JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, June 25, 2015

Dilema dan penyakit parti baru Islam

Kononnya, 65 peratus penyokong PAS akan bersama kumpulan "profesional" yang ingin menubuhkan parti Islam baru.

 Kononnya lagi, jika parti Islam baru ini bertanding tiga penjuru dengan PAS dan Umno, parti baru ini boleh menang!

 Kononnya, saat ini, Umno berada dalam keadaan yang sangat merosot.

 Jika pilihan raya umum diadakan sekarang, dengan pelbagai isu seperti GST dan 1MDB, Umno hanya menang lebih 40 kerusi parlimen!

 Beginilah garis berhujah untuk mengolah persetujuan semua agar parti baru ini dapat diwujudkan.9 Dan, lebih lucu lagi, projek menubuhkan parti baru ini kelihatan lebih ghairah dijayakan berbanding kempen memastikan pemimpin "profesional" menang dalam pemilihan PAS awal bulan ini.

 Pemimpin-pemimpin ini yang kelihatan tidak bersatu sebelumnya, yang tidak menduga perancangan rapi dan "serangan hendap" aliran pro-Abdul Hadi Awang, tiba-tiba menyedari mereka masih popular dan masih mendapat dukungan.

 Namun, ada beberapa masalah konteks dan latar peristiwa yang mengaburi projek parti baru Islam "inklusif" tersebut.

 Pertama, ia akan dianggap sarang pemimpin yang tewas, kecewa dan takut tidak dapat bertanding lagi dalam pilihan raya umum nanti (melalui tiket PAS).

Bayangan agenda DAP 

 Maksudnya, mereka ini golongan "opportunis" (penting diri) yang tersisih dan patah hati tetapi tidak cerdik dalam politik sehingga tidak menduga diserang hendap sebegitu rupa oleh kumpulan "ustaz muda" (istilah saya, neo-Taliban).

 Kedua, parti baru ini muncul dalam seruan DAP ingin menubuhkan "gabungan baru" pembangkang tanpa PAS.

 Yakni, inisiatif ini selalu dibayangi oleh agenda tersembunyi DAP, sebuah parti yang dimomokkan sebegitu rupa (betul atau salah) sehingga tidak membantu citra positif kumpulan aliran "profesional" PAS.

 Ketiga, parti baru Islam ini kemungkinan besar tidak mengutamakan agenda hudud, syariah dan Negara Islam seperti mana sikap DAP yang menolak agenda yang sudah menjadi darah daging PAS.

 Sekali lagi, parti baru ini akan dianggap kowtow pada DAP. Tanggapan seumpama ini merosakkan imej parti baru sebelum ia ditubuhkan!

 Keempat adalah justifikasi asas kewujudan parti baru ini berbanding PAS. Apakah keistimewaannya dan di mana silapnya PAS sehingga harus ada satu lagi parti Islam?

 Jika tidak kemas, rasional tapak kewujudannya akan dipertikaikan banyak pihak, khususnya kenapa perlu parti lain sewaktu PAS dirasakan "tidak menyeleweng".

 Orang nampak, PAS "tidak buat salah apa-apa" kecuali mahukan hudud dan golongan "profesional" ini tewas. Maka, kenapa perlu sebuah parti baru?

 Latar peristiwa pergaduhan PAS-DAP dan kaitan DAP dengan pemimpin aliran "profesional" menjelang muktamar akan diungkit-ungkit untuk melemahkan asas kewujudannya.

Berebut penyokong 

 Kelima, dan yang paling penting, apa nilai tambah yang parti baru ini boleh sumbangkan kepada barisan pembangkang?

 Atau, ia hanya memecahkan lagi kesatuan pembangkang selepas PAS dan DAP mencetuskan karenah politik yang memecahkan Pakatan Rakyat?

 Mari kita teliti: Apa bezanya parti-parti Tengku Razaleigh Hamzah (1990) dan Anwar Ibrahim (1999) berbanding parti baru Islam?

 Tengku Razaleigh dan Anwar memecahkan ketumbukan "gerombolan" Umno. Mereka menggugat dan menyerang Umno dari dalam dan merobek-robek keutuhan parti itu, tonggak pemerintahan BN.

 Oleh itu, Tengku Razaleigh dan Anwar memberikan "nilai tambah" kepada barisan pembangkang.

 Nilai tambah ini menjadikan Ku Li dan Anwar "gadis manis" yang mahu cepat-cepat dipinang oleh parti-parti tradisi, PAS dan DAP. Seperti "nilai tambah" PBS kepada pembangkang menjelang pilihan raya umum 1990.

 Tetapi kewujudan parti baru Islam ini dilihat hanya perebutan pengkalan sedia ada pengikut pembangkang, termasuk PKR dan PAS.9 Jadi, persaingan PAS-DAP yang membawa kelahiran parti baru Islam tidak ubah seperti permainan bongkah-bongkah Lego. 

