GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, May 11, 2015

SURAT TERBUKA KEPADA HAJI HADI (2)

Yang Berhormat 
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ahli Parlimen Marang
Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang

Tuan,

HARI INI, SEMALAM DAN ESOK
 ----------------------------------------------- 

Seringkali kami melihat, apabila tuan bertindak atau mengucapkan sesuatu pada hari ini, tuan selalu lupa akan tindakan atau ucapan tuan yang semalam, dan tuan selalu tidak memikirkan kesannya pada hari esok.

 Pemerhati politik dari seluruh negara sampai ke hari ini, tidak ada seorang pun dapat memahami kenapa tuan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor! Apa sebenarnya muslihat politik yang cuba tuan mainkan?

 Khalid Ibrahim menjadi menteri besar Selangor atas tiket PKR. Parti yang memilih dia untuk jawatan itu. Akhirnya Khalid Ibrahim hendak ditukarkan, kerana integritinya diragui, dan beberapa tindakannya yang membelakangi parti dan membuat keputusan yang tidak selari dengan pendirian parti. Itu saja. Apa masalahnya, tuan?

 Kenapa tuan bermati-matian mempertahankan Khalid Ibrahim, hingga sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan termasuk dalam PAS sendiri? Kenapa?

 Kalau pertukaran Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan mahu diganti dengan orang lain itu hukumnya haram, berdosakah Amirul Mukminin Umar al-Khattab yang memecat Khalid al-Walid dan menggantikannya dengan Abu Ubaidah bin Jarrah sebagai Panglima Besar pasukan tentera Islam di tanah jajahan Rom?

 Kalau menukarkan seorang menteri besar itu salah, adakah salah tindakan khalifah Usman bin Affan yang menggantikan Zaid bin Tsabit sebagai ketua Ad-Dawawin dengan Mirwan bin Hakkam? Khalifah Usman juga memberhentikan Abu Musa as-Asy’ari di Basrah dan digantikan dengan Panglima Abdullah bin Amir. Adakah Khalifah Usman salah dan berdosa kerana pentukaran itu?

 Sa’ad bin Abi Waqqas di Kufah juga diberhentikan, dan Khalifah Usman menggantikannya dengan Walid bin Uqbah. Di Mesir, Amru bin al-As diberhentikan dari jawatannya, dan keduidukannya digantikan oleh Abdullah bin Abi Sarah, atas perintah Khalifah Usman bin Affan.

 Jadi, apa masalah besar dengan pertukaran Khalid Ibrahim kepada tuan? Khalid Ibrahim bukan orang Terengganu dan bukan orang PAS. Dia orang Selangor, tuan orang Rusila. Khalid Ibrahim datang dari UMNO masuk PKR. Tidak ada kena-mengena dengan PAS pun. 

Anwar Ibrahim lebih dulu kenal siapa Khalid Ibrahim dari tuan. Sebab itu kita tidak faham atas dasar apa tuan begitu beria-ria membela Khalid Ibrahim?

Adakah tuan ada membuat pakatan sulit dengan Khalid Ibrahim untuk menikam PKR dan DAP dari dalam? 

Benarkah tuan pernah menghadap sultan Selangor secara senyap-senyap dan penuh rahsia tanpa pengetahuan pemimpin Pakatan yang lain, untuk berbincang dan berpakat tentang perkara ini? 

Sebagai seorang presiden sebuah parti Islam yang hukum tertingginya ialah Qur’an, Hadis, Ijmak dan Qiyas, adakah tuan rasa patut melakukan pembelotan sebegitu? Adakah tuan yakin tindakan itu dibenarkan dalam Islam?

 Bahkan ada cerita mengatakan tuan sampai berani berjanji dengan Khalid Ibrahim iaitu selagi tuan jadi presiden PAS, tuan akan pastikan Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor! 

 Tuan,

 Kenapa sampai begitu sekali? Kenapa? Kenapa Khalid Ibrahim yang tuan pertahankan? Apa sebenarnya maksud yang tuan mahu sampaikan? Di mana rasionalnya tindakan tuan itu? Adakah pengkhianatan yang tuan lakukan itu terbebas dari hukum agama? Atau adakah Islam membenarkan tuan melakukan khianat? Tuan mengkhianati Anwar Ibrahim dan rakan dalam Pakatan, bahkan tuan juga berkhianat kepada orang PAS sendiri.

 Anwar datang ke Terengganu khusus untuk berjumpa tuan dan mahu menjelaskan akan perlunya Khalid Ibrahim ditukarkan….. Tetapi tuan menyambutnya dengan kasar dan tuan herdik dia tanpa memberi peluang kepadanya untuk bercakap, tuan menuduhnya yang bukan-bukan, hingga menyebabkan orang-orang lain yang hadir dalam pertemuan itu terkejut dengan tindakan tuan. Langsung tidak beradab terhadap tetamu. Jauh sekali untuk mengikut protokol. Tidak ada dalam dunia ini seorang pemimpin parti yang bersikap angkuh dan perengus seperti tuan.

 Sekian untuk kali ini. Nanti kalau rajin saya sambung lagi.

 AWANG MALAYA
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Hadi masih berfikir dan berusaha untuk memperlihatkan apa sahaja tindakannya itu seolah-olah betul. Itulah sebabnya segala apa yang dituturnya jelas seperti merapu, maklumlah bukannya mudah untuk menegakkan benang basah malahan mustahil. Jika dia benar-benar jujur berpaksikan kepada perjuangan PAS yang landasannya telah diperelokkan oleh Ustaz Fadhil Noor serta TGNA sebelumnya, sudah barang tentu dia bermesyuarah bersama rakan pakatan terlebih dahulu sebelum bertindak.

cikmatgelap said...

tak pyah le sape2 pun nasihat aji ni,pada aku aji ni dah songsang,dia ni dah kena rasuk jin ug,bila tgna dah takde tempat tgna dah di ambil alih oleh raja jin pro ug,bila raja jin ni dah berada di puncak kuasa maka jin ni telah merasuk aji yg sorang ni....sebab tu le aji ni dah biul sekarang,aku rasa klu nak menghalau jin yg merasuk aji ni,maka aji ni kena mandi dgn air tujuh longkang....baru le aji ni akan pulih semula setelah raja jin tu akan lari jauh2 dan takkaqn datang merasuk aji ni lagi

hasan fahmin said...

haji hadi sebenarnya jahil dalam selok belok politik dan diuruselia olih menantunya seperti pak llah. menantu dijaga rapi olih khalid Ibrahim dgn kebendaan hingga jadi gila dunia si menantu sanggup untuk bersama UMNO cadangannya,.

Anonymous said...

Aku harap sgt agar apa yg diperkatakan ttg perilaku HH terhadap Anwar dalam kes MB Selangor ini tidak benar. Kalau ini benar2 telah berlaku maka rasa hormat aku (dan ramai lg yg lain) terhadap geng ulamak (?) yang berwala'kan HH akan lenyap salam sekali. Aku cuma tidak dapat membayangkan bagaimana rasa Anwar yg bukan sahaja dizalimi UMNOBN malah juga dr seorang kawan dalam PAKATAN. Tambahan pula org itu bergelar ulama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...