JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, June 15, 2015

KENYATAAN MEDIA GABUNGAN IMPIAN KELANTAN


Merujuk kepada berita bertajuk "DAP Mahu Bina Masjid Di Kelantan" siaran berita maya Malaysiakini bertarikh 13 Jun 2015, Gabungan Impian Kelantan ingin menegaskan bahawa ianya hanyalah tawaran daripada Koordinator Projek Impian DAP, YB Anthony Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban semasa Program Penyerahan Rumah Kg Pasir Tumboh yang berlangsung pagi semalam. 

Ia merupakan reaksi spontan kepimpinan DAP selepas Imam masjid Kampung Pasir Tumboh menyebut bahawa bantuan kewangan masih diperlukan untuk membaiki masjid pasca banjir.

 Malah ulasan seterusnya daripada Anthony bahawa ianya bergantung kepada penerimaan masyarakat setempat dan persoalan hukum yang mungkin timbul sekiranya tawaran itu diterima, menunjukkan sensitiviti yang cuba dijaga oleh pihak Projek Impian DAP, yang ingin menekankan bantuan kemanusiaan itu merentasi sempadan politik dan apa jua pemisah yang boleh ditimbulkan. Apatah lagi duit berkenaan adalah dari kutipan derma orang ramai dan tidak melibatkan sebarang sumber haram termasuk judi.

 Pihak Gabungan Impian ingin mengucapkan terima kasih di atas tawaran berkenaan, namun kami ingin menyatakan bahawa sumber lain dari sumbangan orang ramai telah dikenalpasti untuk menyempurnakan baikpulih masjid itu dalam kadar yang segera memandangkan Bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Juga mengambil peluang mengucapkan selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan kepada semua rakan komponen yang beragama Islam.

 Dr Rosli Allani Abdul Kadir 
Setiausaha  GABUNGAN IMPIAN KELANTAN
14062015
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...