GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 29, 2015

Apakah anda membenci PAS?

Oleh Ahmad Dhuha Sobri

 Jawapannya untuk anda saya tidak tahu, tetapi bagi saya sendiri. Saya tidak membenci PAS. Saya sayangkan PAS dan ahlinya. 

Jika PAS adalah sebagai Mekah dan Wadah Baru adalah Madinah. Maka kita harus sedar bahawa Rasulullah saw berhijrah ke Madinah bukan kerana benci Mekah. Tetapi adalah kerana Mekah bukan sebuah tempat yang subur untuk pengembangan Islam dalam masyarakat monokultur itu berbanding Madinah adalah masyarakat multikultur.

 Begitulah juga sekarang ini PAS bukan lagi tempat yang subur untuk pengembangan Islam sebagai agama RahmatalLil 'alameen.

 Di Mekah Rasulullah tidak terus meruntuhkan berhala di Kaabah, tetapi setelah beberapa tahun beliau di Madinah akhirnya berhala di Mekah diruntuh sendiri oleh penyembahnya yang satu ketika dahulu disembah penuh kegerunan dengan tangan mereka sendiri.

 Maka kita sebagai pemimpin dan pembimbing untuk wadah baru harus tidak menanamkan kebencian sebaliknya kasih sayang kepada PAS dan ahlinya dan wajib dengan gigih berusaha menarik seramai mungkin ahli PAS menyertai wadah baru dengan sebuah pemikiran yang tercerahkan (rausyan fikr).

 Tindakan secara emosi mesti dielakkan oleh peringakat pemimpin dan pembimbing seperti mengarah lambang dan papan tanda PAS diruntuhkan segera dikampung halaman masing-masing adalah tindakan emosi.

 Emosi tak terkawal biarlah hanya berlaku kepada ahli biasa wadah baru, jangan pula berjangkit kepada pemimpin dan menggalakkan sentimen kebencian tersebut.Kebencian tidak akan menghasilkan natijah yang baik sebalik akan dibalas pula dengan kebencian yang lebih jelek.

 Jadilah kita semua duta kasih sayang untuk Islam RahmatalLil 'Alameen.

 SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KASIH SAYANG UNTUK MEMBERI FIKIRAN YANG TERCERAHKAN (RAUSYAN FIKR) KEPADA SELURUH AHLI PAS DAN MASYARAKAT SIVIL MENYERTAI WADAH BARU INI. - sumber
Comments
4 Comments

4 comments :

Ramboo III said...

Tidak..sy kini tidak akan undi dap lg utk parlimen di kaw sy jika ini berterusan..sy benci dap.

lagu tu laa said...

aku setuju dengan penulis tu,aku tak membenci pas,tapi aku benci dengan perangai pemimpin pas yang baru dilantik terutama ketuanya yang dulu menuduh orang mulut cirit birit tapi sekarang mulut cirit birit kembali kepada tuannya.tak pernah ada kata 'MAAF' darinya.semuanya menyalahkan orang yang tak sependapat,tak sehaluan itu yang salah.apa yang dia tahu ialah 'MENAFIKAN'.jangan hairan dan terkejut akan ada kata2 yang akan keluar dari mulut dia dengan perkataan dan bahasa2 yang menyakitkan hati. alasan dia sangat mudah 'SIAPA YANG MAKAN CILI AKAN TERASA PEDAS'

Malaysiabaru said...

Insyallah kutukan pak lebai pas terhadap g18 sebagai erdogan menjadi reailiti

Erdogan jd pm selepas setahun parti akp do tubuhkan

Biar berkat doa g18 jadi erdogan !!!

Anonymous said...

Aku kesiankan Pas. Pemimpin pas sekarang ni kuat ponteng, makan gaji buta, ditegur x boleh, jd ape rakyat nak harapkan daripada dia? asyik tolak tahi hanyut je kejenye..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...