JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, May 06, 2015

Ummat Islam mesti sedar betapa silap dan salahnya mereka menyokong Umno - Ust Fadzil Mohd Noor


Kita berharap pihak PAS akan bertindak terhadap sekumpulan pemuda yang dikepalai Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar yang mengaku diri mereka sebagai "proulama" kerana membuat kacau dengan menghasut orang ramai di PRK Permatang Pauh supaya menolak calon Pakatan Rakyat yang kononnya menolak hudud.

Mereka menghasut supaya memberi sokongan kepada calon Umno/BN yang kononnya menyokong hudud?

Pendemo (kanan) sedang bertekak dengan 
seorang penduduk kampung
 Kumpulan itu membawa sepanduk yang bertulis "Hudud hukum Allah" dan "Pemuda bersama kepimpinan ulama".

 Berlaku tolak-menolak apabila ada penduduk tempatan mahu merampas sepanduk kumpulan terbabit.

 Bekas setiausaha agung PAS Permatang Pauh, Abdul Razak Abdullah yang turut berada di tempat kejadian memberitahu, kumpulan tersebut bukan pengundi di Permatang Pauh dan sengaja datang ke kampung Kubang Semang untuk membuat "kacau" di kawasan kubu kuat Pakatan itu.

 'Mereka bukan orang sini, mereka orang Bagan. Mereka tak mengundi di sini. Saja datang nak sabotaj (PRK Permatang Pauh)," katanya.

 Dalam kenyataanya, Azmi berkata tujuan himpunan itu untuk mengajak seluruh pengundi Permatang Pauh tidak mengundi parti yang menolak hudud.

 "Kami mengajak seluruh pengundi P44 agar tidak memberi undi kepada penentang hudud. Kami berpendirian bahawa penentang hudud adalah penentang Allah seperti wasiat almarhum Datuk Fadzil Noor, mantan presiden PAS pada 1994," kata kenyataan itu.( Lihat banner sebelah)

 Sebelum ini, kumpulan sama mengadakan perhimpunan di hadapan Masjid Batu, Kampung Pertama bagi mendesak PKR memohon maaf berhubung kenyataan AMK berkaitan hudud. ~ sumber

Suka saya memberi sedikit penjelasan mengenai apa sebenar yang dikatakan oleh Almarhum Ust. Fadzil Noor sebagaimana yang digunakan oleh jentera Pemuda Pulau Pinang dalam baner tersebut.

Kata-kata tersebut sebenarnya merupakan sebuah hadith Rasulullah dimana almarhum semasa menyampaikan hadith tersebut adalah jelas merojok kepada Umno yang telah menolak Hudud dengan menggelarkannya sebagai 'Hudud PAS'.(Lihat paparan berikut) 

Ummat Islam mesti sedar betapa silap dan salahnya mereka
menyokong sebuah pertubuhan sekular seperti Umno
- antara ucapan almarhum Ust Fadzil Mohd Noor
Menurut almarhum, Perdana Menteri ketika itu  bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan Timbalan Perdana Menteri juga menyebut kononnya Umno tidak menentang hudud. (Samalah sebagaimana yang sedang berlaku sekarang nih! kan?)

"Tiba-tiba di saat terakhir ini, pemimpin Umno menganggapnya sebagai hudud PAS semata-mata untuk menjadi helah  bagi menghalalkan penolakan mereka terhadap enakmen  syariat itu tanpa memberikan hujah - hujah syari'e bagi menyokong tindakan mereka." ucap almarhum Ust Fadzil.

Jadi kepada para pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang dah termakan hasutan gerombolan UG Yusni Mat Piah, ingatlah pesanan almarhum Ust Fadzil Mohd Noor - Jangan menyokong Umno! Ingat sampai bila-bila!
Comments
6 Comments

6 comments :

pan said...

Pendemo2..BANGSAT!!!...

Anonymous said...

Aku tak puas hati dengan pro-ulama sebab mereka berundur bila mereka berdepan dengan ancaman baton.

Sepatutnya pertahankanlah hudud tu sehingga ketitisan darah kepala yang kena ketuk dengan baton tu... baru dikira syahid kalau 'kiok'lah... ini cabut bila kena ancam... macam ni ke pejuang Islam... kulit bawang perjuangan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya pun tak ada.

Macam tu ke nak pertahan ulama... baru dihala baton sudah lari. Patutnya Ketua Pemuda PP pi ke depan kasi tahan baton tu dengan kepala kasi leleh itu darah... baru jadi pejuang ulama yang sejati..

Anonymous said...

Yusni mat piah ni ada mashukkk sesuatu kut sbb tu sibuk sgt nak boikot pkr

Anonymous said...

cakap bersama "Pakatan Rakyat", tapi perbuatan/perangai macam nak suruh orang tendang keluar dari Pakatan Rakyat. mcm ni, jika jari kaki terkena penyakit "gangrene", baik potong terus jari tu supaya tidak merebak ke bahagian lain. Hadi dah dijangkiti Gangrene.

Wan Rosli said...

Setuju kalau jgn sokong atau undi kedua2nya.. undi penentang hudud x boleh dan undi umno pun x boleh..

Anonymous said...

Ulama tak ada perangai mcm tu lah....sedih melihat melihat gelagat mereka ini yg nafsu mereka dimenangi oleh syaitan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...