GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 24, 2015

Jom kenali Munafiq Haraki ....


Ada Mamat ni bila tersiar gambar dia dan dikaitkan dengan IS Syria bukan main lagi marahnya dan menafikannya. Menafikan kerana takut ke apa? Cer korang dengar kalimat bahagian akhir dalam rakaman vdo di bawah ni:

Apa dia sebut?

" ...Oleh itu tuan-tuan, bersama kita sedeqahkan fateha kepada bekas AJK Ulama Pusat, yang banyak berjasa kepada kita as-Syahid Ustaz Mohd Lotfi yang gugur syahid di bumi Syria....."

Majlis Fatwa Kebangsaan memuktamadkan seorang Muslim yang mati menerusi perjuangan Militan Negara Islam (IS) tidak boleh dianggap mati syahid kerana mereka menghalalkan darah sesama umat Islam. -  Baca di sini 



Perkara seterusnya saya nak ulas sikit tentang apa  yang Azli Musa kata yang kononnya Hj Hadi buat keputusan ikut al-Quran, as-Sunnah, Ijma’ dan Qias.

Hj Hadi buat keputusan supaya TS Khalid kekal sebagai MB Selangor adalah semata-mata keputusan sendiri ikut suka hati sendiri.  Ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika itu bila ditanya mengenai laporan Bernama yang menyebut, Hadi menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor, beliau berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.
Hanya kerana menyatakan kebenaran seperti ini, Mat Sabu
dicop sebagai menentang presiden? Tidak berdiri dibelakang
presiden?

 Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini. "Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau DI SINI



Saari Sungib dan Hasnul Baharudin (dua dan tiga dari kanan) ketika hadir di sidang akhbar menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 14 Ogos 2014 satelah TS Khalid telah dipecat dari PKR. 
Gambar ini menceritakan episod hitam yang melanda
kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
Tindakan mereka ini sekali gus telah meranapkan impian Hj Hadi meneruskan agenda kerajaan UG bersama Umno di Selangor, lalu mereka ini Hj Hadi gelar sebagai 'Broker' dan 'Barua'./Keputusan mereka adalah kerana TS Khalid sudah tidak mewakili mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat satelah PKR memecatnya.

 Mereka dikatakan melanggar keputusan Majlis Syura Ulama yang membuat ketetapan menyokong TS Khalid, yang sebelumnya, Hj Hadi telah menyatakan sokongannya terhadap TS Khalid untuk terus menjadai MB Selangor tanpa menunggu bermesyuarat dengan JKPP yang dijangkakan pada 10 Ogos yang tertangguh hingga 17 Ogos 2014.

 Akibatnya mereka berdua telah diambil tindakan oleh PAS Pusat digantung selama setahun. Kalau benar mereka ini sudah munafiq, sudah keluar dari Islam sebagaimana kata Azli Musa, kenapa tidak dipecat terus dari PAS?
Comments
3 Comments

3 comments :

Anonymous said...

Mendengar gaya ucapannya, bukan main bersemangat lagi. Tetapi jika ditakdirkan dia menjadi ahli parlimen, aku berani bertaruh dia akan kecut telur seperti Nik Abduh juga semasa Mahfuz Omar bertanya mengenai bilakah hendak dibentangkan RUU yg dibawa oleh presideng pil kuda tempoh hari.

bunbinban said...

Maaf tuan. walaupun aku nyampah benor dgn azli tu tapi isyarat jari tu sebenarnya di gunakan kebanyakan mujahideen2 lama sebelum munculnya IS. Rasanya kalau nak kaitkan Ustaz Lofti dgn IS x adil la sbb dia xde( semoga rohnya di tempatkan di sisi org2 soleh). Aku sekadar beri pandangan aku je sbb aku mmg suka baca blog tuan.

Anonymous said...

Jangan nk fitnah org yg dh syahid.. ustaz lotfi tu join
FSA lwn syiah basyar.. bukan nya masuk IS.. jenis hati kotor benci ulama kira nk fitnah org macam lah ulama & ustaz Pas ni xde langsung kebaikan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...