong, 23 keluarga masih tinggal di pusat pemindahan sementara yang serba kekurangan manakala ramai lagi yang tinggal dalam khemah di pelbagai pusat pemindahan kecil yang berada di tiga daerah utama banjir iaitu Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.

 Mereka antara kira-kira 1,821 keluarga di Kelantan yang dikenal pasti hilang terus rumah ketika banjir besar melanda kampung mereka pagi 24 Disember 2014 itu.

Bukan sahaja mereka, PAS Pusat juga nampaknya tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negeri di bawah pemerintahan parti Islam itu.

 Pimpinan tertinggi PAS turun ke Kota Baru, Kelantan baru-baru ini bagi mendengar taklimat kerajaan negeri mengenainya.

Golongan suri rumah berbual di luar khemah yang menjadi kediaman mereka sejak
lima bulan. Mereka hampir pasti menyambut Ramadan dan Hari Raya tahun ini di sini.
 – Gambar TMI oleh Nazir Sufari, 21 Mei, 2015.
 Awal tahun ini, mesyuarat bersama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri mengenai banjir memutuskan semua mereka yang kehilangan rumah sepenuhnya akan diberikan rumah baru secara percuma.

 Putrajaya berjanji akan membina 1,221 buah rumah manakala kerajaan negeri pula berjanji akan membina satu pertiga lagi, iaitu kira-kira 600 buah rumah.

Namun hingga kini, kerajaan pusat hanya menyiapkan tujuh buah rumah manakala kerajaan negeri menyiapkan 60 buah rumah sahaja, dan ia masih menunggu diduduki.

 Sebaliknya, pihak yang paling banyak menyumbang ialah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat melalui program tanggungjawab sosial mereka.~  sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...