JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Friday, June 12, 2015

DAP teruskan Impian Kelantan walaupun PAS putuskan hubungan

Sila baca beritanya di sini
Walaupun telah separuh tahun, ramai mangsa banjir mega Kelantan yang masih hidup dalam khemah-khemah, kontena dan membuat pondok-pondok sementara kerana memerlukan bumbung tetap atas kepala mereka. 

 Kerajaan Persekutuan dan negeri tidak segera menyiapkan rumah-rumah di Kelantan. Terlalu sedikit yang sedang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan. 

Tidak masuk akal bahawa hanya 19 buah rumah telah dibina hingga Mei. Dan agak malang sekali apabila mangsa banjir ini difitnah kononnya mereka tidak mahu pindah ke rumah yang telah siap

Sudahlah mereka ini lembab membina penempatan yang sesuai untuk mangsa diami, kenapa usaha pihak NGO yang membantu mangsa diperkecilkan dan dicemuh oleh kerajaan negeri Kelantan sendiri. Malah ada perwakilan muktamar PAS yang baru lalu mentohmahkan usaha NGO  tersebut.
Perwakilan PAS Wilayah Persekutuan membidas kumpulan dalaman parti yang dilihat "bersaing" dengan kerajaan Kelantan untuk membantu mangsa banjir membina semula kehidupan mereka. 
 Kamaruzaman Mohamad dalam perbahasan ucapan dasar presiden di Muktamar PAS ke-61 berkata kumpulan demikian memberi imej buruk kepada kerajaan negeri dan cuba mencari nama untuk diri sendiri. 
 "Mutakhir ni, ada pergerakan seperti bersaing dengan jemaah sendiri untuk membina nama sendiri. Apabila Kelantan banjir, wujud NGO daripada jemaah sendiri bersaing dengan kerajaan negeri untuk menunjuk seolah-olah kerajaan negeri lemah uruskan tragedi banjir," katanya di sini
Gabungan Impian Kelantan, inisiatif bersama Parti Demokratik Tindakan (DAP) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan sahaja membina rumah tetapi akan juga dilengkapi kemudahan sesuai untuk seluruh komuniti seperti dewan orang ramai, taman permainan dan juga sebuah kolam aquaponics untuk ikan ladang dan menanam tumbuh-tumbuhan air. Laporan seterusnya : 

 DAP berikrar akan meneruskan projek membina rumah mangsa banjir di negeri Kelantan yang ditadbir PAS walaupun parti Islam itu memutuskan hubungan dengan mereka.

 Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata, projek Impian Kelantan itu projek kemanusiaan yang diusahakannya bersama badan bukan kerajaan (NGO) untuk penduduk Kelantan.

 "Kita kena lihat perkara ini daripada dua sudut berbeza. Kami membantu mangsa banjir dan ia berdasarkan rasa kemanusiaan.

 "Jadi, kita tak boleh kata keengganan PAS bersama kita dalam Pakatan Rakyat (PR) sebagai punca memutuskan hubungan dengan mangsa banjir," katanya selepas sidang media projek itu di ibu pejabat DAP pagi ini.

 Sentimen sama turut disuarakan Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli pada muktamar lalu.

 Beliau yakin DAP akan meneruskan projek itu yang dimulakan sejak awal tahun ini.

 Pada sidang media pagi ini, Kok mengumumkan Impian Kelantan merancang menempatkan semula 40 rumah di Guchil di Kuala Krai, ke satu kawasan tanah tinggi seluas 5 ekar di Kampung Sungai Mas, Machang.

 Kawasan baharu itu akan menempatkan 40 rumah, satu dewan awam, taman permainan kanak-kanak serta projek menternak ikan.

 Setiap rumah menelan belanja RM50,000 dan jumlah keseluruhan yang diperlukan RM3.2 juta.

 Bagi tujuan itu, satu majlis makan malam meraih dana akan berlangsung pada 11 Julai depan dan maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi laman Facebook Gabungan Impian Kelantan. – 11 Jun, 2015.- sumber themalaysianinsider
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Inilah sikap dan sifat ahli politik di Malaysia dengki dan sakit hati pada yang hendak membantu pada yang memerlukan tapi yang berdengki itu tidak pula mencari resulusi untuk meringankan beban yang ditanggung oleh yang menrima musibah itu,apa salahnya jika ada pehak yang hendak membantu kenapa pehak yang sepatutnya membantu lembab untuk memberi bantuan ,sanggupkah pehak yang bersuara dengki itu tinggal seperti mangsa yang telah kena musibah itu,apakah salah cina menolong melayu dan dimanakah melayu yang memerentah dan berkuasa kenapa lambat bertindak ,bila ada pihak lain bertindak kita marah pula,inilah maknusia munafik cakap saja lebih kerja entah kemana.

Anonymous said...

Ingatkn sikap dengki begini ada dgn umnu jer, tp ada jg dlm benak orang2 PAS

azhar rangkuti said...

Politik Jumud

Hanya fikir 'kepentingan nama baik' jemaah dari keutamaan rakyat yg menderita

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...