GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, June 07, 2015

BUAT PARTI BAHARU TETAPI BUKAN JEMAAH BAHARU GANTIKAN PAS, TEGAS USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL

Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'. Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan (PPI). Islam adalah pada identiti ahli dan calon.

 Pakatan Rakyat: 1. PKR = keadilan 2. PPI = ihsan 3. DAP = demokratik. DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman.

 PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan. Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud". Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat. Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu.

 PPI adalah wadah politik semata-mata. 'Direction' komunikasi hanya kepada rakyat. Jangan jawab, peduli atau gelisah dengan cacian, maki hamun, label, hatta fitnah, konspirasi PAS2015.

 Kasihan rakyat. Tiada keperluan menunggu-nunggu barisan agamawan PAS2015 membuktikan apa-apa. Jika mereka kalah pun, mereka yakin itu takdir Allah untuk mereka kerana berada di jalan yang benar. Rakyat yang menolak mereka dituduh penentang kebenaran.

 Dengan kognitif sebegitu, tiada rasional yang boleh diketengahkan.

 Jangan khuatir. Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dari era dua profesor itu hingga ke Allahyarham TGNA, perjuangan mereka adalah perjuangan Islam yakni menegakkan keadilan dan ihsan.

 Bukan memperjuangkan parti, demi parti, atas nama parti, untuk parti. Jika dahulu, ada disebut oleh Ustaz Fadzil Noor bahawa antara ketahyulan politik Malaysia ialah orang Melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO.

 Kini, ketahyulan kedua ialah kita tidak mungkin dapat memperjuangkan Islam tanpa PAS. Jika PRU14 tidak sempat mengukuhkan PPI, momentumnya perlu teguh menuju PRU15. Takkanlah PAS2015 hendak mewakili suara kita menjelang Wawasan 2020.

 Ya Allah bukakanlah hati pemimpin-pemimpin PAS yang ikhlas berjuang namun tersingkir itu. 

Ustaz Hasrizal Abd Jamil 
 Saifulislam.com 
■ PPI hanyalah nama spontan.
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

Tinggalkan PAS BUKAN TINGGAL AKIDAH

Malaysiabaru said...

Tak perlu party baru

Mari pengundi semua tarbiyah Pas dengan menghukum parti ajaran sesat ini di pru14!

Pas mengajar ahlinya berzina di Selangor

Setelah meminta cerai dgn DAP dan Pakatan tetapi mahu duduk serumah dgn mereka mengiruskan rumahtangga sambilmenikmati seks dan bayaran 'suami'

Adakah ularmak pas sering mengamalkan zina?

Anonymous said...

Apa yang mengarut ni?
Yang penting mrnyambung perjuangan, bukan memulai perjuangan.
Seorang pejuang akan meneruskan perjuangan, berhijrah adalah suatu langkah perjuangan.
Bersama PKR adalah langkah yang paling selamat dan terbaik.
Kelebihan yang dimiliki akan menampung kekurangan yanh ada.
SELAMAT DATANG INTAN PERMATA PAS KE RUMAH KAMI PKR.

Anonymous said...

Lepas raya nanti tubuh le Pasma. Err...apa dasar Pasma. Kalau PKR dasarnya sosialis Anwar Ibrahim. DAP dasarnya sosialis Cina.
Pasma mungkin dasarnya Putrajaya kut.

Anonymous said...

Buat kerja fitnah sblm pemilihan satu hal....dah kalah nk pecahkan lagi...eloklah tu...berjaya dap memecahkan irg islam...tahniah diatas sumbangan anda...bekerja krn dendam...klula yg nk buat partibaru ni para ulamak....mcm2 hadis dh keluar termasuk para ulamak upahan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...