GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, June 06, 2015

Apakah larangan fitnah tiada dalam Al-Quran, soal penyokong bukan Islam PAS

Kepimpinan ulama PAS dikritik seorang bukan Islam hari ini kerana tidak menegur ahlinya supaya menghentikan memfitnah dan melabel satu sama lain yang berterusan sejak sekian lama dalam parti.

 Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Balasubramaniam berkata, pihaknya pada mulanya menyertai PAS kerana mengharapkan sesuatu yang lebih harmoni dengan ajaran Islam.

 Namun, katanya, mereka terpinga-pinga dan terkejut dengan suasana fitnah-memfitnah dan aktiviti label-melabel yang berlaku dalam PAS.

 "Saya tak pasti apakah dalam ajaran Islam atau dalam Al-Quran tiada larangan supaya jangan memfitnah dan melabel orang lain dengan label yang buruk.

 "Kenapa kita mengamalkan larangan Al-Quran dalam parti PAS?" soalnya dalam ucapan penangguhannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor.

 Beliau mendakwa, ulama PAS yang tidak memainkan peranan mencegah perbuatan itu menyebabkannya terus bermaharajalela dalam parti.

 Katanya, sebagai organisasi bukan Islam, DHPP mengharapkan Islam yang dibawa PAS menerusi kepimpinan ulama dapat memberi keselesaan dan keadilan dalam hidup masyarakat berbilang kaum.

 "Saat kami ingin menumpang Islam yang dibawa PAS, janganlah pula hasrat ini hancur dengan amalan fitnah, label, mungkir janji dan seumpamanya.

 "Jika sering melaungkan Islam adalah segala penyelesaian, maka buktikanlah masalah ini dapat diselesaikan secara Islam," katanya.

 Balasubramaniam berkata, orang bukan Islam ingin melihat amalan mengikut Al-Quran dan hadis direalisasikan di kalangan ahli dan pemimpin PAS, dan bukan hanya berdasarkan ucapan semata-mata.

 Beliau tidak menolak hakikat Barisan Nasional (BN) berhak menang pilihan raya kerana gerak kerja yang dikatakannya lebih bersatu dan tersusun berbanding PAS.

 "Saya tak pasti apakah benar Tuhan redha. Mungkin kerana kita tidak bersatu hati atau tidak berjaya membina persepsi yang baik di kalangan pengundi.

 "Tetapi saya yakin, Tuhan tentu lebih suka kita menang bersama Pakatan Rakyat," katanya. – 6 Jun, 2015. - sumber: themalaysianinsider
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...