GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 30, 2015

8 bekas pembantu Khalid Ibrahim diheret ke mahkamah

Seorang bekas pembantu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan 7 lain berdepan saman bagi mengembalikan RM2.7 juta yang dibayar kepada mereka sebagai pampasan untuk diberhentikan sebaik sebelum bekas menteri besar Selangor itu meninggalkan jawatannya tahun lalu.

 Peguam Shahir Razak yang mewakili Menteri Besar Incorporated (MBI) berkata MBI mengambil langkah itu selepas semua defendan gagal memenuhi permintaan anak guamnya.

 "Saman itu difailkan bulan lalu atas arahan anak guam saya selepas semua defendan enggan memulangkan wang itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Shahir berkata, MBI juga menuntut semua defendan membayar faedah 5% ke atas jumlah yang dituntut, pampasan kewangan lain dan kos jika keputusan mahkamah memihak kepada MBI.

 Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 11 Mei atas alasan defendan tidak layak menerima pampasan itu.

 Mengetuai senarai defendan ialah bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin (gambar) yang diwakili peguam Edmund Bon.

 Tujuh yang lain ialah Rohani Talib, Arfa'eza Abdul Aziz, Mustapha Mohd Talib, Rahimah Kamarudin, Dr Sulaiman Masri, Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail.

 Shahir berkata, kes itu akan disebut di hadapan penolong pendaftar kanan pada 28 Julai bagi membolehkan semua pihak berkenaan mengambil tindakan lanjut. Katanya, MBI bersedia menggugurkan tindakan itu jika defendan bersedia mengembalikan jumlah yang dituntut.~ Baca seterusnya di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Malaysiabaru said...

Kata Khalid gagap kedekut... Nak hapus denggi di Selangor pun berkira...nak turap jalan pun berkira nak collect sampah pun berkira

Tapi bila dgn kroni.... Tak de limit dah

Tapi dgn menantu.... Gaji maximum

Tapi dgn pemuda pas... Rembatlah... Ikut suka...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...