GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, June 22, 2015

Ingatan kepada Salahudin Ayub


Bekas naib presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata keputusan sama ada menerima atau menolak pelantikan sebagai ahli jawatankuasa PAS pusat adalah "perhitungan hidup mati karier beliau dalam PAS.

 Menurutnya, beliau masih belum menjawab secara rasmi "tetapi beberapa jam yang lalu, telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya sebagai AJK Pusat."

 "Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan," katanya dalam catatan di Facebook semalam, sambil menambah beliau "tak boleh marah-marah"

 Mengenai tawaran tersebut, Salahuddin berkata: 

"Saya akan membuat keputusan dalam masa yang terdekat (mungkin selepas kita menyambut Syawal yang mulia). Baca sepenuhnya di sini

Komen al-Husseyn :

Pertamanya saya nak nyatakan persetujuan saya terhadap  tindakan Salahudin dalam mengambil masa yang tidak terburu-buru untuk membuat keputusan hingga selepas menyambut Syawal. Pada saya itu adalah tactical warfare dari seorang yang punya pengalaman yang sangat luas.

Namun ingin saya mengutarakan beberpa perkara untuk Salahudin mengambil kira jika ada memberi munafaat kepada perhitungan yang bakal beliau ambil.

Apakah Salahudin tidak mahu ikut jejak sahabat seperjuangannya yang juga dari Johor, Mazlan Aliman yang membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat walaupun lantikan itu adalah melalui pintu hadapan.

Apakah Salahudin yang menerima tawaran sebagai AJK melalui tingkap belakang tidak rasa malu dengan Mazlan yang menolak jawatan tersebut semata-mata menunjukan solidaritinya terhadap rakan-rakan lain, termasuk Salahudin sendiri yang disingkir seperti anjing kurap?

Apakah Salahudin masih mahu meneruskan karier politiknya melalui wadah PAS setelah difitnah sebegitu rupa oleh saff kepimpinan yang ada kini?

Apakah Salahudin lebih mengutamakan kepentingan politik diri sendiri daripada kepentingan Islam?

Percayalah, bahawa mereka hanya mahu memperalatkan saudara semata-mata untuk menarik semula sokongan akar umbi yang simpati dan menyokong saudara. Namun, perlu diingat, sokongan akar umbi untuk saudara itu akan terhakis bila saudara membuat pilihan yang salah.

Ke manakah perginya keberanian dan keyakinan diri seorang pemimpin ummah? Ke manakah perginya sikap ikhlas dan memihak kebenaran yang harus ada pada pemimpin Islam? 

Kita masih menunggu sikap sebenar Salahudin yang seberani dan ikhlas seperti Mazlan Aliman! 

Kita bersyukur masih ada seorang pemimpin seperti Mazlan Aliman yang berani dan teguh pendiriannya walaupun beliau diserang oleh Zuhdi sejurus beliau menyatakan menolak jawatan tersebut. Baca di sini

Saya bersama penyokong-penyokong saudara amat yakin, bahawa penyingkiran saudara dan pejuang-pejuang progresif yang lain itu adalah suatu kerja khianat yang telah dirancang.Saudara sendiri pun mengakuinya dan bersetuju bukan?

Maka saya dan penyokong-penyokong Perjuangan Baru Bermula ingin mengingatkan Salahudin Ayub supaya tidak sekali-kali mahu bersubahat dengan pengkhianat yang mengkhianati perjuangan bangsa, mengkhianati masyarakat, mengkhianati amanat, mengkhianati kebenaran, mengkhianati agama, mengkhianati tahluf siyasi bahkan mengkhianati diri mereka sendiri. 


Ada beberapa ayat dari Al Qur’an Al Karim memberi ingatan kepada kita mengenai pengkhianatan ini. Antaranya :

* “Ya aiyuhal ladzina amanu laa takhunullaha wa rasula wa takhunu amanatikum wa antum ta’lamuun” (wahai orang-orang beriman, janganlah kalian mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan mengkhianati amanat kalian sedangkan kalian mengetahui; Al Anfaal: 27). 

* “Innallaha laa yuhibbul kha-inin” (sesungguhnya Allah tidak menyukai para pengkhianat; Al Anfaal: 58).
Comments
4 Comments

4 comments :

Malaysiabaru said...

Salahaddin al ayubi pejuang islam asli dan jati

Saladsardin bin ayub dari pontian tolonglah kami merayu dari sudut hati kami berjuanglah pada wadah baru yg lebih diredai Allah iaitu pasma

Mari kita lonjakkan parti islam baru yg lebih disegani dunia

Anggaplah pengalamn 35tahun bersama pas sebagai latihan praktikal untuk pergi lebih jauh!!!

Please saladsardin i beg you to be with us... PASMA! Islam progressive

Anonymous said...

Sebagai ahli politik yg telah cukup masak spt Salahuddin ini, saya percaya dia tidak berminat dgn lantikan tersebut. Cuma kaedah yg ditunjukkan untuk menolak lantikan itu dibuat secara berakhlak dan tidak terburu-buru. Siapakah yg sedang dan akan kena main dlm isu ini? Diharap Salahuddin dapat mempermainkan mereka itu secara profesional.

Amer Amer said...

Seelok nye yb istiqamah dalam perjuagan islam..teruskan perjuagan dalam PAS..

Amer Amer said...

Seelok nye yb istiqamah dalam perjuagan islam..teruskan perjuagan dalam PAS..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...