GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, June 19, 2015

Hadi, PAS sah kena main

KUALA LUMPUR, 18 JUN: Hari ini seluruh umat Islam sedunia memulakan puasa Ramadan, tetapi di parlimen, rang undang-undang persendirian yang dijuarai sesetengah pihak dalam PAS masih belum ketahuan nasibnya.

 Di hari terakhir persidangan Dewan Rakyat, rang undang-undang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu dimasukkan dalam kertas aturan sidang, namun ia diletakkan pada aturan yang jauh ke bawah.

 Justeru, bagi Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, keadaan pada hari ini jelas menampakkan bagaimana Abdul Hadi dipermainkan oleh UMNO-BN dengan ‘umpan’ kononnya bersedia menyokong pembentangan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di parlimen.

 “Hadi sudah dipermainkan UMNO yang tidak mempunyai niat mahupun kemampuan melaksanakan hudud kerana ia akan secara menimbulkan kemarahan 48 Ahli Parlimen BN di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 Dalam sidang parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim gagal menyatakan secara jelas pendirian kerajaan dalam isu berkenaan.9 Ketika ditanya Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Shahidan sebaliknya menyerahkan isu pendirian rasmi kerajaaan untuk dijawab seorang lagi menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 Masalahnya, Jamil Khir tiada dalam dewan, dan persidangan berakhir hari ini.

 Dalam pada itu, Kit Siang menegaskan, DAP akan tetap meneruskan kerja sama dengan parti politik lain yang mempunyai prinsip dan wawasan impian Malaysia.

 “DAP tidak akan bekerjasama dengan pimpinan PAS yang telah mencabul Dasar Bersama Pakatan Rakyat, tetapi kami sedia bekerjasama dengan kuasa politik dan rakyat yang komited terhadap Dasar Bersama tersebut, termasuk ahli PAS yang tidak menolak dan mengabaikannya,” kata Kit Siang. – roketkini.com
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

Ada negara Islam baru ada undang2 Islam.Itu perkara paling asas.

Ada isteri baru boleh ada anak.Lain lah PAS na kawin janda anak 10

Malaysiabaru said...

Hadi Ping margang

Tak kisah kn main.... Selalu kn main..setiap hr kn main...

Janda ni tak kisah bohsikan diri dgn umno dap semangat 46 ... Parti sekular parti komunis parti liberal...

Morsi mersi dah bungkus begitulah hadi Ping magang...

Skrg hadi nk letak jawatan presideng untuk bg laluang pakatan baru... Sedar skjp jer esok kn main lagiiii

Anonymous said...

Pas aka parti BOHSIA malaysia. Nikmat dirodok batang umno di lobang yang sama.

Boley Jalan said...

Tak mungkin 'ulamak maksum dosa tak sengaja' kena kencing sehina demikian rupa.........walaupong kena kencing 8 kali, puak suci ni tetap masuk syorga beb!

Fatwa baru PAS wilayah persekutuan! Wajib ikut!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...