GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, June 09, 2015

Asmuni: PAS tiada pilihan, kena laksana usul

Dewan Ulama PAS perlu mengakui kesilapan mereka berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP dan menyebabkan PAS tersepit dalam Pakatan, kata peguam dan bekas bendahari parti, Asmuni Awi.

 “Perkara seperti ini harus menjadi pengajaran pada masa akan datang kepada semua pihak, dalam politik kita tidak boleh terburu-buru,” kata Asmuni dalam laporan Sinar Harian hari ini.

 Laporan itu, turut melaporkan Asmuni merujuk kepada Fasal 7 Perlembagaan PAS dan berkata parti itu perlu bermuktamar semula jika ia mahu menarik balik usul itu yang diluluskan tanpa bahas minggu lalu.

 “Dengan kata lain, usul diluluskan itu seperti undang-undang yang perlu dilaksanakan memandangkan gerak kerja dan pentadbiran PAS perlu mengikut keputusan muktamar seperti dicatatkan dalam perlembagaan," katanya.  

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS minggu lalu berkata, usul yang diluluskan tanpa bahas itu kini mengundang masalah terhadap kerjasama antara PAS dalam kerajaan Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang.

 Justeru, katanya, beberapa pemimpin PAS yang mempunyai jawatan dalam kerajaan Pakatan terpaksa melepaskan jawatan berikutan penerimaan usul tersebut oleh muktamar.

Tunggu apa tunggu? 
 “Saya sendiri tidak faham mengapa usul ini beria-ia mahu dibawa dan diluluskan oleh mereka (Dewan Ulama) tanpa memikirkan risiko terpaksa ditanggung.

 “Usul dalam muktamar bukan perkara main-main dan tidak boleh ditarik balik pada bila-bila masa. PAS kena laksana, dah tidak boleh bagi alasan,” Asmuni dilaporkan berkata.~ malaysiakini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Yang penting kita wajib ikut Ulama dan Muktamar. Bila dah kata putus maka semua warga pas yg berezki dgn kerajaan negeri pimpinan DAP kena la BERAMBUS. Baru la Isle isle.
Tak kan bab duit jadi boleh pulak langgar ketetapan muktamar dan buat U-Turn. Nak kerja terus dengan kerajaan Negeri boleh TAPI kena la buat MUKTAMAR KHAS pembatalan resolusi yg diterima.

Mudah kan untuk difahami. Lagi pun dah kuat apa lagi BERAMBUS la dari PR terutamanya di Selangor. Kalu runtuh kerajaan Selangor ada PRN, apa takut kan ke kita KUAT dah tentu MB dari Pas.Tak kan nak U-TURN dan memalukan Dewan Ulama pulak kannn.
Apa pun mudah patuhi lah Muktamar dan ULAMA baru ada maruah,
Sekali lagi cakap BERAMBUS

Anonymous said...

apabila guna siku dan lutut utk berfikir kan dah kene check-mate.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...