GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, June 24, 2015

DAP dah bagi beberapa pilihan : Adakah Azmin sedang menunggu beberapa pilihan dari Hj Hadi?


Kita semakin keliru dengan perkembangan politik PKR yang semakin hari semakin tidak menentu dalam membuat pendirian.Padahalnya, bola kini berada pada kaki PKR dan berada didepan pintu gol yang terbuka luas....hanya perlu dikuis sikit sahaja untuk bola tu masuk gol.....

Tapi malangnya, PKR masih meninjau-ninjau samada nak kuis ke penjuru kanan gol atau ke penjuru kiri gol....

Azmin Ali sebelum ini bertegas bahawa usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.


Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.

Tiba-tiba pada Timbalan Ketua AMK Dr Afif Bahardin membuat sidang media memaklumkan PR masih wujud dan masih berfungsi sehingga pilihan raya akan datang...???

Namun kenyataan EXCO Pulau Pinang itu segera disanggah oleh Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata, kenyataan itu bukan pendirian AMK. AMK berpegang kepada keputusan Presiden PKR, bahawa PR secara rasmi sudah tidak berfungsi, katanya di sini

Mungkin kerana melihatkan kelaku PKR masih 'gelewak' didepan pintu gol, maka Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu.

Walaupun berita itu kemudiannya dinafikan, namun beberapa pilihan telah diberikan kepada Azmin supaya kerajaan negeri sedia ada terus kekal. “DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,”

Apakah maksud beberapa pilihan itu?

Menarik untuk kita ketahui apakah agaknya beberapa pilihan yang akan diajukan oleh DAP. Tapi semua orang dah boleh agak sebab Phua menyatakan: 

"DAP seboleh-bolehnya tidak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar dan berlaku pilihan raya negeri,”

Itulah kata kunci penting yang perlu kita sama fikirkan. Bagaimanapun masih belum ada pertemuan bagi membincangkan perkara tersebut.

Apakah kemungkinan besar DAP Selangor  juga telah memikirkan perkara-perkara berikut yang secara kebetulan hari ini  pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

1) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

2) Bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan adakan pilihan raya negeri semula bagi memberikan mandat kepada rakyat. (Rujuk di sini )

So Azmin, cepatlah kuis bola tu masuk gol.....sebelum DAP bawa usul tidak percaya.... ker nak tunggu dulu beberapa pilihan dari Hj Hadi?
Comments
4 Comments

4 comments :

Malaysiabaru said...

Rezki bukan hadi yg bagi...

Sudahlah azmin weiii... Buatlah keputusan drastik demi masa depan rakyat

Anonymous said...

Azmin dan hadi adalah sama.naik pun dgn cara tipu cai yg sama.elok.singkirkan azmin merosakn pkr sama spt hadi merosakn pas

Anonymous said...

Azmin nak tunggu dun selangor terbubar dgn sendirinya. Disini azmin kena tegas jangan jadi ayam terlepas tangan bau tahi.

Anonymous said...

Azmin sukar untuk membuat keputusan muktamad kerana Negeri Selangor ada sultan, berbeza dgn Pulau Pinang. Yg menjadikan keadaan bercelaru sekarang ini berpunca dari PAS berikutan usul memutuskan sebarang kerjasama dgn DAP tanpa bahas dlm muktamar lepas. Sepatutnya ADUN dan EXCO PAS itulah yg membuat keputusan berundur jika masih lagi mahu bersama dgn PAS atau mengistiharkan keluar dari PAS dan tidak membiarkan Azmin menghadapi masalah yg terbit dari tindakan bodoh parti PAS itu sendiri. Tindakan Mat Sabu dan Mujahid di Pulau Pinang adalah amat disanjung dan terpuji. Apakah PAS itu wujud hanya untuk mendatangkan masalah kpd pihak lain? Adalah lebih baik ADUN dan EXCO PAS membuat keputusan seperti dinyatakan tadi dgn berjiwa besar, tunjukkan prinsip diri itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...