GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, May 20, 2015

SIAPA BERBOHONG?

KEADILAN TIDAK PERNAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN
Sila klik di sini

 Saya diberi mandat oleh Biro Politik KEADILAN untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh YB Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS semalam. KEADILAN berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS.

Fokus KEADILAN adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional, apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain.

 KEADILAN percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah dan ini masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN 
20 MEI 2015
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...