GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, May 26, 2015

Pencalonan : Tidak timbul soal mencabar atau tidak wala' kepada mana-mana pimpinan parti - Ahmad Awang

Pemilihan jawatan dalam PAS berlaku setiap dua tahun sekali kerana setiap jawatan telah habis tempohnya.Bila habis tempoh, maka mana-mana ahli layaklah untuk merebut kekosongan jawatan tersebut. 

Kalau yang sudah habis tempoh itu masih mahu meneruskan lagi, dia perlu mempertahankannya melalui pertandingan jika ada orang lain yang juga mahukan jawatan tersebut. 

Sama ada secara kebetulan atau tidak, selain Abdul Hadi, Dr Burhanuddin Mohd Noor (presiden ketiga), Tan Sri Mohd Asri Muda (presiden keempat) dan Datuk Fadzil Mohd Noor (presiden keenam) juga memegang jawatan itu selama 13 tahun. Apakah Hj Hadi sekadar mahu memecahkan rekod mereka yang lalu itu? Allahu a'lam.

 Ust Ahmad Awang menjelaskan mengenai pencalonan ke jawatan-jawatan parti adalah dibenarkan oleh perlembagaan parti.
"Setelah habis tempoh pimpinan yang dipilih dalam muktamar dua tahun yang lalu, bermakna semua jawatan itu kosong; termasuk jawatan presiden; semua sekali. 
"Apabila menjadi calon apa-apa saja jawatan, maka tidak timbul soal menentang mana-mana pimpinan, presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden …kerana semua jawatan itu sudah jadi kosong…Maka jika ada dua calon bertanding , maka bertanding untuk mendapatkan jawatan yang kosong itulah!" jelas Ustad Ahmad Awang.

Tetapi ada seorang PJ yang jenis berserabut apabila membuat kenyataan. Kalau tak caya , bacalah kenyataannya berikut:
  
Maka, persoalan yang saya ingin lontarkan ialah, kenapa terlalu menggilakan jawatan tersebut sehingga merancang untuk menjatuhkan Presiden yang sedia ada, sedangkan kamu juga perlu ikut al Quran dan Sunnah. Inilah bezanya antara wala dalam Islam dan wilayatul faqeh dalam ajaran sesat. Iaitu, pimpinan tertinggi dibenarkan membuat keputusan atau arahan selagimana tidak bercanggah dengan syarak. Konsep wilayatul faqih pula, pimpinan tertinggi wajar membuat keputusan atau arahan, walaupun bercanggah dengan syarak. Yang mana kalian cari? Mengapa perlu gilakan jawatan itu sedangkan kalian juga terikat dengan dasar syarak.  
 Kalian kenalkah siapa mereka yang menganggotai Majlis Syura Ulamak? Kenalkah mereka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sedang mengemudi bahtera ini? 
 Saya menasihatkan agar kita sama sama kemaskan akidah pegangan kita, kemaskan fikrah dan aliran pemikiran kita. Jangan tersasar atau terbabas daripada laluan yang lurus ini dek kerana mencari simpang simpang di tepian jalan yang belum berturap. Perjuang dan pertahankan kepimpinan ulamak.


Saya hanya sekadar memaparkan butiran penting betapa jumudnya pandangan seorang PJ yang baru sahaja menyertai PAS pada 2010, tapi berlagak seolah-olah sudah lama kenal Hj Hadi.

Tidak ada istilah ‘orang gilakan jawatan’ sebagai mana tohmahan PJ ini. Kalau perlu nak adakan juga istilah tersebut, ianya lebih layak diguna pakai kepada orang yang tak puas-puas dengan jawatan setelah 13 tahun memegangnya….walaupun kini sudah tidak berapa sihat, mesyuarat pun kerap ponteng…tetapi masih tetap mahu bergayut dengan jawatan tersebut seolah-olah orang lain tidak layak menggantikannya.

Dia menasihatkan agar sama-sama kemaskan aqidah? Apakah dia anggap sesiapa yang berbeda pendapat dengan Haji Hadi adalah rendah aqhidahnya? Sesiapa yang mencabar Haji Hadi adalah perosak ummah. Sesiapa yang menolak Haji Hadi sama kedudukannya dengan golongan munafiq, kufur, kafir harbi dan musuh Islam.

 Tolonglah, cermin diri dulu …Jangan mudah menuduh orang gilakan jawatan sedangkan diri sendiri mencanak naik jadi PJ entah dari mana datangnya? 

Tidak pernah aktif dalam pemuda…atau apa pun yang nak di nilai dari segi prestasinya tiba-tiba mencanak melangkaui tiga orang timbalan PJ! Lompat kijang pun tak sepantas itu…Kalian boleh baca sepenuhnya tulisan walaun ini di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Manshor Yahya said...

Faham sikit reka makna banyak. Macam tulah syariat tidak diselaraskan dengan kontrak yang dipegang dalam perlembagaan arganisasi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...