GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, May 23, 2015

Serangan gerila Najib ke atas Muhyiddin Yasin

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shaberi Cheek telah mengarahkan Ketua Pengarah JASA,Mohd Puad Zarkashi melancarkan serangan terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin berikutan pendedahan klip video ucapannya yang menyanggah cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib menguruskan masalah pengurusan kewangan 1MDB yang melibatkan lebih RM 40 billion.

Logiknya Ketua Pengarah JASA terletak secara langsung di bawah Menteri yang berkenaan dan jika ini dilakukannya bersendirian maka berarti Menteri tidak lagi mempunyai kawalan keatas pegawainya yang juga anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

 Puad Zakarshi telah mengecam Muhyiddin dalam facebooknya sebagai Menteri Pelajaran yang malas mengadakan lawatan berbanding dengan beliau ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran yang sanggup melawat ke sekolah -sekolah di daerah terpancil.

 Katanya sikap Muhyiddin itu menyebabkan pegawai-pegawai juga bersikap tidak mengambil berat menyebabkan semuanya hanya nampak elok dari atas sahaja.

 Inilah pertama kali dalam sejarah sejak wujud JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas)Ketua Pengarahnya yang terletak di bawah Menteri Komunikasi dan Multimedia mengecam seorang Timbalan Perdana Menteri . Ini mungkin oleh kerana perlantikan Puad Zakarshi terkecuali dari syarat mesti dari seorang yang tidak mempunyai kedudukan politik. Beliau berkedudukan sebagai anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

 Bagaimanapun ramai orang dengan mudah membuat persepsi dan konklusi oleh kerana tugas utama jabatan itu merangkumi perang saraf politik maka pengarahnya tidak mungkin akan bertindak sendirian tanpa arahan politik khusus nya dari menterinya sendiri. 

 Maka itu orang ramai dengan mudah membuat konklusi bahawa tindakan Dr Puad Zarkashi itu adalah dengan rastu atau arahan dari Menteri Komunikasi dan Multimedia terutama ini berlaku berikutan dengan pendedahan video TPM yang mencabar cara tindakan Perdana Menteri.

 Ini dilihat sebagai bermula perang terbuka antara penyokong -penyokong Najib dengan penyokong-penyokong Muhyiddin berikutan serangan tertutup tetapi terbuka oleh Muhyiddin terhadap Najib.

 Tanpa pendedahan video sensitif itu pun tentunya Muhyiddin dapat menelah bahawa ucapannya akan diketahui oleh Najib kerana turut hadhir ketika beliau memberikan ucapan kepada ketua-ketua UMNO di Janda Baik Pahang beberapa orang Menteri dan juga Menteri Besar Pahang.

 Maka itu samaada video ini sengaja di sebarkan untuk memburukan Muhyiddin supaya beliau dikesampingkan sebagai Timbalan Presiden yang tidak setia atau sebagai pembongkaran untuk mendapat sokongan ahli-ahli UMNO terhadap Muhyiddin tidaklah menjadi persoalan kerana ucapan itu pasti terdedah.

 Saya mendapat maklumat dalam mesyuarat MKT yang lalu , Puad Zakarshi adalah yang paling kuat bersuara membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib di samping Tan Sri Muhyiddin memberikan pandangan terus terang dan amaran keras mengenai keloh kesah rakyat di akar umbi terhadap 1MDB.

 Selain dari penyebaran klip video yang meluas, ucapan Muhyiddin yang pedas itu juga telah disiarkan oleh semua akhbar perdana hari ini kecualiUtusan Malaysia. - sumber
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Dalam parti UMNO haramjadah ni, berkata perkara benar adalah merupakan satu dosa yg maha besar. Itu sahaja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...