 Jumlah bongkahnya kekal sama (malah mungkin berkurangan akibat penyokong yang kecewa), hanya rekaan Lego sahaja diubah-ubah.

Tawaran nilai tambah Apa lagi daya tarik parti baru ini untuk meluaskan pengkalan penyokong pembangkang? Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan bukan Islam? Dari mana mereka datang?

 Beberapa hari lalu, Anwar mengeluarkan kenyataan: "Saya percaya bahawa pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini."

 Tetapi sedarkah beliau bahawa mana lagi NGO yang beliau boleh harapkan? Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) atau Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)?

 Semua NGO itu, termasuk bukan Melayu, pernah menyokong beliau dan pembangkang sejak 1998 lagi!

 Jadi, di mana "nilai tambah" parti baru? Daripada PERKASA, ISMA atau Pekida? Daripada Belia 4B, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) atau persatuan-persatuan bekas pelajar sekolah berasrama penuh?

 "Nilai tambah" yang saya maksudkan itu seumpama dampak dan krisis yang dicetuskan oleh gelombang (ulang: gelombang) Tengku Razaleigh dan Anwar, khususnya di awal-awal krisis menjelang pilihan raya 1990 dan 1999.

 Dua tokoh nasional itu, yang berpengalaman luas dalam kerajaan dan berkedudukan kanan dalam parti pemerintah utama, menubuhkan parti baru selepas disingkirkan.

 Tetapi siapa tokoh-tokoh parti Islam baru ini yang boleh mencipta gelombang nilai tambah pada pembangkang?

 Parti baru ini (termasuk G18 atau PasMa) tidak mencipta nilai tambah. Semua kumpulan ini hanya berebut-rebut constituents (penyokong) pembangkang sedia ada; yang boleh disalurkan oleh PKR dan DAP.

 Malah, parti baru ini bukan sahaja meretakkan lagi hubungannya dengan PAS, dan berpotensi menimbulkan konflik dengan PKR!

 Sebabnya sasaran kerusi dan pangkalan sokongan parti baru itu, khususnya di pantai barat Semenanjung, hampir-hampir sama dengan PKR. 

Undang kebencian

Tetapi sebenarnya nilai tambah ini lebih kritikal saat ini berbanding zaman Tengku Razaleigh dan era Anwar (dulu) untuk menampung kekurangan undi (offset) akibat perpecahan dengan PAS.

 Jika nilai tambah ini tidak wujud – atau wujud minimal sahaja, tidak mencipta "gelombang" – parti baru Islam itu sedang melakukan eksperimen besar.

 Eksperimen yang boleh menggugat Kelantan, Selangor dan gagal menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen – yakni "penanda aras" pencapaian terbaik pembangkang.

Risiko ini sangat besar kepada pembangkang. 

 Risiko ini, jika gagal, akan dimaki habis-habisan oleh penyokong Pakatan Rakyat, khususnya "generasi Ini Kalilah" 2013, yang kini makin keliru dan kecewa dengan permainan politik berlebihan pembangkang.

 Parti baru Islam itu didirikan atas kemarahan mereka kepada PAS tetapi eksperimen mereka itu boleh menyebabkan hilangnya Selangor atau BN mendapat semula dua pertiga.

 Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi menyelamatkan beberapa tokoh pemimpin PAS yang tewas baru-baru ini?

 Apakah wajar risiko sebesar itu diambil demi melayan sikap DAP yang menolak PAS?

 Bagaimanapun, wujud atau tidak wujud parti baru, ada satu lagi dilema yang semua pembangkang harus bertanya secara jujur dan strategik: Apakah PAS mampu mempertahankan kerusi-kerusinya, khususnya di pantai barat Semenanjung?

 Apakah PAS dapat dipercayai untuk meyakinkan kita bahawa ia masih relevan sebagai pembangkang, sekali lagi khususnya di pantai barat Semenanjung?~ malaysiakini
Comments
5 Comments

5 comments :

Malaysiabaru said...

Salam pak husein

Jhn layan fetish konar mkini ni...apco...


Saya bg satu alasan kena ada parti islam baru yg fetish apco bg sampai 10001

1. Jika tidak ada party islam baru maka Pas dan ularrrrmaknyer akan besar kepala dan memberi ajaran sesat kpd rakyat Malaysia yang sudahnya akan buat org melayu kd mereng dan org cina jadi bertambah kapir..

Itulah kn ada party islam baru untuk apa? Untuk buat damage control yg telah busyuk dan rosak oleh pas pis pus supaya org cina tak salah anggap kpd agama suci islam ini dan org melayu tidak jadi biol kpd agama nenek moyang..

