GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 03, 2015

Bukti Hj Hadi dan Umno satu kepala , berpisah tiada

Minggu ini, PAS akan menjalankan pemilihan presiden buat kali pertama dalam tempoh lebih 25 tahun yang sekali gus akan memberi kesan besar kepada politik negara.

 Hadi dilaporkan berkata, ahli boleh memilih antara pemimpin yang pro-DAP atau tidak – satu gelaran baru kepada kumpulan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai pro-Pakatan Rakyat. Gelaran pro-DAP ini juga turut diguna pakai oleh musuh PAS, Umno. Nampaknya Hj Hadi dan Umno satu kepala, berpisah tiada!
 
Laporan akhbar Utusan Malaysia
Hadi dan Umno membidas ahli dan pemimpin parti yang mahu menjalinkan hubungan dengan parti sekular dan demokrat sosial itu. Adakah ini secara kebetulan atau memang sudah ada jalinan muafakat antara Hj Hadi dan Umno?

 Perasaan marah kepada rakan dalam PR itu timbul selepas DAP menyuarakan bantahan secara terbuka terhadap undang-undang jenayah syariah Kelantan dan PKR berhubung calon bagi menggantikan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahun lepas.

 Secara kolektif, Hj Hadi percaya PAS harus terus memperjuangkan agenda Islam, seperti dengan menguatkuasakan hudud; dengan bantuan Umno walaupun sehingga kini Umno dilihat hanya memberikan pelbagai alasan dan menyempitkan peluang tersebut.


Walaupun Hadi berkata, PAS akan tetap bersama Pakatan, tetapi ramai yang melihat, Hadi lebih cenderung mahu membawa PAS keluar dari Pakatan.

 Jika Hadi dan pemimpin yang sealiran pemikirannya meneruskan tampuk kepimpinan parti, ia mungkin akan membawa kepada tiga tahun lagi kecelaruan dasar dan pertelingkahan dalam PR


Ini sekali gus akan melumpuhkan keupayaan PR untuk bersatu bagi menyediakan satu barisan alternatif menentang Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang dijangka diadakan awal 2018.

 Pengambilalihan kuasa kumpulan pro-Hadi diyakini akan membawa kepada PAS meninggalkan PR, dan dalam situasi ini, mereka mungkin bertanding menentang bekas rakan dalam PR pada pilihan raya akan datang. 

Yang sealiran dengan Hadi, seperti Datuk Mohd Amar Abdullah, Mokhtar Senik dan Nasruddin Hassan, Nik Abduh, Tuan Ibrahim Tuan Man, . Idris Ahmad, Iskandar Samad, Nik Abduh dll.
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

hadi dan gagalis berpisah tiada.

pok amid littor said...

Mutu kepimpinan terkebawah sejak 2-3 tahun lepas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...