GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, May 28, 2015

PINDAAN AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANGKUASA JENAYAH ) 1965 BUKAN LALUAN SEBENAR KE ARAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI KELANTAN

Che Ibrahim Mohamed 

Kuasa Mahkamah Syariah mengikut Akta 355 ( Akta Mahkamah Syariah ( bidangkuasa jenayah) hanyalah setakat membicarakan;

i ) kesalahan2 yg berhubung pelanggaran perintah agama dan rukun islam 

ii) kesalahan itu tidak diperuntukkan dlm mana2 undang-undang persekutuan sbg satu kesalahan jenayah

iii) kesalahan itu dilakukan oleh orang islam shj.

iv) Hukuman yg dikenakan hendaklah tidak lebih drp denda RM5000 atau penjara 3 thn atau sebat 6 kali atau gabungan dua atau ketiga2 hukuman tersebut.

 Jika Akta Mahkamah Syariah 1965 dipinda, Mahkamah2 Syariah negeri Kelantan tetap tidak boleh menguatkuasakan KJS II 2015 kerana kesalahan2 dan hukuman yg ada didalamnya melangkaui kuasa yg dibenarkan kecuali bagi kes zina, syurb dan qazaf shj yg sudah termasuk dlm bidangkuasa mahkamah syariah yg sedia ada.

 Adapun kesalahan2 merompak, mencuri, merogol, membunuh, murtad, mencederakan orang wpun termasuk dlm hukum hudud dan qisas, atau jenayah2 syariah yg lain spt judi, salahguna kuasa, menipu, rasuah dsbnya yg juga dianggap sbg satu kesalahan jenayah dlm Islam, tetap tidak boleh dibicarakan di mahkamah syariah kerana di luar dari bidangkuasa yg dibenarkan wpun dgn pindaan kadar hukuman yg sedia ada kpd mengikut hukum syarak.

 Oleh itu usaha2 utk meminda akta 355 semata2, dgn dakwaan supaya hukum hudud dpt dilaksanakan di Kelantan adalah satu penipuan undang-undang bertujuan utk mengelirukan masyarakat dgn bertopengkan Islam, sedangkan realitinya KJS (II)(1993) 2015 tetap tidak dpt dilaksanakan walaupun Akta 355 berjaya dipinda.
Comments
1 Comments

1 comment :

AbuBakar ShNasir said...

Begitu lah..
Perlembagaan 'orang putih' memang di buat begitu rupa supaya Syariah sebenar (wpun hanya utk orang Islam saja!) tidak akan dapat di implementasikan selama-lamanya. Kecuali perlembagaan tak Islamik ini dipinda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...