Satu sebab itulah yg akan membantu pembangkang yg pasti kalah disebabkan ularrrrak dan ustaz taliban muda sesat ini jadi beyond repair... Mat sabu boleh tolong pkr dap betulkan persepsi buruk org cina kpd pas pis pus nih...

Pasma akan tolong pengundi 8juta pantai barat setia bersama pkr dan dap walaupun tanpa pas pis pus yg sesat lg harami..

Anonymous said...



Salam bro..

Penyakit

Sbnr7PENYAKIT yg hampir takde obat!?


SUMBER

SUMBER AKIDAH

Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
--1) Quran
--2) Hadis
--3) Itjmak
--4) Qias


1) Quran

Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana drp lebih 6000 ayat itu ada disebut peranan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting itu yg mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???!


2) Hadis

Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


3) Itjmak

Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


4) Qias

Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


INGAT!

INGAT wajib INGAT!!

4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

....akidah-SONGSANG
....akidah-SESAT
....akidah-MURTAD

AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT kpd ummat!!!

Chai2
BARUA
siTOLOL
Siku-LUTOT
...adalah jenis manusia yg tak guna OTAK @pon IQ cipuut yg mudah ditipu jd SONGSANG...jd SESAT dan....jd MURTAD!?



Didlm Quran..

ALLAH tlh berfirman..

"..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mmbunuh"

Anonymous said...



Salam bro..

Penyakit

Sbnr7PENYAKIT yg hampir takde obat!?


SUMBER

SUMBER AKIDAH

Sumber kpd AKIDAH dasar @ perlembagaan ISLAM dan PAS itu..
--1) Quran
--2) Hadis
--3) Itjmak
--4) Qias


1) Quran

Ddlm surah sbnyk 114 surah itu & ayat yg mana drp lebih 6000 ayat itu ada disebut peranan Quran sbg sumber "AKIDAH" terpenting itu yg mnnyuruh serta mmbolehkan kita-manusia mmbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???!


2) Hadis

Hadis yg mana...samada hadis SOHEH....hadis DHOIF @ hadis PALSU skali pon yg ada mnyuruh & mmbolehkan brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH???? sesama umat manusia hatta kpd musuh skali pon????!!


3) Itjmak

Itjmak ulamak serta "IJTIHAD" ulamak tolol yg mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? dikalangan sesama manusia TAK kiralah samaada dia tu musuh ddlm SELIMUT ker @pon musuh cakar-siku-LUTOT??????!


4) Qias

Qias dtg dr mana...Qias shbt & ulamak mana.....Ijtihad Qias drp shbt & ulamak bahalol-TOLOL mana yg boleh brbuat FITNAH? FITNAH?? FITNAH??? trhadap musuh skalipon musuh itu Yahudi musyrik Kafir harbi @ munafiq haraki skalipon dikalangan umat manusia????????!


INGAT!

INGAT wajib INGAT!!

4 drp sumber dasar/perlembagaan diatas QURAN HADIS ITJMAK & QIAS itu adalah sumber tunjang kpd AKIDAH...jd apb terkeluar dan berlawanan dgn sumber yg 4 diatas itu tentulah AKIDAH sseorg itu akan mhjd..

....akidah-SONGSANG
....akidah-SESAT
....akidah-MURTAD

AKIDAH2 yg-SONGSANG...akidah-SESAT...dan akidah-ygMURTAD pasti skali akan mmbawa sberat2 sebangsat2 & sbejat7MUSIBAT kpd ummat!!!

Chai2
BARUA
siTOLOL
Siku-LUTOT
...adalah jenis manusia yg tak guna OTAK @pon IQ cipuut yg mudah ditipu jd SONGSANG...jd SESAT dan....jd MURTAD!?



Didlm Quran..

ALLAH tlh berfirman..

"..sesunguh7nya kbejatan FITNAH itu lebih lebih dahsyat-AKBAR drp mmbunuh"

Anonymous said...

Pas tak blh dipercaya lagi. Mana tahu lepas PRU14 bila pembangkang dah blh perintah negara. YB PAS akan bergabung menyokong umno/bn utk membentuk kerajaan. Jangan percaya sangat dgn pas ni.

Anonymous said...

Jika niat yg ikhlas tuk pegang amanah ,
Tak salah berjuang , menang dan kalah ketentuan Allah,jika di izinkan 10 penjuru pun boleh menang, Kalu ikut Ulamak pas begini punya cerita , dah tak caya qada'qadar ,
Kita hanya berusaha Kearah kebenaran,
berjaya atau tidak Allah maha mengetahui.
Kembalikan Islam Semulia2 bukan dicemuh
Disebabkan pimpinan yg ego,bongkak,sombong dan berbagai teladan yg tidak baik(amanah perjuangkan Islam disia2kan,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...