KELANTAN

KELANTAN
TABUNG BANJIR KELANTAN

SUMBANGAN DANA

SUMBANGAN DANA
HARD TALK

Thursday, June 11, 2015

Barua yang arah luluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP ialah ....

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.

 Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

 "Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.

 "Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, meskipun usul itu telah diarahkan untuk dilulus tanpa dibahaskan, muktamar masih mempunyai kuasa untuk mengubah keputusan itu.

 "Dalam muktamar, ahli Majlis Syura Ulama juga merupakan sebahagian perwakilan. Jika mereka mahu usul itu dibahaskan, mereka boleh buat begitu kerana kuasa muktamar kuat.

 "Mereka boleh cadangkan kepada pengerusi tetap dan kalau majoriti bangun sokong, saya percaya usul itu boleh dibahaskan," katanya.

 Sehubungan itu, katanya, Pas tidak perlu mengadakan satu muktamar khas untuk membincangkan semula usul berkenaan.

 "Bagi saya muktamar khas tidak perlu kalau itu sudah diputuskan. Sepatutnya semua pihak harus peka pada hari muktamar," katanya di sini
Comments
10 Comments

10 comments :

Anonymous said...

KALAU ANWAR BUAT TINDAKAN BEGITU JIKA ADA USUL DLM PKR UTK MEMUTUSKAN HUBUNGAN DGN PAS KRN PAS DOK ASYIK X SUKA PD BINI ANWAR...HANG SEMUA PASTI AKAN SPIN KT SINI KATA...ANWAR MMG BIJAK...MMG BIJAK TANPA DPT DINAFIKAN...DLM KEADAAN YG TEGANG BEGINI...KLU DIBAHAS USUL TERSEBUT...SEPERTI MENCURAH PETROL KEATAS API YG MARAK...TAPI DGN TINDAKAN PENUH BIJAKSANA ANWAR...IANYA MENJADI AIR YG MENCURAH KEATAS API YG MARAK...ANWAR BERTINDAK BIJAK LAGI BIJAKSANA...KRN ENGGAN MEMBIARKAN ISU PANAS...MENAJDI DILUAR KAWALAN...ANWAR MMG BIJAK...SUGGUH BIJAK KRN BERJAYA MENGAWAL PARTINYA...DARI MENAJDIKAN MEDAN BAHAS...UNTUK MEMBALAS SEGALA PENGHINAAN PAS SELAMA INI...DAN INI PASTI AKAN MENGERUHKAN LAGI USAAH2 ANWAR UTK MEMPERBAIKI HUBUNGAN KERJA ANTARA PKR DAN PAS...

PASTU KELUAR LAGU...ANWAR YG SEKARANG...BUKANNYA ANWAR YG DULU

Anonymous said...

Jika diadakan muktamar khas untuk membatalkan usul yg telah diluluskan itu lalu usul itu dapat dibatalkan, andaikan begitu, tetapi niat yg tersembunyi selama ini telahpun terdedah!!! Apalah punya bodoh pihak2 yg mahukan usul itu diluluskan tanpa bahas, betul2 bengong!

Anonymous said...

Nama pun HADI

Jenama BARUA pun

Anonymous said...

assalamualaikum bekas ketua kampung, teman tak faham kenapa bahasa mike sejak akhir-akhir ni semakin kasor dan tak semenggah lagi., maafkan teman kalau lepaih ni bila teman terserempak atau tertembung ngan mike teman tak akan bagi salam mahupun nengok muka mike lagi... sebab teman ingatkan mike adalah antara orang yang paling layak untuk teman hormati (yang teman kenai mike sejak tahun 2008 dulu lagi bila mike selalu berulang ke SUK Perak - kalo tak silap teman mike selalu ke Unit Perancang ekonomi (UPEN Perak) dulu semasa DS Nizar menjadi MB dan kita pernah berbual dan bertukar-tukar pendapat tapi., nampaknya segala dah berubah dan jelaih lagi nyata kita tahu siapa yang mengubah suasana.., maafkan teman dan semoga Allah ampunkan teman kerana teman membuang nama mike daripada nama salah seorang kawan @ kenalan teman.. tapi teman tak tahu adakah teman sepatutnya meminta Allah ampunkan mike ..

Anonymous said...

Jadilah pas parti jaga surau dan masjid aje

Anonymous said...

apa la pula tindakan 3 top ulama pas lepas ni. gabung dgn umno? 2 dah cenderung

Alhusseyn Alhusseyn said...

Wa 'alaikumussalam kpd Anon 7.44. Apakah sebab perkataan 'Barua' itukah kamu nak marah pd saya? Saya sekadar meminjam perkataan yg Hk Hadi pernah gunakan sendiri apabila kerajaan UG yg digagaskannya kecundang akibat sokongan 2 adun PAS memihak WAWI.Apakah sbb dia ulamak maka dia layak maki hamun dan melabel org lain? Ajaran ugama mana?

Anonymous said...

Setuju sangat. Menang barua betul.

Anonymous said...

Apa yg kau merepet ni yob ?

Malaysiabaru said...

Jika benar kamu beriman dan beragama islam

Kamu akn percaya kpd qada qadar dan tidak akn guna perkataan

JIKA

tapi disebabkan tok guru kamu adalah ularmak sesat ayoh hadi Ping maka kami semua phm knp kamu tidak berimn kpd rukun iman!!!

Pas-chai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...