GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, June 14, 2015

Azmin sambut baik cadangan PasMa

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyambut baik cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) hari ini untuk pembentukan sebuah parti politik baru.

 Azmin, yang juga menteri besar Selangor, berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, sesiapa sahaja mempunyai hak untuk membentuk parti politik mereka sendiri.

"Pertama, PR (pakatan pembangkang) akan melihat apakah idea-idea dan dasar Pasma sebelum membuat sebarang keputusan," katanya ketika ditemui pemberita pada satu majlis peringkat negeri Selangor sempena menghampiri Ramadhan, di Shah Alam hari ini.

 Tambahnya, PR akan menerima mana-mana parti politik dan individu yang berkongsi idea-idea yang sama dalam perjuangan dan dasar-dasar mereka.

 Pasma telah mencadangkan pembentukan parti politik baru untuk mengekalkan kesinambungan PAS berikutan keputusan parti Islam itu memutuskan hubungan dengan DAP pada perhimpunan agung ke-61 parti Islam baru-baru ini. - Bernama, 13 Jun 2015.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Azmin ini Satu ORANG YANG BER FIKIR

Tengok Air Muka saja tahu si Azmin ini bukan BODOH SEPERTI PAS

Azmin ada Kualiti Pemimpin BIJAK lebih bijak dari MAT MONGOL anytime

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...