JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, June 07, 2015

Fulus punya pasal ....kemaluan besar tak mengapa!


Memang pelik dan ada yang tak kena' dalam institusi Ulama Pas apabila mengusulkan usul tergempar untuk putus hubungan dgn DAP tapi mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.

“Usul kita adalah memutuskan hubungan dengan DAP. Bukan dengan PKR atau Pakatan Rakyat (PR). Sebab PR bukan DAP, dan DAP tidak semestinya PR,” kata Mokhtar Senik ketika membahaskan usul itu. 

Tak pelikkah? Putus hubungan dgn DAP tetapi masih mahu bersama dgn pakatan.... waima DAP pun ada dlm pakatan! 

Betullah DAP itu bukan PR. Tetapi DAP ada dalam PR, tau tak? Pakatan bukan DAP dan bukan juga PKR. Tetapi Pakatan adalah permuafakatan antara tiga parti, PAS, PKR dan DAP. Bila salah satunya memutuskan hubungan dengan salah satu dari rakannya itu, maka mana ada lagi Pakatan ?

Usul tersebut telah diterima sebulat suara tanpa bahas.Bagaimanapun sebaik sahaja usul diluluskan, seorang perwakilan Kelantan, Abdul Fatah Mahmud segera bangun dan berpendapat keputusan untuk memutuskan tahaluf siyasi itu perlu dikaji semula dari sudut maslahah dan politik sebelum membuat keputusan itu. 

 Nor Azli kemudiannya bangun semula membantah syor Hassan memandangkan usul itu telah diterima sebulat suara. Pengerusi tetap memutuskan cadangan memutus hubungan DAP dikekalkan tanpa pindaan.  Baca di sini

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed dengan sombongnya mengakui sudah terlalu lama bersabar dengan penghinaan DAP.

"Usul putus hubungan bukti PAS bukan kuda DAP" katanya.

 Usul berkenaan membuktikan bahawa PAS masih ada maruah katanya di sini.

Lihat betapa bongkaknya Dewan Ulama dengan usul tersebut. Tidak memberi peluang kepada pandangan lain supaya perkara itu dibincangkan dengan lebih teliti.

Mereka bertakbir berulang kali. Gegak gempita kerana kononnya telah berjaya membuktikan bahawa parti Islam ini ada dasar dan prinsip....

Tetapi bila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sentap, minta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP, ulama terkentut kerana terkejut!

Pulau Pinang jauh lebih baik dibawah DAP
Macamana tak terkejut biawak? PAS Pulau Pinang telah dilantik ke pelbagai jawatan di sektor berbeza, termasuk di kedua-dua pihak berkuasa tempatan (Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai), serta Majlis Agama Islam Pulau Pinang, selain Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK). 

 Hanif Harun yang mendakwa PAS dipinggir di Pulau Pinang ,telah dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB). 


 Adun tunggal PAS Permatang Pasir Datuk Haji Salleh Man pula dilantik sebagai pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Jawatan bagi pimpinan PAS di kedua-dua MBPP dan MPSP juga telah ditambah, malah pimpinan tempatan PAS turut memegang 50 peratus jawatan JKKK di banyak kawasan. Selain itu, ahli-ahli PAS turut dilantik sebagai penyelaras di lima kawasan yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya lepas.PAS menang hanya satu kerusi sahaja di Pulau Pinang!


Banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang walaupun negeri itu ditadbir oleh Ketua Menteri dari DAP. Ini diakui sendiri oleh bekas Setiausaha Akhbar Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Korang baca sendiri di sini

Kerajaan Pulau Pinang akan terima dengan goyang kaki perletakan semua jawatan di atas tadi tanpa banyak soal , kata LGE. 

Mulalah masing-masing menggelabah dan menyalahkan LGE, tuduh dia 'gopoh'. Hoi tunggu apa lagi? Kerjabuat mesti efisyen. Itu gaya LGE buat kerja tanpa bertangguh, tanpa mahu membuang masa! 

LGE bukan macam ulama mercun yang hanya berdegar-degar bunyinya tapi hancus! Bakar mercun sampai mencederakan diri sendiri, itulah yang dapat kita lihat dengan keangkuhan Dewan Ulama memutuskan hubungan dengan DAP tanpa berfikir kesan disebaliknya.

