GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, June 04, 2015

Ahmad Awang ditawar jadi speaker jika setuju tubuh kerajaan dengan Umno

Calon presiden PAS, Ahmad Awang mendedahkan beliau pernah ditawarkan jawatan speaker oleh Umno jika bersetuju mewujudkan kerajaan campuran ketika Perak ditadbir Pakatan Rakyat (PR) pada 2008.

 Dalam satu wawancara secara eksklusif bersama Sinar Harian, Ahmad berkata beliau menolak tawaran tersebut kerana berpegang kepada prinsip tidak bersetuju adanya kerjasama dengan Umno.

 "Semasa saya berkhidmat dalam kerajaan pernah berkali-kali saya ditawarkan untuk masuk Umno. Saya tetap berpegang kepada prinsip saya, kalau saya nak dunia, nak duit nak pangkat, saya ikut dan jadi orang Umno, selesai.

 "Malah tawaran terakhir saya yang saya dapat daripada Umno ialah semasa menubuhkan kerajaan negeri Perak, kalau saya bersetuju PAS dan Umno tubuhkan kerajaan, lainlah ceritanya sekarang," katanya kepada Sinar Harian.

Kerana keengganannya bersetuju dengan cadangan tersebut, Ahmad dikecam menjadi punca tidak tertubuhnya kerajaan Melayu - Islam di Perak.

 Katanya, apabila beliau menawarkan diri bertanding jawatan presiden PAS, ia menimbulkan keresahan kepada Umno

 "Jadi tidak peliklah bila saya bertanding jawatan presiden, Umno pun resah dan menggunakan akhbar mereka untuk memburukkan saya sebab saya berpegang kuat kepada prinsip iaitu Islam," katanya.

 Bekas naib presiden PAS itu juga menyimpulkan perjalanan pemilihan yang dianggap panas kali ini hampir menyerupai seperti ketika parti Islam itu memenangi Terengganu pada 1999.

 "Masa PAS menang di Terengganu ada berlaku sedikit krisis terutama dalam memilih pemimpin untuk mentadbir Terengganu. Krisis PAS Terengganu pada masa itu semua saya tahu, kesimpulannya semangat kedaerahan berlaku.

 "Jadi bila kita baca balik perkara itu, krisis dalaman yang berlaku pada masa itu terjadi juga pada masa ini. Tidak baik kalau semangat kedaerahan berlaku dalam PAS," katanya.

 Ahmad berkata krisis dalaman PAS berpunca daripada pihak yang enggan berpegang kepada tanggungjawab dan peranan mereka seperti mana termaktub dalam Perlembagaan parti.

 "Ia seolah-olah masing-masing boleh keluarkan hukum dan sebagainya," katanya tanpa menamakan secara khusus siapakah pihak dimaksudkan. – 4 Jun, 2015.9 -sumber: themalaysianinsider
Comments
1 Comments

1 comment :

Malaysiabaru said...

Pulak DAH!!!

Hadi Ping kuda salahkan sekularisme pulak

Dulu menantu salahkan komunis marxisme dan karl mark di DUN kota Damansara

Lepastu hadi Ping salahkan pil kuda

Ularmak pas bersorak tokok tambah sekular. Jebon. Anwarinas. Barua. Duri dlm daging. Proxy dap. Dan Kafir.

Hari ni Hadi Ping dan perangai buruk nya kata ahli pas terikut ikut dgn sekularsmi musuh islam (dap)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...