GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, May 10, 2015

Siti Nurhaliza turut kecam Tabung Haji

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, hari ini turut bersama beberapa ahli politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mengecam perjanjian pembelian tanah milik syarikat sarat menanggung hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

 "Sangat memalukan dengan apa yang terjadi dengan kes Tabung Haji… Ya Allah lindungi kami," tulisnya dalam akaun Twitter milik beliau. Baca lagi di sini 

Sehubungan dengan isu itu juga, Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin berkata,  “Golongan agama tidak boleh berdiam diri. Di sinilah tanggung jawab amar makruf dan nahi mungkar mesti ditunaikan. TH menjadi salah satu dari lambang ekonomi umat Islam. Apa yang berlaku ini benar-benar boleh menjatuhkan maruah umat Islam dalam negara ini,” katanya disni

Bukan sahaja para pemimpin Pakatan Rakyat turut mengecam perlakuan tersebut dan menggesa transaksi tersebut dibatalkan serta merta, beberapa kalangan pemimpin Umno juga telah mula bersuara mengenai isu tersebut. 

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan pelbagai perkara yang membimbangkan rakyat dalam urus niaga antara 1MDB dengan Lembaga Tabung Haji, susulannya kemudian satu demi satu beberapa Pemuda Negeri pula menuntut Najib dan kerajaan agar segera tampil menjawab dan menjelaskan mengenai syarikat pelaburan yang bermasalah itu. 

 Muhyiddin Yassin, yang kini berada di Milan berkata, isu 1MDB adalah sebab utama Barisan Nasional (BN) gagal dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, baru-baru ini, tetapi tetapi beliau sendiri tidak tahu untuk jelaskan kepada rakyat yang ingin tahu.

 Selain beliau, beberapa menteri lain, Datuk Seri Mustapa Mohamad, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta beberapa ahli Parlimen kerana menghadiri program rasmi anjuran Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. 

Hishammuddin Hussein juga mulai berbeza dengan mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengesyorkan firma audit perlu dilanik untuk laksana audit forensik atas semua transaksi 1MDB sejak penubuhannya- Baca lagi di sini

Tetapi ada juga yang diluar Umno yang masih menyimpan harapan terhadap Najib .....mungkin sebab itu Mufti Perlis singgul-singgulan jer...
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...