Sebelum ni kata  'bukan kuda DAP', sekarang dah jadi macam 'kaldai DAP' pula! Sebelum ni kata ada dasar dan prinsip... sekarang ni apa macam? Tak malukah kerana masih mahu mengendeng fulus dari kerajaan DAP?

Orang seperti Mat Sabu, yang korang hina dan beri gelar sebagai Sekular, Bapak Jebon, Bapak Anjing itu lebih mulia dari orang yang anggap dirinya sebagai ulama suci....telah melepaskan semua jawatannya serta merta kerana wala' dengan keputusan Dewan Ulama. 

Tindakan bermaruah Mat Sabu itulah buktinya orang yang ada prinsip.Ada pegangan. Ada integriti.Tolonglah tabek kepadanya! Takbir 10 kali untuk Mat Sabu! Hahahaha!

Tunggu apa lagi wahai Salleh Man, Ust Hanif Harun, Fadzil Kemi, Bukhari YDP Pas Kepala Batas? Tunggu apa lagi wahai  Yaakob Ahli Majlis MBPP (PAS)? Ramai lagi tu....Hangpa semua tak wala' dengan keputusan ulama' kah?Tunggu apa tunggu??

Berikut komen-komen kawan difesbuk:

Ipoh Mali:  Dengaq Cerita Majlis Syura..Dewan Ulama, Tengah Belek Tafsir Quran , Hadis dengan Kitab fiqh malam ni.. depa tengah cari dalil mcm mana nak putuskan hubungan dengan DAP tanpa perlu letak jawatan di Pulau Pinang..

 Kalau Tak dapat.. Mungkin Esok Lusa Depa terpaksa Guna dalil U-Turn..

 kalau sapa2 ada dalil, boleh hubungi Majlis Syura pada kadar segera.... Ostad2 dan Pejuang agama tak sanggup lepaskan jawatan di Pulau Pinang.. mcm mana nak bayaq duit kereta.. duit rumah.. Bini dah bertambah..


yang dap pertikai hanya presiden kau yang tolol. dap tak pernah kutuk pas. ketua kau yang tolol kaki ponteng, pemfitnah, mungkir janji.. kalau mcam tu sifat ketua kau yang tolol bukan cina dap yang marah allah juga marah lah bahalol..

 'PAS tunggangan DAP suatu retorik dan polimek direka UMNO untuk menakut2kan orang kampung' Para Ulama dan ahli PAS yang menjadi sesetif dan berkecil hati kerana termakan dakyah parti lawan lebih baik duduk saja dirumah atau disurau kerana tidak layak bergelar politikus.

Sheikh Jebon Kacak: Dengaq habaq DAP Selangor mintak PKR pilih DAP atau PAS? Ha ha ha.... Lepaih ni pakat memondok di Pondok Ulamak Jadian Mokhtar Senik al Maunah lah weii....

Saddam Jebon Tingkap: Mat Sabu yg korang hina dn maki mcm2 telah melepaskan jwtnnya serta merta stlh LGE mngarahkan ahli2 Pas meletakkan jwtn didlm kerajaan Pulau Pinang.. Krn apa ??? Krn mngikut kata putus usul yg tlh diluluskan oleh Dewan Ulamak Pas Pusat yg memutuskan sbrg hbgn kerjasama dgn DAP.. Ustaz2 mangkuk hayun bila lagi ??? Sembang bab islam berbuih-buih mulut.. Celakalah kamu2 semua.. Phuihhhh !!! Sekian

Mat Sabu letak jawatan atas dasar mematuhi usul ulama dalam memutuskan hubungan bersama DAP. Exco Pas didalam kerajaan negeri tidak walak ulamak kah?
Comments
8 Comments

8 comments :

Malaysiabaru said...

Kami penyokong pakatan yg di hina di tipu dan di rogol minda oleh parti ajaran sesat Pas memohon kepada kerajaan pulau pinang

Berhenti memberi dana dan sumbangan kepada majlis agama islam p.p dan seluruh surau dan masjid di p.p

Ikhlas dari mangsa penipuan pas pru13 lalu

shukur hanapiah said...

