GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, June 26, 2015

Anwar : Qazaf ke atas Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah

Malaysiakini melaporkan : 

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan laporan qazaf terhadap peguam kanan Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai perbicaraan tuduhan meliwat ke atas bekas ketua pembangkang itu.

 Isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan laporan itu di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi pihak beliau.

 "Laporan ini dibuat berdasarkan apa yang didakwa Shafee terhadap Anwar, kerana melakukan liwat tanpa mengemukakan empat saksi seperti dikehendaki undang-undang," kata Wan Azizah kepada media di Shah Alam.

Maklumat tambahan :
Qazaf atau menuduh orang lain berzina termasuk dalam Hukum Jenayah Islam iaitu Hudud. Antara lain yang termasuk dalam hudud ialah Zina, mencuri, merompak, minum arak dan murtad. 

 PENGERTIAN QAZAF 
Qazaf ialah melemparkan tuduhan zina kepada orang lain yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya.Jika sekiranya ia hanya menuduh seseorang lain mencuri, minum arak, murtad, termasuk juga mencaci yang boleh menjatuhkan maruah maka ia hanya di kenakan hukuman ta'zir. Baca seterusnya di sini

Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Peguam yg berasal dari penganut agama hindu itu, dia peduli apa fasal dosa dan pahala? Ada nampak dia kisah fasal dosa pahala nih, tak ada, bukan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...