GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, June 27, 2015

Ahmad Awang : Akan Saman Hj Hadi


Program Perjuangan Baru Bermula di Temerloh malam tadi adalah dikira berjaya mengikut kata pengerusi Majlis malam itu, Ustaz Ibrahim .

Menurutnya, "Kalau malam ini kita dapat mengumpulkan lebih dari 16 orang, itu bermakna malam ini kita telah berjaya dan dapat mengalahkan rekod Ust Idris, Naib Presiden PAS yang baru."

 Beliau merujuk ceramah yang disampaikan oleh Naib presiden PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad bersama-sama PJ Negeri Sembilan yang baru pada 15 Jun lalu di hadiri hanya 16 orang di Seremban, Negeri Sembilann (gambar sebelah)

Ternyata pada malam tadi kehadiran adalah dalam sekitar 500 hadirin, yang berkumpul dalam beberapa kelompok-kelompok kecil yang merata kerana kawasan yang agak luas.

Yang menariknya adalah kehadiran beberapa orang dari etnik Tionghua telah turut bersama.

Dr Khairudin Datok Malik dalam ucapannya menyatakan bahawa yang digelar ulama ialah mereka yang bergetar hatinya bila nama Allah disebutkan. 

Ulama ialah manusia yang baik  yang paling bertakwa, dijelaskan Allah dengan mafhumnya :


"Inna akramakum ’indallahi atqakum, innallaha ’alimun khabir (al-Huzarat 49:13) artinya:  

Sesunguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling betaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha.

"Apakah patut digelar ulama orang yang menggelar orang lain Munafiq?" Tanya beliau.

"Saya tidak iktiraf sebagai ulama orang yang menggelar orang lain sebagai Munafiq! Kemulian disisi Allah bukan milik mereka yang bergelar ustaz atau kalangan mereka yang menggelar diri mereka sendiri sebagai ulama tetapi mudah mentakfirkan orang lain!"


Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya menyatakan beliau tidak pernah terfikir bahawa kesemua 18 orang itu akan tersingkir. Golongan konservatif menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu dengan cara mereka melakukan chai.

PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti itu hanya untuk membuat pembersihan menyeluruh PAS daripada pimpinan blok progresif.

Beliau tidak mengiktiraf pemilihan cara begitu kerana bukan atas merit atau performance seseorang individu, Beliau juga turut mengulangi kenyataannya:

"Saya sedang kaji tindakan mahkamah (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," katanya malam tadi. "Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya,"

Hj Hadi dalam satu kenyataannya yang disebarkan melalui rakaman video mendakwa, pertandingan itu adalah antara calon pilihan DAP dan calon pilihan PAS. 

"Pertandingan merebut jawatan presiden PAS hanya saya dan Hj Hadi, kami dua orang sahaja yang bertanding jawatan tersebut. Walaupun dia tak sebut nama siapa calon pilihan DAP itu, tapi jelas dia merujuk kepada saya!" Kata UAA.

Turut hadir menyampaikan ucapan pada malam tadi ialah Tengku Puji, DS Nizar Jamalauddin, Tengku Zulpuri Tengku Puji,Adun Mentakab, Ustaz Aziz Abbas dan Kamal Koh.
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Bila nak buat kat terengganu? aku nk join..

Anonymous said...

Ramai orang ke masjid malam bulan puasa ni. Mungkin tak kena pada hari dan waktunya...
- tetap sokong G-18!

Anonymous said...

Bagi golongan ulamak pas, rakyat hanya diperlukan untuk memangkah lambang Bulan sewaktu pilihanraya. Pada waktu yg lain, kehadiran rakyat tidak diperlukan.

Abootarbus said...

Kemenangan parti bukan kerana 3 juta ahli, ianya kerana sokongan silence majority?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...