GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 20, 2015

Saya sokong Ucapan Hj Hadi kali ini

0:30 ~ Dalam perkara berbeza pendapat, kita bermesyuarat.Bila jadi satu keputusan mesyuarat kita terima keputusan itu, dan kita tidak berpecah! Kalau ada yg berpecah itu yg TOLOL dalam PAS! Dia berpecah keluarlah dia dari PAS dan PAS semua selamat
Semua kita akui apa yang Hj Hadi cakap tu adalah benar belaka. PAS berpecah kerana tidak ikut keputusan mesyuarat. Yang berpecah itulah yang TOLOL. Yang tolol inilah patut keluar dari PAS! 

Saya sokong ucapan Hj Hadi kali ini. Memang menepati apa yang dia buat selama ini.Hj Hadi sebenarnya bercakap mengenai dirinya sendiri , bahawa dia tak ikut keputusan mesyuarat, dia adalah TOLOL, dan dia patut keluar dari PAS!

Saya mengalu-alukan Hj Hadi keluar PAS. Orang yang ganti tempatnya pun dah ada.. 

 Tidakkah kalian masih ingat rentetan isu perlantikan MB Selangor yang lalu? Jom kita rewind semula rentetan tersebut :

 17 Ogos 2014 : Mesyurat JKPP berlangsung satelah ditunda sebanyak dua kali (sepatutnya pada 10 Ogos, kemudian ke 13 Ogos) Dengan tidak semena-mena Hj Hadi terus mencadangkan nama WAWI dan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor. Semua tekejut dan tidak menduganya kerana sebelum itu Hj Hadi cukup keras mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor. Kenapa secara tiba-tiba sahaja Hj Hadi bertukar watak? 

Maka mesyuarat pada hari itu bersetuju sebulat suara dengan  dua nama itu dibawa ke mesyuarat MPPR pada petang hari yang sama. Azmin telah menarik diri, maka PR ambil keputusan hanya hantar satu nama sahaja iaitu WAWI.

 18 Ogos 2014 : Pada esoknya buat PC di Kota Baru Kelantan, bersama TGNA dan Mustafa Ali, pihak media bertanyakan HJ Hadi mengenai nama WAWI satu tu saja yang dihantar...Hj Hadi jawab, ianya tidak bercanggah dan telah menyatakan persetujuannya. 

22 Ogos 2014 : Mustafa Ali enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor. 

25 Ogos 2014 : PAS bermesyuarat lagi. Keputusan masih tetap sama seperti mesyuarat pada 17 Ogos. Keputusan 17 Ogos itu tidak dimansuhkan. 

Kes Kedua : Kenapa Hj Hadi tindak bertindak keatas Ketua Pemuda Pulau Pinang?

13 April 2015 : Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) mengambit ketetapan seperti berikut : Bahawa PAS akan membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P.044 Permatang Pauh; 

20 April 2015  Setiausaha Agung PAS Dato’ Haji Mustafa Ali menulis sepucuk surat rasmi kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang memaklumkan keputusan tersebut dan meminta kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang mengambil perjalanan memastikan keputusan mesyuarat tersebut dilaksanakan sebaik mungkin.

22 April 2015 : Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden yang juga ahli Majlis Syura Ulamak telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang disiarkan oleh Harakah Daily menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon PKR.

26 April 2015 : Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Sdr Mohd Yusni bin Mat Piah telah mengeluarkan kenyataan mewakili Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. 

 Tindakan Sdr Yusni Mat Piah tersebut adalah jelas merupakan perlanggaran keputusan mesyuarat JKPP yang dipengerusikan oleh Hj Hadi sendiri. Itu adalah keputusan parti.

 Ada tak Tuang Presideng mengambil apa-apa tindakan disiplin keatas pelanggaran keputusan tersebut? Malah Tuang Presideng seolah-olah turut merestui tindak tanduk Yusni Mat Piah dengan memuliakan nya dalam suatu majlis…..
Tuang Presideng elok bersantai dengan gerombolan fraksi Umno
Comments
8 Comments

8 comments :

Malaysiabaru said...

Perhatian kepada mereka yg masih 'tolol' dan tak paham!

Gaji menantu beratus ribu digunakan untuk menggerakan pemuda pas membaruakan presiden pas sendiri

Selagi azmin Selangor byr gj menantu selagi itulah pemuda pas rasa hebat

Anonymous said...

