JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, May 29, 2015

Siasat pesara kerajaan yang membina rumah besar, berkereta mewah ....

Pegawai tinggi kerajaan tidak mampu membina rumah besar selepas bersara walaupun berpuasa sepanjang tahun, kata Datuk Ibrahim Ali.

 Presiden PERKASA itu berkata, adalah janggal sekiranya pesara kerajaan mampu membina rumah besar dan memiliki kereta mewah sedangkan ia di luar kemampuan mereka.

 “Cuba tengok bekas pegawai tinggi kerajaan, selepas dia bersara. Mana dia dapat duit untuk membina rumah besar, membeli kereta mewah.

 “Sedangkan, dia hanya kakitangan kerajaan sahaja dan jika dia berpuasa sepanjang tahun dan setiap hari, tidak mungkin mampu untuk membeli kereta dan rumah mewah,” katanya.

 Ibrahim berkata, beliau menyokong penuh gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya siasatan dilakukan terhadap pegawai kerajaan yang hidup mewah di luar kemampuan.

 “Saya kena bersetuju dengan Tun Mahathir, sebab saya penyokong dia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.

 Beliau berkata, gesaan itu sudah lama dibangkitkan namun tidak mendapat sambutan sehinggalah mantan Perdana Menteri sendiri yang mempersoalkan perkara itu. – Free Malaysia Today
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

tak nak siasat pak2 menteri dan politikus umno/bn yg hidup mewah jauh melebihi kemampuan gaji mrk. takkan pegawai kerajaan sj

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...