GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, May 29, 2015

SAYA ENGGAN PALSUKAN BUKTI TERHADAP ANWAR IBRAHIM - BEKAS KETUA CCID RAMLI YUSUFF

Klik untuk beritanya di sini
Bekas Ketua CCID, Dato Ramli Yusuff memberitahu mahkamah hari ini, 28 Mei 2015 dalam kejadian mata lebam itu, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan. 

Ramli berkata, dia kemudiannya disuruh Musa Hassan yang ketika itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah untuk memalsukan bukti.

 "Musa berkata dia dihantar Peguam Negara ketika itu AG Mokhtar Abdullah dan DPP Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar."

 "Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya.

 Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

 "Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani." (MI)
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

UMNO dan tali barutnya adalah juara membuat fitnah dulu kini dan selamanya, adakah sesiapa yg boleh nafikan?

Malaysiabaru said...

Yang terpalit dgn jenayah ala ala mafia boleh naik pangkat jadi IGP dan AG?

Inilah negara MalaysiaL

Anonymous said...

Do'a orang dizalimi dengan fitnah dulu , kini dan selama-lamanya lambat laun akan diperkenankan Allah,sekarang kita dapat lihat bagaimana bercelarunya kerajaan yang dipimpin oleh UMNO sekarang baru bab mata lebab mungkin lebih banyak lagi akan terburai oleh kerana ketamakan kuasa segelintir maknusia yang diberi amanah kuasa.Kita tunggu dan lihat ameeeen

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...