GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 30, 2015

Anjing dan Serigala adalah label bagi Ulama Jahat

Tazkirah RamadhanApa yang disebut oleh Tuan Guru Haji Hadi berkenaan Kabilah, Anjing dan Serigala hanyalah pepatah arab yg masyhur. Namun pada padangan aku, penggunaan pepatah arab itu pada tempat dan tujuan yang salah.. 

Apa yang menariknya, samaada ia suratan atau kebetulan,  dan Ulama yang menjual agamanya seperti mana yang telah di nukil di dalam di dalam Quran dan Hadis...

 1. Quran menyifatkan Ulama yang menjual agama nya di dalam Quran Sebagai Anjing - (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

وَٱتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيْنَٰهُ ءَايَٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنْهَا فَأَتْبَعَهُ ٱلشَّيْطَٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَٰهُ بِهَا وَلَٰكِنَّهُۥٓ أَخْلَدَ إِلَى ٱلْأَرْضِ وَٱتَّبَعَ هَوَىٰهُ ۚ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ ٱلْكَلْبِ إِن تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَث ۚ ذَّٰلِكَ مَثَلُ ٱلْقَوْمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُوا۟ بِـَٔايَٰتِنَا ۚ فَٱقْصُصِ ٱلْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ  

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir” (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

 2. Gelaran Serigala Bagi Ulama Akhir Zaman yang berpura pura Zuhud Sepertimana di dalam hadis Tarmizi Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda:

 “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

 Allah swt. berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)"

 Selamat Berbuka.. Ipoh Mali
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Tazkirah:

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:

“Dalam hati mereka ada penyakit (keraguan dan kemunafikan), lalu ditambah Allah penyakitnya.”
(Al Baqarah ayat 10)

Dalam tafsir Ibnu Katsir, menjelaskan bahawa istilah ‘penyakit’ dalam ayat ini bererti ‘keraguan’. Selanjutnya, kita selalu melihat mereka yang mempunyai tanda-tanda munafik, sering ragu ragu terhadap Allah SWT, para ulama, Mujahidin dan sebagainya. Keraguan mereka terdapat dalam banyak aspek seperti hidup setelah mati, syurga dan hari pengadilan; selanjutnya mereka melangkah terlalu jauh dengan meninggalkan ikatan Islam.

Anonymous said...

Tazkirah lagi:

Orang-orang munafik selalu berbicara dan memperhatikan kesalahan orang lain dan tidak pernah berfikir tentang kesalahan dan dosa mereka sendiri. Mereka selalu membuat fitnah dan kerosakan malah menuding jari mereka kepada orang lain selain mereka.

Allah SWT berfirman:

“Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perdamaian." Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.” (Al Baqarah ayat 11-12)

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan kepada kita bahawa orang munafik adalah penyebab fitnah (kerosakan) namun mendakwa telah melakukan perdamaian. Bahkan mereka sebenarnya adalah para pengacau. Mereka dengan yakin percaya bahawa mereka baik, melaksanakan perdamaian di muka bumi

Anonymous said...

Tazkirah lagi:

Allah SWT berfirman:

“…Katakanlah kepada mereka: "Teruskanlah ejekan-ejekanmu (terhadap Allah dan rasul-Nya)." Sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti itu.”
(At Taubah ayat 64)

Ayat ini diturunkan semasa perang Tabuk tentang orang-orang munafik yang terus mengejek orang-orang beriman, berkata bahawa hafalan Al-Qur’an mereka hanya memberikan perut besar. Sindiran dan ejekan seperti ini sangat biasa timbul pada masa kini daripada kalangan orang-orang moderate yang menjual kaum Muslimin dan yang mengejek Mujahidin dan aktivis Islam yang bekerja untuk melihat syiar Islam tertegak di seluruh pelusuk dunia.

Orang-orang munafik berkata ‘lihatlah orang-orang ini, mereka percaya berjuang untuk Khilafah atau mendukung Jihad atau ‘bagaimana mungkin orang-orang yang tidak berpendidikan yang mengakui manfaat daripada pemerintah boleh menegakkan negara Islam?’ dan sebagainya. Ini hanyalah sebahagian contoh daripada kenyataan mereka yang mempunyai penyakit di dalam hati mereka.

Anonymous said...

Tazkirah:

Antara kemampuan yang berpengaruh adalah mereka boleh menyesatkan dan menjatuhkan orang-orang yang berselisih dengan membacakan ayat-ayat Allah SWT berfirman dalam Al-Qur’an:

“Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka menyangka bahawa setiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka berwaspadalah terhadap mereka; semoga Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” (Al Munafiqun ayat 4)

Lebih lanjut Rasulullah SAW bersabda:

“Akan ada sebahagian orang di antara kalian yang solatnya mengalahkan solatmu, dan yang puasanya mengalahkan puasamu, dan ibadahnya mengalahkan ibadahmu. Mereka akan membaca Al-Qur’an tetapi tidak melebihi kerongkong mereka. Mereka akan meninggalkan Islam seperti anak panah dari busurnya…’
(Al Bukhari, Kitab Fadilah Al-Qur’an Bab 3g Hadits no 5058)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...