GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 16, 2015

Bila PAS nak mesyuarat? Lagi dua minggukah??

WARNA POLITIK PAKATAN RAKYAT BERUBAH MENJADI "PAKATAN BARU" 

Selepas DAP mengumumkan tiada lagi "PAKATAN RAKYAT" yang secara tidak langsungnya memutuskan semua hubungan dengan PAS. Malam nanti Biro Politik PKR akan bermesyuarat berhubung isu yang sama. 

Berdasarkan kenyataan Azmin sebelum ini, "PKR akan bersama DAP", menunjukkan PKR juga sudah bersedia untuk memutuskan semua hubungan dengan PAS.

Kenyataan ini turut di perkukuhkan oleh Presiden PKR Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengakui wujud masalah dalaman Pakatan Rakyat yang memerlukan perhatian segera untuk di selesaikan. 

Sudah terang lagi bersuluh, Pas kini semakin hampir kesorangan di dalam menghadapi realiti politik Malaysia masa kini. Kedudukan ini juga menggambarkan sebuah parti baru sudah dikenal pasti akan menggantikan tempat Pas di dalam "PAKATAN BARU" yang akan bergerak untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional. ~ Admin UAA Supporters


DAP putuskan Pakatan tidak lagi wujud.


Pemimpin tertinggi DAP hari ini bertindak mengisytiharkan Pakatan Rakyat (PR) tidak lagi wujud dan mengatakan ia akan hanya bekerjasama dengan PKR dan "semua pihak" yang mahu melihat pemerintahan Barisan Nasional (BN)berakhir.

  "Memandangkan PR dibentuk oleh ketiga-tiga parti berdasarkan konsensus dan terikat dengan Dasar Bersama, usul di muktamar PAS itu membunuh PR. Justeru kini, tiada lagi PR," katanya.

 Semalam, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR berkata, kerjasama antara PKR, PAS dan DAP perlu segera disemak semula bagi memperkukuhkan kembali gabungan parti di dalam PR.

 Dalam satu kenyataan, ketua pembangkang itu mengakui, wujud masalah dalaman PR yang memerlukan perhatian segera pemimpin tertinggi supaya ia ditangani secara bijaksana.

 Beliau juga menyuarakan cadangan PKR supaya "perbincangan diteruskan dengan parti politik dan juga badan bukan kerajaan dalam kerangka besar masyarakat madani lainnya demi merangka hala tuju dan masa depan." – 16 Jun, 2015.~sumber

Sementara itu, dilaporkan :PKR bincang masa depan Pakatan malam ini, kata Rafizi


PKR akan memutuskan masa depan Pakatan Rakyat (PR) pada mesyuarat biro politiknya malam ini, kata setiausaha agungnya Rafizi Ramli, susulan DAP terdahulu hari ini mengumumkan PR kini tidak lagi wujud. Katanya mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam di ibu pejabat parti di Petaling Jaya bagi membincangkan pendirian DAP itu yang dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusatnya (CEC) malam tadi. 

 "PKR akan membincangkan kenyataan DAP tersebut dan pendirian PKR di dalam mesyuarat biro politik mingguan yang akan diadakan malam ini," kata Rafizi dalam satu kenyataan sebentar tadi.
– 16 Jun, 2015.~ sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...