DAN MENYEMPURNAKAN JANJI APABILA KAMU MEMBUAT JANJI [2:177]

Bukanlah BIRR itu dgn hanya kamu menghadapkan muka kamu ke timur dan ke barat, tetapi BIRR itu ialah kamu beriman kpd Allah, DAN hari akhirat, DAN malaikat-malaikat, DAN kitab-kitab, DAN nabi-nabi; DAN memberi harta yg kamu sayangi kpd kaum kerabat, DAN memberi kpd anak-anak yatim, DAN memberi kpd orang-orang miskin, DAN memberi kpd musafir, DAN memberi kpd orang-orang yg meminta, DAN memerdekakan hamba abdi; DAN mendirikan sembahyang, DAN mengeluarkan zakat, DAN MENYEMPURNAKAN JANJI APABILA KAMU MEMBUAT JANJI, DAN tabah serta sabar semasa susah, DAN tabah serta sabar tatkala adversity, DAN tabah serta sabar menerima tekanan serta asakan. (Org2 yg demikian sifatnya), mereka itulah org2 yg benar (beriman dan BIRR); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

kalau byk2 “DAN” dlm ayat ini datang dengan “ATAU”, yakni instead of ada 16 DAN, diganti dgn 16 ATAU, maka kita mungkin boleh pilih samada nak buat apa yang ayat ni suruh atau tak buat, samada nak ikut janji atau pun nak mungkir janji, boleh saja jikalau dengan ATAU. Tapi disebabkan DAN, dan bukannya ATAU, maka, kalau ikut maksud ayat ni, jika tak buat atau tinggal mana2 satu, maka kita dikira org yg tak beriman, tak BIRR, tak sodaqu dan tak muttaqoon. Moga kita menjadi BIRR sebenar2 BIRR. Wallahu’aqlam.

Ritchie Blackmore said...

Alhamdulillah Syeikh Al Hadi sangat menyesal menjadi TOLOL apabila berkali kali menidakkan keputusan Pas pusat.Dan kalau dia nak keluar Pas pun bagus juga supaya Pas selamat.

Anonymous said...

Apb

Apb ularrrrMak-FITNAH as-SUK itu bercakap soal "DASAR"?

Tipu
Auta
Klentong
Temberangg

Ciri2 yg kat atas itu apakah DASAR nya slain songlap & GELAP!

Belit
Putar U-turn
PONTENG
Halau
Maki

Perbuatan2 keji diatas itu apakah DASARnya klu bukan jahat BEJAT TOLOL dan mnnjahannam kan!!

Khianat
Tikam blakang
Menodai JANJI
FITNAH mrapu

Berbuat sailang sprt yg kat atas tuu dmana pulak "DASAR"nya klu bukan drp NIAT setan-IBLIS yg dilaknat!!!

SEMUA..

Semua ciri2 prbuatan diatas itu jls & sgt2 TERANG sekali tlh pon mlanggar "DASAR" paksi-SUCI roh-ISLAM yg tlh dbawa nabi SAW..

JADI..

Jadi sapakah yg TOLOL dan wajib kluar drp PAS skrg???

Setiap kata2 yg muntah drp mulut ularrrMak-FITNAH as-SUK itu adalah "PERANGKAP" yg tidak disedarinya krn dia trgamak menipu ALLAH..lalu ALLAH mnjdkan nya snantiasa menipu dirinya sendiri TANPA dia mnyedarinya..!?

Lihat & SAKSIkan "KEAJAIBAN" ALLAH yg terang & nyata didepan mata kita semua..Al-Baqaroh:ayat-9/(2:9)

SAKSIKAN lah!!!

Wan Rosli said...

Baguslah korang2 kt atas..sendiri tuduh sendiri buat keputusan org yg dituduh salah.. syok sendiri..
Sebijik mcm umno.. sendiri tuduh anwar liwat sendiri jatuh hukum salah lalu anwar kena penjara..
Oh aku lupa korangkan asal umno patut pun perangai sama..

Anonymous said...

Dangkalnya kau wan rosli, tak boleh terima hakikat ke yang ahli pas sendiri pun dah x sokong tuang presideng ikang tu?

Wan Rosli said...

Aiik.. x reti baca ke jumlah pencalonan calon presiden.. aku x mahu lah guna perkataan tolol tp kalau dah mmg ya nak wat camana.. x dapek den nak nolong..

Wan Rosli said...

Mungkin tertinggal satu lg.. setiap keputusan politik kena dpt restu dap terlebih dahulu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...