Saya Tiada komen cuma setuju dengan admin....

Anonymous said...

Aku ahli PAS juga tapi aku bukan nak membela LGE tapi itulah hakikat dan dasar seorang ketua yang mentadbir negeri jika kita sudah tidak lagi serumah kenapa kita mesti terkejut padahal kita sendiri yang mengusulkan untuk tidak lagi bertsama DAP adakah kita berfikir impilikasinya sebelum usul itu diajukan dan majlis DUP pula bagitu dunggu terus terima bulat-bulat tanpa dibincang ,nampak sangat semua pemimpin atasan PAS tiada karisma memimpin hingga tidak dapat berfikir keatas ahli yang dibawah masih bertugas dengan pentadbiran DAP ,apakah selepas ini PAS akan menarik balik usul tertsebut demi periuk nasi ahli atau membiarkan periuk nasik ahli masuk pasir demi wal kepada pemimpin,adakah islam menyuruh berbuat demikian,sila beri pencerahan wahaiu ulama yang bertemosi.

Anonymous said...

Terbaek tuan Alhusseyn!kami kt Selangor pun meluat maksimum tengok PAS ostad dan politikus PAS yang sakan keluar paper Ameno dok kutuk kutuk DAP,memang mcm setann jer kesian golongan profesional PAS seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Zul dan byk lagi,yg hebat tak lupa hugak Bg Mat yang selalu dijebon,disnjibg dan diejek pelbagai walhal jasa mereka tak terkira untuk menyedarkan rakyat betapa PAS sebenarnya party fr all,tp golongan ghairah ber UG,dan ostad sampol hellfire,mini koper,rangelober dsn pelbagai adalah ostad yg sebenarnya perosak PAS.Rakyat dan muak dgn ketua tolol yg suka membaruakan jemaah sendiri.Tak lupa ketua yg mungkir janji dan munafik.Jadi EXCO PAS Selangor apalagi silalah hantar surat segera pada YAB Azmin,jangan kata keputusan bercerai ngan DAP tu terkhilaf,kalau kamu semua bermaruah,sila letak jawatan,jika tak kami jumpa anda di SUK ,mahu kena ludah!bikin malu orang Islam saje,MUNAFIK!lajak perahu boleh undur lajak kata,hmmm poket tebal,ansuran keta mewah semua boleh miss la nampaknye....terbaek tuan Husseyn ,kita bongkar ostad gila doniawi ni...mungkin LONDON,ISTANBUL dah tak jeru lagi laaa...

Anonymous said...

mokht arsenik? bisa tu

Anonymous said...

Untuk melawan UMNO kena tunggu arahan dari Allah, kini untuk berbaik-baik dengan DAP perlu juga tunggu arahan dari Allah. Dewan Ulama PAS juga turut dianggotai oleh Ahli Majlis Syura Ulama, jadinya apa lagi perlunya keputusan dari MSU itu? Semasa perkara itu diputuskan oleh Dewan Ulama, tentunya ahli MSU yang berada di dalamnya turut bersetuju berikutan perkara itu diluluskan tanpa dibantah pun. Nampak sangat pimpinan PAS ini hendak main kong kali kong, apakah mereka fikir orang lain boleh diperbodohkan ala Hasan Malik?

Anonymous said...

Akhirnya PAS telah membuktikan bahawa mereka sebenar-benarnya "MELAYU" sejati

Anonymous said...

Salam kepada semuanya.
Bertegang urat untuk mencari keputusan terbaik=bagus
Meyuarakan apa yang kita rasa betul=bagus
Dengar dan cuba fahami apa pendapat orang lain=bagus
Dan macam2 lagi perbezaan pendapat diluahkan=bagus

Cuma jangan putar belit fakta bahawasanya hudud itu Allah s.w.t yang anugerahkan kepada umat islam agar negara yang mengamalkannya aman sentosa.
Jangan kita sesekali membantah apa yang disuruh Allah s.w.t kerana apa jua alasannya "selalunya duit,kuasa,betina" yang direbutkan.
Ingkar kepada Allah s.w.t=NERAKA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...